Sunday, October 11, 2009

chenta.tua~

Ya Allah,
berilah kesembuhan kepada atuk..
kurangkanlah penderitaan rasa sakitnya..
dan jika sudah tiba waktu Kau menjemputnya..
kami redha..
tapi jemputlah atuk dengan kasih sayangMu..
amin..



atuk semakin tenat. sudah tidak boleh berjalan. butir bicara pun dah tak boleh difahami. atuk berkeras tak mahu pergi ke hospital. katanya, tak mahu ditebuk2 dicucuk2 dibelah2. katanya, mahu 'pergi' dengan sempurna. melihat keadaan atuk, kami cuba untuk mempersiapkan diri menerima ketentuanNya. atuk dah berpesan untuk disemadikan di sebelah pusara ayah. ayah anak sulung lelaki dalam keluarga. merangkap anak emas atuk.

antara tanda-tanda akhir kematian adalah lidah akan semakin memendek dan kedalam. teringat dahulu, 2 hari sebelum pemergian ayah, arwah ayah sempat memberitahu bonda yang ayah terasa lidahnya memendek. waktu tu, kami tak terfikir apa2 pun. ya. tak terfikir sebab ayah kelihatannya sihat. seperti tiada apa2 yang perlu dirisaukan. tiada jelas tanda2 sebelum kematian...


“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

“TANDA 3 HARI”

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“TANDA 1 HARI”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”

ya. tiada sebarang tanda yang ditunjukkan ayah disaat akhir hayatnya. tapi syukur alhamdulillah, ayah pergi dengan hampir 10 kali lafaz kalimah syahadah yang dengan lancar dilafazkan. alhamdulillah. daku benar2 bersyukur padaMu. semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amin..

dan tatkala melawat atok sebentar tadi, milla perhatikan segenap inci wajah dan tubuh atok dan rintihan suara atok. ya. milla takut. sangat takut.

'memahami dan mengenali erti sebuah kehilangan itu bukan sesuatu yang mudah'

tak ramai yang sanggup menjaga orang tua ketika sakit. kerenahnya banyak dan akan sampai suatu tahap yang kita memang sangat terasa dan makan hati. tapi, demi kasih dan sayang, curahkanlah segala perhatian kepada mereka selagi kita termampu dan terdaya. kerana tanpa mereka, kita tak akan dan tak mungkin wujud di bumi ini seperti sekarang, seadanya kita.


20 comments:

joegrimjow said...

takut untuk menjadi tua
tp akan jadi juga

Unknown said...

t'igt kat arwah atok..
blum smpai s'thun pun lg..huhuk+_+

Fitriah said...

sweet sgt gamba tu! :)

Puan Anim said...

mm..tkt jgk..xckup bsedia lgi

Anonymous said...

aku pernah alami pemergian org terdekat

sedih

dah 9 tahun kadang2 kami jumpda dalam mimpi

AkuAyie said...

ubun2 tu kt ne ek milla?
takut ar dgr sal soal mati ni...

EJAY said...

apa pun... ajal maut jodoh pertemuan itu semua rahsia & ketentuan Allah

wlwpun kita nmpk tanda2 awal, atau tanda2 besar whatsoever, sometimes we have to be positive.

like my mom dulu masa saat2 akhir arwah abah nak pergi, my mom berkeras nak bwk abah gi hospital. tp dah tiba ajal, arwah hembuskan nafas terakhir di pangkuan my mom dlm van ambulance. jiran2 ada yg mengata my mom, kalo dah nmpk tanda buat apa bwk di hopsital. but my mom just bersangka baik dan buat apa yg patut dibuat.

just sharing my honest thought.

regards,
ejay

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

bulan akan doa kan kesihatan atuk..
bawak bersabar ye

s h a f i q h a s h i m _____ said...

semoga atok anda cpt sembuh. :)amin

.millalara. said...

joegrimjow::

tua itu indah :)
kedut2 itu juga seni yg indah :)

.millalara. said...

^^MizBeLL^^::

semoga rohnya dicucuri rahmat..amin~~

.millalara. said...

fitriah::

heeee~ sweet2 manja2.. :)

.millalara. said...

nenek™::

semua dah ditentukan ryte.. hmmm..

.millalara. said...

Fatt Chin Choy::

sangat berharap boleh jumpa dalam mimpi jugak.. tapi tak pernah pun setakat ni.. dah 10 bln ayah pergi tp mmg series xpnah mimpi apa2.. huuu~ macammana nak mimpi ye?

.millalara. said...

DakLengai::

hmmm.. ubun2 tu bhgian yg mcm lembut2 kat kepala kan.. slalu kalu kat kpala baby, obviously nampak lembik2.. huuu~ if i not mistaken lah :)

semua yg hidup akn pergi kan.. lumrah~

.millalara. said...

Ejay::

yup bro.. semua yg berlaku dan akan berlaku adalah ketentuan yg telah ditentukan dan tak boleh tidak, kita kena alami kan...

al-fatihah buat ur arwah abah~

.millalara. said...

BuLaN iTu aKu::

thanx bulan syg~

.millalara. said...

e p i x ____::

thanx kamu.. aminnnnn~

ddaooze said...

arwah ayah yg br pergi juga menunjukkan tanda2 yg jelas ketara..cume saya terkilan kerana tak berapa perasan dgn tanda2 arwah akan pergi walaupun arwah sempat berwasiat kepada anak2..kini sudah hampir 6 bulan tapi still x boleh lupa..x boleh dinafikan perasaan rindu memang selalu ada..lagi2 bila kita menyedari yang kita xkan berjumpa dgnnya buat selama-lamanya..memang sedih..

.millalara. said...

fizranier::

yup.. perasaan yg tak dpt digambarkan dan dibayangkan.. hanya yg dah melaluinya dpt merasa dan berkongsi rasa kan.. hmm.. kita kena KUAT.. walaupun selalunya kita tewas kan.. yup,, sama2 kita be strong k :)