kepada anda yang tak tahan kepada kejiwangan, sila hindari entri ini. dikhuatiri akan muntah pekat2 likat2. terima kasih.
..........................
ohh abang. i tak nak expose pasal hubungan kita tapi hati i meronta-ronta, tanpa sebarang kawalan. abang sedia maklum bukan, indeks kechentaan hati i terhadap manusia berkepala botak dan berbadan sedap adalah di tahap membimbangkan, sampai terkadang i rasa nak telan diazepam, temazepam, alprazolam dan doxlylamine, tapi i tak nak mati macam kekanda Heath Ledger. demi abang, racun pun boleh i minum jadi penawar tau!
ohh abang. hati i bernyanyi cha-cha-cha tika dan saat melihat wajah abang. abang mengajar i erti rindu gelora dan syahdu nian. bila bersama abang, i rasa selamat sekali jiwa dan raga. dan i rasa diawangan bila i dapat hidu harum mekar semerbak bauan badan abang. lagi2 kalau abang pakai deodoren flavor stoberi.. lemas dan terus pitam i! ohoiiii~
ohh abang. ketahuilah walau sekejap cuma kita memadu asmara, menyulam kasih, menyemai chenta, mengukir tawa, me-welding perasaan kita rapat2 erat2 lekat2, menconteng bentuk love ada anak panah dengan nama kita berdua pada batang pokok guna kunci kereta abang; i rasa bahagia teramat-amat. terima kasih abang untuk segalanya. walau sekejap cuma. i lebiu abang.
i tak kisah orang cakap i perasan or whatsoever, yang penting kita tahu perasaan kita. kan abang ;)




ohhh.. i lebiu abang.
I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
and after all
You're my wonderwall :)

haha.. anda2, sila abaikan kegonjengan-keputusfiusan-keimaginasian terlampau milla ohh.. Yang sebenarnya, milla telah ke Broga hill buat kali keduanya pada hari Ahad, 28feb2010 bersama kazens tanpa dirancang. gerak dari umah nenda pukul 5pm, panjat Broga 5.25pm, turun pukul 7.30pm. Broga buat masa ini tak seindah dan sehijau my 1st visit.. tapi tetap,, kenangan tertinggal di sini :)

tajuk gambar : dipersimpangan dilema

tajuk gambar : now, everyone can fly!
ohh.. ini adalah gambar pertama milla melompatan bebas keudara. haha. teruja!
oh ya. alam itu indah.
jangan bangunkan lenanya dengan loceng kebinasaan.
p/s: kekanda shahrul (nama sebenar) dah lama mengidam nak panjat Broga.. jom3! tp cik milla free weekdays sahaja ohh..