Showing posts with label .umum (U).. Show all posts
Showing posts with label .umum (U).. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

..eh,eh.. ingatkan dah lupa password belog!

Assalamualaikum. Hye anda2 :)

*milla is still alive!! errr.. i just tak tahu how to start. dah terlampau sangat berkurun tak mentulis dan mentatap ini. dah lupa tatabahasa, tatagaya, tatacara, tatalaku, tatabelog semua lah.. bukak2 aje millalara, background pun dah tarak ada, hilang ditelan arus zaman agaknya. lebih 5 BULAN tak mentulis dan tak menjenguk. ada bloggers2 yang milla masih contact di FB.. sungguh2 ikatan kebloggeran ini tak akan pernah karam di lautan dalam (baca: tenggelam).

5 BULAN. sungguh macam-macam yang dah berlaku. manis masam masim pahit tawar. bersatu bergaul mesra dalam satu acuan kehidupan seorang milla. bukankah kedewasaan memerlukan latihan? sedikit-walaupun-tak-banyak, pasti pernah terlintas,, adakah kita benar-benar sudah menjadi seorang dewasa? mempikul tanggungjawab selayaknya dipikul seorang dewasa?

baru sebentar tadi terbaca status teman di FB : 'saya sejenis sampah' 'saya perlukan kebahagiaan'.

menturut kepada kamus diri sendiri, sampah adalah objek/benda/apa sahaja yang suatu ketika, kita gunakan ia, tapi setelah tidak berguna lagi, ianya kita buang. (layan jelah definisi ni). jadi, apakah relevannya mengkaitkan seorang manusia dengan sampah? dan lagi. kebahagiaan. terlalu luas definisi kebahagiaan. kebahagiaan seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza2. ada yang rasa cukup bahagia bila berharta; punya kereta mewah, banglo besar siap kolam renang air kaler biru, pembantu rumah import. ada yang rasa bahagia pabila dapat makan sedap, dapat jalan2 serata dunia. dan ada yang rasa bahagia bila mempunyai kekasih hati yang bertubuh besar (ini adalah definisi bahagia gula2hati saya, sila jangan cemuh). hahaha ;p

nah. bukankah kebahagiaan tak dapat diukur dengan sebarang bentuk rumus sekalipun? pada mata bogel (baca: naked eye) kita, mungkin kita lihat orang itu bahagia, orang ini tak bahagia.. tapi percayalah, kebahagiaan sebenar terletak atas usaha dan peribadi kita sendiri. life only once. so enjoy your life to the fullest with your own erti kebahagiaan :)

monolog dalaman: wahhhh, sungguh tiada kusangka, aku masih bisa mentulis dengan riang-rianya ohhhh. dan tatabahasa serta tatabelog, taklah sekarat mana.. sumpah teruja! hahaha :)


pic: baby Qaisy Rayna on her born day.

tiada yang lebih membahagiakan seorang wanita dewasa pabila melahirkan 1 nyawa.
owhhhh *menggeletis nak kawen!!!*



p/s: blog yang mempertemukan aku dengan enchik gula2hati. jadi, atas sebab apa aku harus berhenti mentulis? chenta blog adalah relevan okey :)


Wednesday, May 12, 2010

tora datang lagi~

(sumber: google>google image>tora)

:: err,, kalau tak silap, dulu beli ni 6posen kan? setiap kali iklan mesti teruja nak hadiah dlm tu.. bebola cekelat tu skali ngap dah habis sebab ciput je pun.. ::


assalamualaikum w.b.t..

hye3 anda... ohhhh... sungguh hati dan jiwa ini merindui anda2 dengan semaksimanya!

arakian, sudah agak lama mila eskep dari dunia pemblogan yang indah-fantasia-ceria ini... serasa sukar mahu mentaip kerana otak ini hampir berkarat akibat tiada pencurahan kata serta madah bermelodrama yang berlaku sepanjang hampir 2 bulan.. sungguh banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2 bulan ini.. yang paling terkesan dihati, al-fatihah buat teman blogger,, arwah bro Hisham.. banyak komen arwah pada entri2 milla.. ya, tak tersangka dan tak terjangka.. itulah lumrah kehidupan setiap insani..

seperti adik bayi mungil yang baru hendak mula bertatih (bayangkan: goyangan pinggul disaluti pampers membulat), milla harus mula kembali belajar beraktivitas di alam blog..

dan yang pastinya,, hidup milla yang sudah mula ceria dan berglitter2 ini akan pastinya lebih indah dan bersparkel2 bersama kalian2... aummmmm~


p/s: nantikan kunjungan cik milla di teratak2 kalian.. weeeeee3..


Wednesday, January 20, 2010

topeng~

hai2 anda2.. how's ur day? mine? tidak sebagus anda barangkali. pagi tadi sahaja telah diajukan 1 soalan yg sama di 2 tempat berbeza.. here goes the soalan cepu-cemas itu : 'maaf, CIK ke PUAN?' ok.. DOWN seketika.. am i memang look like mak-mak eh? hooo.. positive2!!! -matured itu bagus- hahaha ;p

***********

'when you wear a mask for so long, u will forgot what lies beneath it'
......V for Vendetta


untuk final sem ni, milla ambil subjek Pengurusan Emosi utk pilihan bebas. 3jam kredit. kecelaruan perasaan kerap hadir dan ianya kadang-kadang uncontrolable ohh.. dan tentunya dapatan dari kuliah ni memang lah sangat2 relevan dan bermanfaat utk kehidupan seharian seorang milla ni haa..

topik perbincangan kuliah semalam dan sebentar tadi berkisar tentang Personaliti & Emosi.. Personaliti berasal dari perkataan Latin, 'Persona' yang membawa maksud Topeng. makna katanya di sini, setiap dari kita lahir dengan memakai topeng yang melahirkan personaliti dan membentuk identiti kita sendiri.

ohhh.. adakah mungkin penggunaan topeng ini menggambarkan kita sebagai seorang yang takut untuk berhadapan dengan realiti? takut untuk menunjukkan the true colours compang-camping diri kita? atau mungkn kecelaruan personaliti melanda?

YA. kita boleh mensarung topeng gembira tersenyum walau dalam hati ni dah berkulat bernanah dengan kesengsaraan dan kepedihan. YA. kita juga mungkin memakai topeng bertabah walau jauh di dalam diri, kita ini sungguh longlai, layu, lemah. YA. kita juga boleh tak sengaja 'tersarung' topeng dan seterusnya menjadikan diri kita begitu sempurna di mata orang lain walaupun atas dasar kehipokritan-macam-bagus.. dan YA, kita boleh juga menempah topeng yang akan membuatkan orang gerun dan takut kepada kita bak kata pepatah pujangga, Muka Cromok, Jiwa Tomok.. haha ;)

walau pada pandangan orang lain, kita bagus, kitalah sang dewa berkepak putih yang membawa sinar damai ke serata alam, TAPI, pasti, akan ada sekelumit perasaan tidak sedap akan menular dek kerana hidup bertopeng yang penuh kepura-puraan ini. sampai terkadang, kita jadi lupa, siapakah kita yang sebenar tanpa topeng yang selama ini mentutup ketidakbagusan yang ada pada diri.

YA. bertopeng itu PERLU dalam beberapa situasi. Agama yang murni juga mengajar kita untuk tidak membuka aib orang lain dan juga membuka pekung di dada. selagimana kita bertopeng untuk kesejahteraan dan keharmonian, ianya pasti akan indah2 sahaja.


***********


Evey Hammond: Who...who are you?


V: Who? Who is but the form following the function of what. And what I am, is a man in a mask.

Evey Hammond: I can see that.

V: Of course you can. I'm not questioning your powers of observation, I'm merely remarking on the paradox of asking a masked man who he is.

....quotes from movie V for Vendetta





p/s: sdg membaca buku tulisan Dato' Dr Fadzilah Kamsah, 'Psikologi Cinta'.. dan ini dilakukan demi tuntutan menyiapkan presentation bertajuk 'Emosi Cinta'.. wahhhhh ;) menselami buku ini untuk mengingat kembali apa itu cinta. lupa sudah. hahaha.. ;)

Monday, November 30, 2009

que.sera.sera~

bait-bait lirik lagu pujaan-hati-hamba masa zaman kindergarden dulu-dulu..

:: QUE SERA SERA ::

When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be?
Will I be pretty?
Will I be rich?
Here's what she said to me:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead?
Will we have rainbows
Day after day?
Here's what my sweetheart said:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.

Now I have children of my own.
They ask their mother,
What will I be?
Will I be handsome?
Will I be rich?
I tell them tenderly:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.
Que sera, sera.

Yup. Whatever will be, will be. The future's not ours to see. What will be, will be..
كن فيكن Kun Fayakun.. Jadi, maka Jadilah..


mila mencari video Que Sera Sera di youtube. dan jumpa ini.. hmm.. lagu Que Sera Sera dinyanyikan oleh disabled child dari Thailand.. terimbau kenangan time National Service tahun 2006 dulu.. buat khidmat masyarakat kat area Kuala Rompin.. group mila pergi ke Rumah Penjagaan Kanak-Kanak OKU.. ouchhh.. sungguh menseksa jiwa bila melihat anak-anak kecil disana.. melihat keletah mereka cukup membuatkan diri hiba.. teringat kepada Siti. seorang anak sindrom down berusia 12 tahun. dari awal mila dtg sampai nak balik dia asyik peluk mila je... dia kata 'cayang kakak, cayang kakak'.. manja sungguh2.. dan teringat pada hari tu jugak Siti datang her 1st period.. menangis2 dia kata 'Siti mati, dayah, dayah (darah)'.. hmm.. tiada gambar kenangan yang dirakam dgn Siti.. semoga Siti dan anak-anak lain disana diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan mendatang.. aminn..

Ya, seperti di sekolah-sekolah lain, nyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah kan.. TAPI.. yang paling mensedihkan dan tak sepatutnya berlaku adalah, after tamat je sesi persekolahan di Rumah tersebut, cikgu2 menyuruh mereka nyanyi lagu Negaraku dan Lagu Namun Ku Punya Hati.. yang ada lirik dia :

'tidak kuminta lahir kedunia.. tidak kuduga cacat begini,
bukan kuminta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati..'

personally,, milla sgt2 tak bersetuju mereka mendendangkan lagu itu.. siap dgn gaya sekali.. ohh,, memang mereka tak pinta dilahirkan begitu. sekurang-kurangnya, beri mereka kekuatan, ajar mereka untuk mensyukuri nikmat Tuhan, beri mereka kasih sayang dan perhatian dan jangan mereka disisihkan..

Whatever will be will be.. kita hanya mampu merancang.. semua kita mahukan kesempurnaan dalam semua hal.. tapi tetap, Tuhan yang menentukan..


p/s: pernah membela kura-kura yang kurang sempurna..

Saturday, October 10, 2009

belly.belly~

happy2 saturday :)

life doesnt have to be all da lovey-dovey-cintan-cintun senantiasa kan. bowring!! thanks u'ol.. i pomish ya not to emo-putus-fius memikirkan manusia plastik itu lagi. baik bunguks punya olang!


[yang tersurat]


situasi 1 : OTK?!! (sila baca Oh Tuhan Ku). u pregnant ke? bila kawin ni?

situasi 2: eh, u sekarang dah macam tong drum dah i tengok. sila diet lah. gemuk dah.

[yang tersirat]

situasi 1: 'ngekkk punya orang. aku tak kahwin pon lagi. aku sedar aku gemuk. tak yah lah tanya aku pregnant ke ape'

situasi 2: 'memang lah aku gemuk ngekkk! aku bawak baby dalam perot ni haaaaa'


pesan chegu:
  • yang tersurat tu maksudnya apa yang kita nampak.
  • yang tersirat tu maksudnya apa yang kita tak nampak.
haaaa... ada idea tak macamana nak bezakan orang itu bellynya buncit sebab kena buatan orang mengandung ke sebab bellynya betul2 buncit? okey. milla pernah melaluinya. ini kisah benar. time tu naik komuter pergi sunway. pergi dengan my anak2 buah teknokrat dinner kolej. selaku ketua pengarah, mereka memanggil milla dengan gelaran bunda. (terasa sgt makcik2 ye). ok. back to cerita. time tu pakai baju kembang2 sikit ala2 baju belly-dancer style2 maternity. then masuk je komuter ada lah 1 seat kosong. kami ber-19 orang. meriah tak meriah la kan komuter tu. nak dijadikan cerita, salah sorang cakap 'eh, bagi laluan kat wanita mengandung ni' (sambil memegang tangan milla dan memimpin ke seat kosong itu). OTK!?. punyalah banyak jugak mata memerhati. usya2 my kempis belly ni. mesti dalam hati diorang duk kata 'masuk komuter huha-huha dengan 18org kanak2 riang, tapi sorang ni mak budak rupanya'. dan budak2 yang sewel 18org ni pun duk panggil2 'bunda.. bunda itu.. bunda ini'.. haha.. malu memang malu okeh. tapi who cares? yang penting milla dapat duduk dari stesen subang sampailah ke kl central. hahahahahahaha (gelak setan besar)

kalau orang tu mengandung, mestilah perut dia bulat2 tergayut2 kan.. obviously nampak tergayut2 tu. tapi tu kalau dah 5bulan++ lah kan. kalau baru 2-3-4 bulan,, berkemungkinan jugak orang cakap bun-bun-cit kan.. hmmmmm.. silalah pandai membezakan ye. nanti dalam pengangkutan awam senang nak tunjuk baik bagi duduk kat wanita mengandung.. heeeeeeee :)

ini lah baju yg mentransformkan diri menjadi 'bunda si wanita mengandung'.
SAYA SINGLE DAN MASIH BELUM BERKAHWIN OKEH.
sila percaya. ini betul. sumpah.

hOOoooo... comel kan belly-belly-ada-baby ni? awwwww *teruja!*


thanx 4 da award ya inchik eful emcem.. selamat century follower..i loike!

p/s: silalah inchik eful belanja saya mcD :)


Friday, October 2, 2009

kaler-maler~

awwwchaaakkk!ini blog milla.. huuu.. jgn risau,, bukan salah blog.. milla baru je buang sawang2 kat dlm blog ni.. haaa.. bercahaya sket~ lalalalalala...



sedang asyik berdating dgn pakchek google, milla dapat ini ::

di Thailand,, setiap hari ada warna yang tersendiri.

Isnin itu kuning.
Selasa itu pink.
Rabu itu hijau.
Khamis itu oren.
Jumaat itu biru.
Sabtu itu ungu.
Ahad itu merah.

Tentang sejarahnya, banyak sumber yang tidak jelas dan kurang pasti.. ada yang kata tradisi hindu.. ada yang bilang pengaruh buddha.. ada juga yang cakap, ini adalah tradisi turun-temurun zaman tok-nenek-opah-atok-onyang mereka.

dari pencarian2,, banyak sumber mengatakan antara banyak2 warna,, yg paling hot-mesti-is-a-must untuk ikut adalah Isnin itu kuning dan Jumaat itu biru. the reason is, warna kuning adalah warna raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yg lahir pada hari isnin. dan biru pula warna Ratu Sirikit yang lahir pada hari Jumaat..

tak tahulah sejauh mana kesahihannya.. cuba bayangkan kalau kat negara kita malaysia terchenta ni, dipraktikkan benda-alah ni, haaaa.. gua gerenti lu beb,, orang malaysia tak botak sebab tak payah nak fikir kena pakai baju warna apa nak pergi kerja setiap hari.. dan senang je kan nak beli baju.. haha.. takperlu lagi wujud 'fashion-phobia'.. sebab semua orang sama.. haha~

i'm wearing purple today,, so hari ni hari sabtu lah ye? hehehee ;p


p/s:kereta masih dibengkel.. aiyooo.. patah kaki!


Sunday, September 13, 2009

belit.lidah~

*mari lakukan regangan otak dan senaman lidah~
(benefit: supaya lidah anda tidak bercabang ;p)

..................

buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak

..................

Red lorry, yellow lorry, red lorry, yellow lorry

..................

How much wood would a woodchuck chuck
if a wooodchuck could chuck wood?
A woodchuck would chuck all the wood
a woodchuck could chuck
if a woodchuck could chuck wood.

..................

She sells sea shells on the seashore.
The seashells she sells are seashells she is sure.

..................

Betty Botter bought some butter, but the butter Betty Botter bought was bitter. So Betty Botter bought some better butter to make the bitter butter Betty Botter bought better. But instead of the better butter Betty Botter bought making the bitter butter Betty Botter bought better, the bitter butter Betty Botter bought made the better butter Betty Botter bought bitter!

..................

If you understand, say "I understand".
If you don't understand, say "I don't understand".
But if you understand and say "I don't understand".
And if you don't understand and say "I understand"
How do I understand that you understand. Understand!?

..................

Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
A peck of pickled peppers Peter Piper picked.
If Peter Piper picked a peck of pickled peppers,
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?

..................

mila chantek mila chantek mila chantek..
hahahaha ;p
*shengal jap ye*


Wednesday, August 5, 2009

kalerful~

merahmu bara semangat waja..
putihmu bersih budi pekerti..
kuning berdaulat payung negara..
biru perpaduan kami semua..


huuu.. tiba2 je kan? tak apa.. semangat bulan kemerdekaan itu perlu.. cheh... *hint*hint*
dah alang2 cakap pasal warna ni kan,, marilah menterjah~~~~

Perkaitan antara warna dengan personaliti:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.



Merah : Lincah, berani dan emosional


Biru muda : Pengasih dan penyayang


Oren : Bersemangat dan komited


Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik


Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah


Ungu : Kejayaan dan sikap positif



Hitam : Rasmi, serius atau hiba



Coklat : Matang dan bertanggungjawab



Putih : Bersih dan amanah






hmmm.. tapi banyak2 warna.. warna ni paling mendapat tempat dihati milla.. dan to be suprise,, hampir 90% jugak la description dia betul.. huuuu~~

::MERAH JAMBU::


Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.



p/s:: hidup umpama kanvas putih.. kamu sendiri yang menconteng dan membuat lakaran serta mewarnakannya dengan warna2 pilihan kamu..


Thursday, July 23, 2009

jarak.komunikasi~

ahaaaa.. as an intro of our komunikasi saintifik punya kuliah,, Prof ada sentuh tentang jarak komunikasi..

ye anak-anak.. apa itu jarak komunikasi?

jarak komunikasi adalah jarak di mana 2 orang atau lebih berada antara satu sama-lain.. jarak ini dapat memberikan ruang dan zon selesa kepada seseorang.. dan jarak ini juga dapat memberi gambaran awal kepada sekeliling tentang hubungan atau keserasian seseorang dengan orang lain disekelilingnya..



jarak untuk kategori INTIM :: 0-2 kaki
jarak untuk kategori SAHABAT :: 2-4 kaki

so? ni kira intim @ sahabat??? ngeh3 ;p



p/s:: gambar diatas hanyalah GIMIK semata-mata ya... azmila bukan les =)




Monday, July 6, 2009

urban.ke~

hye..hye..hyeeee (dgn gaya teruja!)
i'm back! heeee :D
wendu amat sama ini blog... ahaaa...
mlm td mengonlinekan diri di mirc..
mengimbau zaman2 afro dulu =)

watak~~
- baby^sister> :: milla
- mr.frankfurter> :: mamat blaja overC yg baru pulang mesia

lokasi~~

- #kampung
..................
.......
.......
.......

baby^sister> 1 of ma fren do upload da garmin for free

mr.frankfurter> O rly? No wai.. Srsly idk.. qtm..

baby^sister>
erkk?? x paham sir.. huuuu


mr.frankfurter>
lol.. 'oh really? no way.. seriously i dont know. quick tell me.' faham suda?


baby^sister>
hahahaha.. msg noted! gimme ur mail,, later i send to ya da add


mr.frakfurter>
ok. afk. brb.

..................

.:: kamus urban page 1::.

afk : away from keyboard
brb : be right back
asl : age/sex/location
lol : laughing out loud
rofl : rolling on floor laughing
lqtm : laughing quitely to myself
gtfo : get the fu*k out
stfu : shut the fu*k out
omg : ohh my God
jk : just kidding
idk : i dont know
ttyl : talk to you later
ttyn : talk to you never
pc4pc : picture comment for picture comment
qtm : quickly tell me
jrk : jerk
nvm : nevermind
gtg : got to go

gambar ini adalah hiasan semata-mata. tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yg telah kiok..





p/s: azmila telah memulakan 1st sem of final year pada hari ini dgn segarnya...


Friday, June 26, 2009

tercepit.terhimpit~


aduhai kamu...

sungguh besar jasamu
membuka rusukmu
membiarkan insan menerobos rakus ke dlm perutmu
kemudian kamu rela mengendong segala bebanan
dan rela memuntahkan kembali

sungguh bisar jasamu
lif oh lif....

**************

fakta tentang lif:
  • lif yang sehat (berfungsi dgn normal) tidak akan tertutup (walaupun ditekan punat close) jika ada sebarang halangan ketika ia ditutup (cthnya,, tahan guna tangan, kaki, etc, etc)
  • lif akan tertutup tetapi tidak akan bergerak (statik) jika anda tidak menekan sebarang punat ke mana-mana tingkat...
  • kebanyakan lif tidak mempunyai punat #13. mengapakah? kerana kebanyakan bangunan tidak mempunyai floor #13.. di kebanyakan negara, #13 diconsidered sebagai unlucky number. yes, due to superstition. renung2kan dan selamat beramal... =)
dimanakah #13???

malam td milla mimpi tersepit lif... scary woOOooooo!!!!!






p/s:: goin to ronggeng2 with mom n along tis weekend.. yeay!~~



Thursday, June 25, 2009

lucky~

I'M SooOOOoooooOOo LUCKY!!


I have an amazing-lovey-dovey family,, love what I do and love people so much in general, see life as not only half full but as FULL! I want to thank everyone and everything ….I am so lucky!


'hidup ini akan jadi lebih indah bila semua orang menyayangi diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan-Nya... walau rintangan hidup penuh liku,, penuh duka,, tetapi kehidupan ini akan indah bila ia dinikmati sepenuhnya'


ENJOY YOUR PROBLEM =)


***********************

.1616.
ayah's favourite number merangkap our family lucky number..




p/s:: sedang kefeningan menguplod garmin gps.. tiada hasil.. tidak berjaya :(



Sunday, June 14, 2009

malang kuasa dua~

sudah jatuh ditimpa tangga.. begitulah dapat diibaratkan dgn kejadian yg menimpa milla dan 3 lagi girlfrenz... kami2 yang cun lagi ayu ni on the way to muzium negara dari muzium putrajaya..



.::FAKTA NOMBOR::.

  • 12 JUN 2009
  • jam1000-1630 - kami bertungkus lumus menyediakan barang-barang pameran sempena pameran reptilia di muzim negara
  • jam1640 memecut sopan dgn kelajuan 120km/j dan tayar tiba-tiba meletop.. kebabommmmm.. debushhh..
  • lokasi kejadian di km305.3 dan 50m menghampiri r&r serdang
  • seramai 4 orang mangsa terkandas dan semuanya WANITA
  • menaiki satria J** 1616
  • 2jam kemudian, baru dpt pertolongan sbb highway tengah sesak gile (habis office hour)
  • pertolongan dari 2 mamat macho tiba tapi tiada apa yg bisa dilakukan gara-gara LOCK KEY tarak cukup! kusangkakan 1 rupanya ada 2 daaaa!!! dushdush.. haiyokkk...
  • 90menet lagi extend utk dapatkan lock key itu.. (highway still sesak)
  • ketibaan inchik plusronda adalah hampir 60menet selepas di telefon TETAPI tayar sudah berjaya ditukar
  • 15menet selepas enchik plusronda pergi,, ingin memulakan perjalanan kembali tetapi jeng-jeng-jeng.... enjin tidak mampu menghembuskan nafas... BATTERY kong!!! debushhhhhhhhh...
  • usaha jumper-menjumper dilakukan tetapi tiada hasil... 2 mamat macho terpaksa mengundur diri kerana ingin meneruskan perjalanan menghadiri meeting di Kota Bharu.
  • menunggu pertolongan lagi untuk kesekian kalinya.. 105menet kemudian,, barulah 2 mamat tough datang. kereta berjaya dihidupkan.dipecut laju ke bengkel.
  • TOTAL HOUR TERSADAI DI TEPIAN HIGHWAY YANG INDAH=6jam 50menet
  • TOTAL GENTLEMAN YG SUDI BERHENTI MEMBERI BANTUAN=0



.::FAKTA GAMBAR::.















.:: MORAL OF THE STORY ::.

  • jangan sesekali KELUARKAN LOCK KEY dari kereta
  • pastikan anda mempunyai EXTRA CASH yang memang di spare untuk emergency
  • pastikan KREDIT HANDPHONE anda tidak semput
  • patikan BATTERY HANDPHONE sentiasa sihat
  • pastikan anda TIDAK GELABAH dan STAY COOL
  • pastika PUNDI KENCING DIKOSONGKAN SEBELUM PERJALANAN.. ;p



.:: sekian.. kesian ::.





p/s:: tadi pergi nonton Drag me to hell tu.. gila nak tmuntah2 tgk crita tu!!!! jantung dah tergelincir2 dah..haishhhhhhh~~~

p/s/s:: INCHIK D90... simpananku demimu susut kembali................uwaaaaaaa...



Thursday, June 11, 2009

agak-agak brapa?




kalau terkurang kang.. cakap perli..
kalau terlebih kang.. kecik hati pulak..



*********************



milla ::
oh,, hari isnin nanti birthday akak ye.. yang ke berapa kak?


akak tu ::
hmmm.. cuba milla teka..


milla ::
alaaa.. mana geti nye nak teka2 ni..


akak tu ::
agak2 je..


milla ::
(monolog dalaman :- alaa,,muka mcm dah berumur.. kang aku cakap 35++ takut kecik ati plak..hishhhhhh...) surrender la kak,, milla tak geti nak teka2

akak tu :: oh,, umur akak ada lah 20 something

milla :: 20 something tu brapa (apekesusahnye dia nak gtawu ni..haishhhh)




*********************


sensitif sgt ke persoalan tentang umur tu?? haishhhh.. sepatutnya kita berbangga tawu dgn umur kita... pertambahan satu angka,, setahun demi setahun.. ALHAMDULILLAH..
dan takda keperluan yang rasional rasanya untuk MALU dgn umur.. pirahhhhhhhh... nak malu2 pulak.. haishhhhh... secara fizikalnya,, setiap kehidupan di muka bumi ni boleh di estimate umurnya kan?

ahaaaa.. tgk pic ini.. kompem akan panggil dia nenek kan? tak pun buyut kan...
tak tergamak rasanya nak panggil akak atau sis kan? heheheee ;p


*********************

heeee.. ni kek ulangtahun kelahiran milla tahun 2008..
so,, agak2nya,, boleh teka tak bila birthday milla yg ke 21? heheeee... ;p
kata tak suka teka2.. haishhhhh





p/s:: teka-teki teka-tekuk,, ular mati kena patuk.. ;p

Monday, June 8, 2009

wisdom teeth~

07.06.09
KLINIK PERGIGIAN IMPIAN, SEK 3 B.B.BANGI
09.30am-12.40pm
DR. FAIZ =)

haiyok2... milla da selesai undergo MOS (minor oral surgery) utk membuang my dear wisdom teeth a.k.a gigi bongsu.. alhamdulillah.. syukur padamu Ya Allah.... luckily milla decide nak buat awal coz the root is not yet fully developed lagi.. gigi milla tak sakit pun,, tp kalau dia tumbuh makin besar,, tu yang menyebabkan sakit.. dan betterlah gigi ni dibuang awal2..

at first,, terketaq-ketaq dan takut amat... tp sebaik saja pandang muka dr. faiz yg tenang tu,, terus gabra semua ilang... huuuu... dan hari tu,, assistant doc tu pun seorang lelaki.. ahaaaa... lagilah tenang je kannnnnnnnnn.. hehehehe.. ada sedikit kegatalan disitu

doc mulakan operation tu dgn lafaz bismillah.. setiap detik dan waktu mmg mendebarkan.. huuuu~~kejap2,, doc tanya,, sakit tak,, ok x... haishhhhh.. mendengar suaramu doc,, terus ilang rasa sakit tu.. heeeeeeeeeeeeee~~ doc,, kamulah bius semulajadi yang menghilangkan rasa sakitkuuuu

setelah diKOREK-KOREK, diCUNGKIL-CUNGKIL, diGERUDI-GERUDI, diPUSING-PUSING, diTOLAK dan di TARIK.. finally,, gigi belah kanan pun selamat tercabut.. doc tanya kepastian,, sama ada nak teruskan belah kiri atau buat lain kali... milla dgn beraninya terus jawab nak teruskan jugak belah kiri.. prosedur yg sama diulang.. diKOREK-KOREK, diCUNGKIL-CUNGKIL, diGERUDI-GERUDI, diPUSING-PUSING, diTOLAK dan di TARIK.. tetapiiii..... akar gigi terpatah... dush2... so,, doc terpaksa mengGERUDI2 lagi dgn penuh rakusnya... grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...bergegar2 serebrum dan warga otak yang lain...

ahaaaa... selesai semuanya... gusi kemudian diJAHIT... terasa liuk lentuk tgn doc menjahit bersama alunan benang yang melalui gusi milla.. then doc pon tegakkan kerusi... jeng3.. whutdafisherman!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! br tprasan yg zip jeans tbukak!! gilakkkkkkkkk ini!!!!!!! malu tahap tak hengat! sadisssss amat!!! dah la tadi assist doc tu duk lap2 tgn milla sbb terpercik darah (tgn letak atas peyot).. adehhhhhhhhhhhhhh... gilakkkkkkk amat ini! tatau dah nak letak muka kat mana... niat awal nak amek gamba ngan doc n asstnt dia.. terus kansel.. nak ckp pon da tak buleh da sbb mulot kebas (cucuk anaesthetic).. nak telan air liur pon da tatau dah macammana.. berjejer2 darah kuar mcm drakula...

terus memergikan diri pulang ke rumah... perasaan malu lg tebal dr rasa sakit! haishhhh... doc suh mam eckelim sbb darah tak benti2 lagi.. kpala dah weng3 amat... darah mengalir2 mcm ape ntah.. nak telan air liur pun tak lalu sbb rasa darah... n sampai saat entri ini ditulis... darah still tak benti lg.. tp taklah sedasyat dan sedrakula smlm..

haishhhhh,, mcmanalah nak menghadap muka doc lg.. next week kna g bukak jahitan gusi ni.. iskkkkkkk~~~

ni gamba X-ray gigi.. tgk yg hujung tu,, dia tumbuh senget kan... sbb rahang xcukup space

haishhh.. gunting..playar..cangkol..gerudi..hammer..gergaji.. seb bek semua berkilat.. hahaha

(tutup mata) eiYuuuuuu~~ ni lah hasil nya.. gigi n lapisan gusi+darah.. belah kiri dah dibela 3tahun,, belah kanan 2tahun..
p/s:: gigi ni lobang2 sbb kna gerudi tawu... haishhhh~~

bayangkan dr gigi cenggini.... ahaaa.. ada bran???


rasa lega after cabot gigi ni... tapi.....tapi... sedey yang teramat... tak dpt lagi nak beli inchik D90.. haiyok2.. wuit spend utk cammy da habeh kat gigi... gigi oh gigi... doc oh doc.. huwaaaaa~~

kau akan tetap jadi milikku inchik D90....



p/s:: xselera nak mamam= nak kurus.. heeeeee ;p
p/s/s:: buhsan amat ini.. mc 3 hari..

Friday, May 29, 2009

halal ke x~~

sedang asyek mengonline di opis smbil minum marigold yogurt drink ptg tadi,, terdetik utk check-mencheck kehalalan setiap makanan yg memasuki peyot dan bakal menjadi sebahagian dari darah daging ini...


was-was itu perlu!!


sila klik picta utk paparan lbih jelas..

nak check juga...? layarilah direktori halal



sekian terima kasih.. huhuuuu~


p/s::mawu makan dan makan dan makan banyak2!blogger-emoticon.blogspot.com

Sunday, May 24, 2009

meronggeng~

9am-12am

its meronggeng taim!
milla & ika meronggeng ke BB+ Time square+mines..
inilah terapi yg sungguh merapikan.. haha (apakah?)
ini juga eksesais yg amat berkesan.. (exclude da makan-so-banyak part laa kan..heee)

then.. menonton da-musti-tonton muvie..
Night at the Museum 2
damn besh giler! gelak sakan..
ni jugak terapi.. n senaman muka utk awet muda.. lol


*****peristiwa*****

masuk2 je,, amek seat.. then ada seorg papa bersama 3 anaknyer..duduk sederet sblh seat milla..

anak gurl:: papa,, koko duduk sini ye. papa tak boleh duduk sebelah perempuan

papa d gurl:: ehh.. ohh.. ok..


milla hanya mampu tersenyum.. fikiran si anak dlm lgkungan umur 8-10 thn itu sepertinya sungguh dewasa.. :) ada scene kissssssssing dlm muvie ni.. anak kecil itu memalingkan muka ke arah milla.. adoyai... apakah? potong stim la budak ni huuuu~ milla memandang kembali mukanya dan tersenyum juga :)



p/s:: goin to dentist.. uwaaaaa~
p/s/s::skrg br pkl 4am.. knapakah inchik ayam berkokok suda?

Friday, May 22, 2009

haiYok2... headache melanda sbntr td...
suddenly, tringat email in my inboX..

FW:FW: STOP EATING SUSHI

huaaaaa... sushi yg lazat.. segar dan bugar.. tetapi... jeng3

amaran awal:: tidak sesuai dilihat oleh kamu2 yg sdg mkn,, atau ibu2 mengandung..

seee da ulat.mulat?? eeeuuuwwww~

haiYooo.. dlm email tu ckp,, ni picta inchik Shota Fujiwara yg sgt suka mam sushi fresh and alive.. huuu.. n then dlm 3 taun,, dia sengsara kesakitan kepala.. bila di operatO,, inilah hasil yg diperoleh para doktoR..

ayat dbawah ini untuk menyedapkan hati::
alaaa,, milla makan sushi bukannye slalu pon.. plus,, sushi kat mesia ni tak la extreme nye mentah.. takpe.. ape ade hal.. huuuuu



p/s:: mahu hidup bebas dari kerisauan!