Thursday, December 31, 2009

'09 recap & '10 resolution

penghujung hari, penghujung bulan, penghujung tahun sudah.. say hai2 to 2010 dan bye2 2009~

tahun 2009. tahun percubaan pertama buat kami sekeluarga. or boleh juga disebut tahun 'tanpa'... father's day pertama tanpa ayah. birthday celebration pertama tanpa ayah. ramadan& syawal pertama tanpa ayah. segalanya tanpa. memang sukar pada awalnya, namun semua perlu diharung walaupun tanpa kemahuan,, sebab segalanya sudah tersurat.. jika begitu, maka begitulah jadinya..

tahun 2009 juga tahun kecelaruan perasaan untuk milla. hahaha. juga boleh disebut tahun hati dirobek-robek dan disayat-sayat. sumpah pedih! tapi semua tu adalah silibus terpenting dalam sekolah hidup milla ohh ;)

tahun 2009 antara tahun terbanyak mendiscover benda2 baru, tempat2 baru, kenalan2 baru, makanan2 baru & mendiscover keberanian diri juga.. :)

So those were 2009 recap that I could hardly think of, antara perkara2 terpenting ala2 ‘hari ini dalam sejarah’ laa.. haaaa,, my new year resolution pula??

*******

well, this thing that I’m going to list down tiap2 tahun wajib ada under my ‘musti-capai’ list, dan tiap2 tahun jugak at the end of the day akan masuk under my ‘fail-to-capai’ list which is :

  1. Babad-less. haha. tiap2 tahun mempasang azam itu sahaja. tapi, sebabkan kurang kesedaran, kurang kerja keras, kurang kasih sayang terhadap badan, kurang peduli apa yang orang sekeliling kata,, misi babad-less ini adalah misi tersukar/paling sukar untuk dijayakan...
  2. Cakap-less. okeh, for my family, coursemate, collegemate, bilikmate, katilmate dan for those yang mengkenali milla secara realiti, sila jangan gelak! haiyok3.. terasa diri ini terlampau banyak cakap ohh! nak buat macamana, hobi.. hahahaha.. erk, ini mungkin akan dipertimbangkan sekali lagi lah kot.. sebab azmila dan pendiam adalah sungguh tidak signifikan sama sekali.. huuu~
  3. Hidup single tanpa scandle. ya. tak mahu lagi tertipu oleh boyfren orang, suami orang, bapak orang. perit tahu! azmila oi, sila mempunyai perasaan gembira tanpa sebarang perasaan cemburu bilamana tahun 2010 ini, akan banyak sangat majlis kahwin rakan2 dan sedara2 yang akan dipergi. bertabah! perasaan akan kelak lebih indah ohh ;)

tapi yang paling penting adalah:: mahu menjadi azmila yang lebih bertabah, lebih matang dalam segala hal, lebih bertanggungjawab & pastinya,, mahu senantiasa membelai perasaan gembira di dalam hati ;)


p/s:: kita senyum kerana gembira,, atau,, gembira kerana senyum?

p/s/s:: Happy New Year anda2 :)




Monday, December 28, 2009

anak~

hari ini Isnin. sangat tak menyukai Isnin sebab ia hadir selepas Sabtu & Ahad.. ohhhh! kacau!

..ini nenda..

semalam pulang ke rumah nenda.. pasti wujud 1 perasaan mentusuk-tusuk kalbu yang tak boleh dihilangkan setiap kali jejak ke rumah nenda ini... nenda acapkali, berulangkali, seringkali, berkali-kali sebut perihal arwah anaknya (which is my ayah).. berulang-ulang.. benda yang sama. diulang dan diulang.. walaupun nenda baru kehilangan suaminya (which is my atok) 2 bulan yg lepas..

wondering....

A Wife who loses her husband is called a widow
A Husband who loses his wife is called a widower
A Child who loses his parents is called an orphan

BUT..

There is no word for a parent who loses a child.. ouhhh,, that's how awful the loss is!!!




p/s:: tadi tgk gambar kawan sebaya yang perutnya dah memboyot disebabkan buatan orang. buatan orang? jeng3.. buatan hubby dia lah.. teruja ohh nak jadi mummy! bilalah nak mengkandung ni? oOooppssss ;p



Sunday, December 27, 2009

bakat.terendam~


amaran:
ini chobaan yang selekeh. sila jangan kutuk! heeeee~~



sila gelak ye.. chord terjunam ke selat melaka! sebenarnya,, mila taktahu pon chord2 gitar ni. maen buat sesedap rasa based on ingatan terhadap main keyboard lagu happy birthday ni time kat sekolah rendah dulu2.. ;)

okeh.. keselekehan bermain gitar beriramakan lagu Happy Birthday itu ditujukan khas buat si adik,, Izwan Azman.. 27.12.2009:: Happy Birthday yang ke-16 tahun ohh ;)

Izwan Azman a.k.a matChapang dearie,,
  • terima kasih kerana selalu mempekakkan telinga angah dengan bunyian gitar dan suara kamu yang sumbangsih itu..
  • angah mintak maaf sbb selalu kamu dibuli.. antara yang terdasyat pabila angah&along mencabot bulu kaki kamu dengan menampal veet punya sticker penanggal bulu itu.. percayalah,, itu sekadar gurauan berkasih ya walaupun kamu sampai meneteskan air mata.. hahaha ;p
  • silalah jangan berangan angah akan serahkan kereta satria itu kepada kamu.. faham? hahahahahaha (gelak jahat)
  • dan last sekali, gila jeles kamu dapat Yamaha LC! bundaaaaaaaaa... angah nak Caldina!!!!!

budak ini tinggi dia 180cm++ ohh..
saiz kasut 11..
budak ini sangat sengal jugaaa~



tiada special entry pasal RTW. hujan memanjang. member2 cancel pergi. last2 berdua saja ohh.. gambar pun tiada sebab hujan dan takde kamera changgeh.. tapi the best part is,, dapat melihat kepelbagaian perilaku dan perlakuan umat2 manusia disana. menarik. pelik. juga jelik. ;p


semoga Ahad kamu2 indah dan molek belaka ;)


Thursday, December 24, 2009

keperibinatangan~

assalam.. hai anda2.. how was your day? harap semua bagus2 dan baik2 sahaja ohh.. mata ini tidak berapa pulih sepenuhnya. masih tak boleh tenung dalam2 tajam2 screen lappy. secara dekat.. perit mata. tapi tadi berjaya mengkhatamkan Jake Sully.. huu~

:: animal behaviour ::

ya, pagi tadi kuliah pertama bg subjek animal behaviour. subjek ini teramatlah eksaited milla tunggu dari awal2 diri ini bergelar budak course animal biology..

rasanya terma 'keperimanusiaan' tu dah tak relevan untuk digunapakai pada zaman kita berada sekarang ni haa.. manusia dah bertindak diluar batasan tatasusila dan tatacara yang sepatutnya. mungkin ia patut ditukar kepada 'keperibinatangan'.. al-asbabnya, walaupun binatang2 ini lahir tanpa pakej akal yang waras, tapi sekurang2nya masih terpamer keindahan perilaku dan mereka2 ada keindahan naluri ohh! so,, pleaselah jangan nak hina orang dungu macam keldai ke,, pekak badak ke,, ape ke.. sebab lagi banyak contoh2 manusia yg lebih layak berada ditaraf itu ya..


kuliah hari ni just pengenalan, ada lah sentuh pasal animal motivation.. iaitu dorongan, keinginan & kesediaan utk haiwan tsebut melaksanakan kelakuan tertentu.. hmm.. nothing else i can tulis ohh.. indahnya ciptaan tuhan.. kagum. Subhanallah.. nanti ada yang menarik, milla share ya :)



p/s: tadi dah tgk Avatar kat Jusco Cheras Selatan secara solo.. sbg penchenta alam,, milla menanges dengan banyaknya la haihh~

p/s/s: esok mahu ketemu rakan2 sekolah rendah yang dah 9tahun++ tak ketemu ohh.. lokasi: pavilion. dating dgn sherlock holmes jugaa ;)

p/s/s/s: lusa berhungga2 di Rock The World 9! yeahhh~

last p/s: aktiviti mentakedarah semakin dahsyat!! ;p


Wednesday, December 23, 2009

darah.merah~

hari ni hari terakhir bunda di bangi.. so, we spent termendous superb time melantak pizza dan melayaan kegilaan di ber-chikebumbum dance lagik ;)



disebalik kegumbiraan ber-chikebumbum, terselindung satu kesah dukalara-perit-seksa::

ini gambar november2008.. minor surgery after kena stye infection kat mata..

1st time kena stye infection time form3.. pergilah sekolah macam pirate,, totop mata sebelah.. yang bezanya,, totop dgn bandage putih yg spannya penuh darah.. pergi pakar mata,, doc tu cakap kat mata milla ni problemnya,, takde pores untuk keluarkan minyak. so, bila minyak tu tersumbat dan tak dapat keluar,, ia akan berkumpul maka jadilah itu bulat2 keras2 disebalik kelopak mata ohh ;)

symptom2 nya:: rasa kegatalan rimas2,, mata berair,, merah2,, mata memboyot- ada bijik yg sekali pandang macam ketumbit,, pandangan jadi agak blurrr-kelam-kusut saja..

................mahu mentaip lagi tapi tak berdaya sudah. mata dah makin pedih.ohh tuhann. rasa macam nak cocok2 garu2 sumbat2 congkil2 tuil2 dengan lidi lah! gataaalllllllllllll ya amat ohh -_-
esok kena pergi mengemis ubat yg mahal itu dr pak doctor..

sekian. ini saja yg mampu tertulis dengan mata kiri tertutup dan tgn kiri melekapkan tuala tuam air panas ke mata.. tiada mampu menjengah anda2 juga.. esok pagi kelas Puan Dr Singa Berantai pukul 8am. terima kasih..




rintihan:: TIKET RTW 9 DAH BELI! KALAU SAKIT MATA NI TAK HILANG MACAMMANA OHHHHH!!!!!!!! UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!




EDITED @ 12.43 pm::

alhamdulillah pagi ni dah semakin oke..
objek membulat membuyut kat mata tu dah mati segan hidup tak mahu..
harapnya xperlu undergo surgery kali ke-3 ohh..
harapnya ia terus hilang..

aminnn ;)



Monday, December 21, 2009

pelajaran.baru~

assalamualaikum.. heyya2 :)

sudah 6hari ohh tidak mengonlinekan diri kerana telah mensibukkan diri dengan acara2 menipiskan beg duit bunda,, melenguhkan urat2 kaki dan mata,, menambah diameter pinggang dengan menambah kadar kekerapan mengambil makanan lazat.. dan ini semua dilakukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas.. hahaha ;p

terlampau amat banyak tempat yang diteroka.. jauh perjalanan luas pemandangan ohh :)

dan pelajaran baru bg milla :: (p/s: ini mungkin telah kamu2 tahu sekian lama)

ber-banana boat di Port Dickson... teruja2!!
tapi part nak panjat balik naik banana boat itu selepas diterjatuhkan dalam air adalah sungguh azab okeh! azmila oii,, sila terima hakikat anda itu tersangatlah tidak ringan..

berlompat-lompatan atas dance machine ini ohh..
perasaan? agak memalukan sbb ramainya org yg melihat..
tp.. peduliklaaa ;)
ohh btw,, milla berlompat dgn berkain..
berangin je kan.. hahaha ;p

menjolok-jolok rambutan ohh :)
sungguh berterima kasih kepada cik kerengga2 kerana tidak melakukan serangan hendap mahupun serangan balas..

sekian kisah pelajaran baru~



dan ini adalah kisah benda yang sudah mual dilakukan saban tahun.. dari form1 sampailah final year final sem sekarang ni haaa.. mengkemas setelah mencheck-in hostel..

final sem of final year
silalah menjadi orang yang bersungguh2 milla oiii...
silalah menjerumuskan diri ke lembah kerajinan...




Tuesday, December 15, 2009

dua.puluh.tiga~

...pulang celebrating birthday along di Ceria Karaoke, Kajang.. 11pm-1am.. tepat 0000hr, kami stop mensumbangkan suara dan terus mempotong kek lalu memakannya dan kemudian sambung upacara mensumbangkan suara ;)

bunda-along-abg ash-milla-eyin




by milla : mahligaimu dari air mataku, cinta itu ketawa & air mata, tiara, kau pergi jua, dendam terlerai, my everything, the day u went away, perpisahan terasing..

haaa.. hambekk.. semua lagu frust jiwa2 ohh -_-

15.12.2009
Selamat UlangTahun Kelahiran ke-23, Izwana Azman..


even orang cakap along kurus, angah gemuk..
even orang cakap along putih, angah hitam..
even orang cakap along cantik, angah comot..
kita tetap sama berbintikan Azman..
dan tahlil kita nanti tetap sama berbintikan Jamaliah..

sila kahwin cepat2 ;)


lotsaluv, hugs& kisses
..Azmila Azman..


*tiada bisa melawat blog anda2 kerana agak bz dgn aktiviti merabakkan poket.. huuu~ i'll catchUp kamu2 later ya ;)


Monday, December 14, 2009

biar.betik?

current mode : bahaya!
current location : bukit mahkota, bangi

sepertinya milla perlu mengambil betik,, julap,, chi ket tek aun ohh!
seminggu sudah pengeluaran tidak berlaku. walhal pengambilan tetap berlangsung dgn jayanya... no wonder objek berlapis disebalik baju ni yg di awal cuti dah hilang 1,, dah bertambah semula ohhh ;(

mgkinkah ada petua lain selain yg disebut diatas? HELP! ketidakselesaan melanda...

p/s:: baru tahu ada betik jantan & betik betina..
betik jantan tak berbuah tapi berbunga lebat.. betik betina berbuah tapi berbunga sikit saja :)

p/s/s:: kenapa ada term 'biar betik?' yang sama juga maksudnya dgn 'biar betul?'.. mana dtg asal-usul susur-galurnya ohh??

*********

tahniah bunda ohh.. cekap sungguh ;)
*nasiblah blog ni tak macam FB yg boleh di'like2'.. kalau tak,, penuh dgn 'like2' dari bunda ohhh.. ;)

bunda : lepas ni nak buat blog nama MalDuka sbb angah MillaLara *gelak





i lap u Pn Jamaliah! muahh2 kasi lekat..

Sunday, December 13, 2009

perasaan.bagus.takBagus.sgtBagus~

perasaan bagus kerana ::

pagi tadi bermandi-manda-bersuka-ria di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Kelah, Sungkai, Perak or biasanya org panggil Hotspring Sungkai :)

sangat senang untuk memergikan diri.. exit tol Sungkai. belok kiri. then, terus about 500m, kamu akan ketemu signboard TRAP Sungai Kelah untuk ke kiri.. belok kiri.. terus saja about 7km merentasi kwsn perumahan felda yg tersusun santek ohh,, dan sudah ketemu destinasi.. no worries,, singboard bersepah :) anggaran 2hr from kl dgn pemanduan bersopan..

bayaran rm10 untuk dewasa. rm8 untuk kiddo (3-11 tahun).
bila dah bayar itu,, kamu2 bulehlah menikmati kehangatan ayor panas dan kedinginan air sejuk kat dlm tu.. selalunya org2 tua akan conquer kwsn air pns,, dan org2 tidak tua conquering kolam air sejuk. ada juga spa (sebutan: sepa), jakuzi, bbq, cafe, banglo, chalet, rooms disana ohh.. tp tu byrn lain lah juga..
okeh.. ketemu apa yang berbeza between 2 gambar diatas ini? its kepala sotong!! huuu.. last time pergi sini, kepala itu sotong masih gah. tapi skrg, tiada sudah. why oh why? hmmm,, dari sok sek sok sek yang didengar,, ada yang cakap kpala sotong itu, bila malam nampak mcm tempat pemujaan ohh.. dan lagi,, katanya, kepala sotong itu mintak nyawa.. al-asbabnya,, dah 2 org kanak-kanak menemui ajal di kolam kepala sotong itu... hmm.. entah.. ajal tak mengira tempat kan...


perasaan tidak bagus pula kerana ::

petang ini akan meninggalkan teratak bunda setelah 3 minggu membina badan disini... sudah melangkah masuk final sem tahun 3... haishhhh.. sekejap sgt masa berlalu.. say byebye to katil empuk + makan lezat :(

walau sejauh mana kaki melangkah,, rumah tetap tempat terhebat ohhh!
keindahan flora :)
keliaran fauna :)

kesemulajadian makhluk ;p


perasaan sangat bagus pula kerana ::

bunda akan bercuti dari 14-23 Dis.. sem baru ukm start 21 Dis ini.. jadi,, makna katanya,, 14-20 Dis ini adalah hari ronggengan buat kami! a big YEAY!

lokasi?? hmm.. tak diputuskan lagi.. round kl for year end sale adalah tersangatlah pasti! mungkin PD, mungkin melaka, mgkin juga hanya beristirehat,, memperap dan membelai diri di Bangi.. (ini adalah unacceptable sama sekali ye bunda.. huuu)

**to bunda yg disayangi, angah tau bunda baca blog angah ni tiap2 hari kan tapi tak tau mcmana nak komen.. hehehe.. silalah berbaik hati dengan membelanja anakandamu ini bershoping2 sempena cuti-cuti malaysia kita ni ye bunda.. i love u lah! muahhh3 lekat2 :)

p/s: any suggestion untuk tempat bercuti? area selatan Malaysia :)

Friday, December 11, 2009

buat.enche'.husin.lempoyang~

masih ingat dialog dlm filem 3 Abdul..?
antara Saudagar Unta Husin Lempoyang dan Saudagar Kaya Jamal Pak Tongko:: 'WOW! berniaga org lagi bagus dari berniaga unta!' ingat x? hehehe~ dah banyak kali tgk pon masih gelak2 tak hengat tgk cerita P.Ramlee ni ohh :)


tapi ini time,, milla bukan nak cherita pasal husin WOW mata terbelalak itu.. ni tribute to my beshties, Enche' Husin Lempoyang, dari Balok Baru, 26100 Kuantan :) haha..

Dear Enche' Husin,

since PLKN tahun 2006 oh kita jd beshties.. makaseh amat kepada kamu karena telah meminjamkan telinga kamu kepada makche' yang seringkali mengalami keracunan perasaan ini.. haha.. makaseh juga karena telah mensokong segala apa yang makche' ini lakukan.. dan makaseh karena kamu selalu ada untuk mengkongsi suka-duka-gelak-nangis-meraung-melalak makche' ini..

makche' tak punya harta ohh untuk membalas jasa2 kamu.. tapi makche' buatkan ini untuk kamu.. seperti yang kamu request.. yg gegerl itu makche' dan yang boboy itu kamu. mungkin makche' kna tambah satu lagi buat kekasih hati kamu, si Gadis Kampung Gajah itu.. huuuu~~ yg boboy makche' tak pamerkan lagi sbb makche' nak kamu jd org pertama melihatnya ohh.. haaaaa.. kamu terharu tidak??? makche' pon pandai buat seperais tahu!! ;p

Sekian, wassalam..


taRaaaaa...!!


heeee.. muka & baju dia tak sempurna lagi.. dan satu lagi,, mereka2 diatas itu menggunakan kain dari baju2 milla yg terpakai ohh .. lalalalala~ bukan niat mahu mandremkan Enche' Husin, tapi niat berjimat ohh :) haaa.. mulia je rasa ;p

dan lagi,, ini gambar tanpa motif ::


ada sesiapa nak request bebear? heee.. type ON CINTA dan hantarkan ke 32323.. lalaalala~


p/s: sbntr lagi ke Hotspring Sungkai :)


Thursday, December 10, 2009

poo.poo.shi.shi~

when i was kanak-kanak kecil, i often thought : when i grow up, i want to do everything i want.. BUT,, with lots of challenge & obstacle to deal with,, make me think that being a kid is way better than being an adult ohh..

tak payah pakai baju sendirik, tak payah makan sendirik, not even basoh poo poo & shi shi sendirik.. alangkah bahagianya hidup.. tanpa stress, tanpa jerawat, & pastinya tanpa objek berlapis kat perut ni kan.. lalalalala~


SIAPA CHOMEL?

chomel adalah saya. saya adalah chomel. ok, sila muntah. haha

arakian,, mila baru saja menterjah belog cik Noorlaila dan terpikat kepada ini contest.. 'Siapa Comel?'..heeee.. eksaited membongkar gerobok ohh..tapi baru terperasan,, tak banyak ghupenye gamba sorang-morang. banyak gamba dengan sang kakak sahaja.. hmmm... okeh, here goes the picture..

Nama: Azmila Azman
Tarikh/Tempat Lahir: 31 August 1988/ Hospital Teluk Intan, Perak DR

#1
gambar tidak menggiurkan ini diambil di teratak bunda, Johor Bahru. baru lepas shower bersama shampoo Carry Junior.. tarak pedihkan mata ohh..

#2
bertatih-tatih di Sentosa Island, Singapore

#3
Pantai Desaru, Johor.. ni adalah aktiviti wajib bila menjejak ke pantai.. sampailah dah kerepot sekarang ni haa.. masih mentanam-tanam di dalam pasir :)


heee.. usang sudah the memory lah.. well,, being a kid is fun isn't it?



Tuesday, December 8, 2009

belok~

Lata Kinjang, Chenderiang, Perak.

seringkali aku berjalan terus
mara tanpa ragu
namun terkadang aku sangsi
adakah aku perlu terus
atau aku perlu belok
dan undur kembali?

.ikut hati mati. ikut nafsu lesu.

dan sekarang terlalu sukar ohh hendak dibezakan antara keperluan ataupun kehendak. *mengeluh


p/s: craving for cendol pekat2 sejuk2 ohh! well,, itu keperluan ke kehendak? lalalalalala~

Monday, December 7, 2009

breast.milk~

amaran awal: entri ini dikarang dgn penuh sifat kewanitaan ohh

hye3.. nama saya Muhil Hakimi. pd suatu hari, saya sakit mata. sehingga tiadalah boleh saya membukanya ohh.. berketul2 objek kuning2 melekit2 kat mata saya.. saya sungguh malu juga..

lantas,, mama, tok uda & kak bibik telah mempegang saya dengan rakusnya. saya menjerit2 terlolong2 namun tiada siapa yang memperdulikan saya. tiba2, terasa cairan menitis2 ke dalam mata saya. panas rasanya. apakah cairan itu? haaaa.. itu yang saya nak tahu..

Eh, tadi saya cakap saya sakit kan? haaa.. sekarang tak lagi ohh.. Cairan itu sepertinya telah membaikpulih mata saya. saya amat suka kerana mata saya tiada bengkak lagi. dan cairan itu adalah susu nenen. saya terdengar mama meminta susu nenen dari org lain. ini membuatkan saya berfikir sejenak. selama ini, rupanya saya minum susu mama lembu, dan bukan susu mama saya. ini membuatkan saya sedih sedikit. tapi, oleh sebab mata saya sudah baik, saya gembira semula. sekian, cerita saya.. bye3

heeee~
itu alkesah kimi si puteh yg nottie2 manja..
pernah tak dengar orang tua2 bilang : sakit mata, obatnya susu ibu :) Alhamdulillah, baby kimi yang kena sakit mata dan beransur baik after dititikkan itu susu pd matanya.. penat jugak lah buat kerahan otak mempikir siapalah yang ada susu bdn sbb mama dia dah takde susu bdn dah.. so, konklusinya, target ditarget, then ketuk rumah makcik sblh rumah,, 'tok.. tok.. tok.. assalamualaikum.. makcik, mak mintak susu makcik!'.. dan makcik itu pun memberi dgn sepenuh hati.. hahaha.. apakah?


:: kebaikan thdp PEMBERI & PENERIMA breast milk ::

  • Mudah. dlm erti kata,, anytime, anywhere ohh.. tak perlu bancuh2, air panas bagai2.. tak perlulah sorong botol susu dan mempenuhkan beg. dan yg paling penting, takkan ada risiko tertinggal2 okeh.. (haaa, pernah ke dgr kes ada ibu ttinggal breast? lalalala~ ;p)
  • Erat. si ibu dan baby akan lebih bermesraan dan si baby akan dapat capture aura kehangatan kasih sayang dr si ibu. ini perlu untuk perkembangan emosi si baby okeh.. dia akan rasa lebih disayangi.. wahhh :) so, bila besar nanti, takdelah anak kamu2 nangis2 cari bibik instead of cari ibu dia kan?
  • Jimat& berkhasiat ya.. ingat susu ibu lembu tu murah? susu ibu manusia ni, dah lah tiada ongkos, bnyk pula khasiat yg tak terhengga berbanding susu ibu lembu, ibu kambeng, ibu kucing, ibu kuda, ibu gajah.. terbaek!
  • Mantap.. haaaa.. kpd si ibu, breast feed dapat juga memberi kemantapan kepada 'itu'.. tak perlulah nak kalut2 tambah silikon ke,, tepek daun sireh,, cream bagai2.. lalalala~ renung2kan dan selamat beramal ohh ;p
  • Selamat. dan ini info yg baru milla tahu.. breast feed selama 6 bulan bturut2 selepas kelahiran mampu menunda kdtgn haid.. 98% kehamilan dpt dielakkan.. so that,, ia cara berkesan merancang family ohh.. haaaa.. takdelah setaun sampai 2 baby kan.. 1 awal tahun, 1 akhir tahun.. sungguh kilang memproses! lalalalala~

p/s: haha.. cakap macam dah ada pengalaman kan? no..no..no.. pengalaman sifar okeh! ;)



Thursday, December 3, 2009

AYAH: not.ready.for.goodbye~

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;

Then, I am still and wait here in the silence,

Until you come and sit awhile with me...

You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up: To more than I can be...


.bunda dan ayahnda.

28 November 2008
pukul 5 petang, ayah dimasukkan ke wad Hospital Tapah. ayah batuk-batuk dan 5 hari tak dapat tidur langsung. tak pejam langsung. mak berkeras bawak ayah check up lagi kat hospital Tapah. yelah, dah pergi other hospital and clinics time kita spend a week kat bangi tu, doktor cuma cakap ayah batuk biasa. ayah sedapkan hati angah, ayah cakap, duduk hospital cuma nak check-up keseluruhan. ok.

29 November 2008
ayah dikuarantin. saspek Tibi (batuk kering). ayah kena pakai mask. kesian ayah, duduk kat penghujung wad yang panjang itu. hmm.. petang tu, dapat result check-up. negative. ayah tak kena tibi. tapi mungkin jangkitan kuman pada paru-paru. ok. ayah pindah ke bilik lain. ada 3 katil kat situ. ayah paling muda. 47 tahun. lagi 2 org, pakcik yg dah berumur senja. angah dgn mak gilir2 teman ayah. luckily time tu angah tengah cuti sem. hmm.. angah teman ayah malam tu. angah bawak lappy, main game tetris dgn ayah. ayah ingat tak,, nurse on duty bising2 marah. haha. angah tutup lappy.. then agak2 nurse bengis tu dah tak round2, angah sambung main lagi tetris dgn ayah.. huhu.. time ni ayah tak dapat tidur lagi. kesian ayah. kena cucuk2, masuk wire sini sana, makan2 ubat tapi langsung tak dapat pejam mata.. last2, angah pulak yang lena tidur dlm wad.. hehe..

30 November 2008
result x-ray paru2 ayah shows yang paru2 ayah dah rosak teruk. doc tu celupar je mulut kan cakap ayah ni penghisap rokok tegar. hello!! ayah angah ni tak pernah sentuh rokok langsung tau! tak pernah mensedut walaupun sesedut. oh.. terus doc tu diam. dan dia cakap, paru2 ayah kena infection. hari ni jugak ramai saudara2 yang datang melawat. angah tahu, ayah tak suka keadaan macam ni kan. yela, bagi ayah, ayah cuma batuk biasa je. susah2 je nenek, atok, nak datang dari bangi ke tapah jenguk ayah. angah nampak ayah tahan sebak dan air mata ayah bergenang bila mak long pegang ubun2 ayah sambil baca al-fatihah. lepas mak long balik, datang lagi ramai kawan-kawan ayah. ayah nampak letih, lemah, tapi ayah tetap mesra berborak bersembang dgn diorang. ayah makan mesti nak bersuap. huu.. manjanya ayah angah ni.. malam tu, mcm biasa, turn angah jaga ayah. Alhamdulillah, ayah dapat tidur. lena. siap berdengkur lagi. syukur. angah tak tidur mlm tu sbb anak pakcik sebelah tu macam tak waras je pandang2 jeling2.. lalalalala~

01Disember2008
keadaan ayah tak bnyk berubah. tetap sama. hari ni datang lagi ramai kawan-kawan ayah. ada yang bawak air jampi tu, air jampi ni, air baca tu, air baca ni. ada yang cakap ayah kena santau. ada yang cakap kena ilmu. ada yang bwk ustaz, ada yg bwk bomoh. ohh.. angah tetap lebih percaya kepada pak doktor. tapi tetap, kena cari alternatif rawatan lain juga. apa yg penting, usaha dan yang paling penting, semua tu berlandaskan agama.

02Disember2008
good morning ayah. angah cium pipi ayah, dahi ayah. pagi tu doktor dtg. tgk rekod kesihatan ayah. angah tanya doc, apa progress ayah. doc cakap, after tgk keputusan, doc nak buat check-up lanjutan lagi sebab doc saspek mungkin cancer. lung cancer. Ya Allah. walaupun ada perkataan 'mungkin' kat baris ayat doc itu, tapi tetap mensentapkan jiwa. hari ni, angah jaga ayah tengahari sampai petang. sebab mak cakap malam ni mak nak teman ayah. ayah minum susu HL, sambil angah bacakan paper untuk ayah. hari tu berita pasal harga minyak turun seposen pd 3 disember. ayah cakap kat angah, 'tak sempatlah ayah merasa harga minyak turun'. angah time tu takde respon, angah teruskan je baca paper.

nurse datang nak ambil darah ayah. cucuk kat tgn, tak dapat. cucuk kat lengan tak dapat. last2 cucuk kat kaki baru dapat. then doc cakap 3 disember doc nak transfer ayah ke hospital Ipoh sbb ada pakar kat sana. ok.

03Disember 2008
angah balik rumah. janggal rasanya tidur kat rumah. yelah, dah 4 mlm angah tidur kat wad teman ayah. angah balik rumah layan novel. ohh, meleleh-leleh air mata. lebih kurang pukul 2.40am mak call. mak cakap, datang sekarang, tgk ayah. menggeletar kaki angah drive ke hospital. pukul 3am angah sampai hospital. angah nampak ayah. ayah terbaring. tiub dan wayar berselirat sana sini. dari mulut, hidung, tangan, dada. doc jolok tiub dalam mulut ayah. pam. keluar darah. merah, cair dan banyak. baju t-shirt kuning ayah dah bertompok-tompok merah dah. angah telefon semua orang. cakap ayah tenat. angah takut. ambulans dah siap nak hantar ayah ke hospital Ipoh. tapi, doc tu cakap, 'kita bertaruh dgn masa. kalau kita hantar ke Ipoh, 5 minit lagi, sy jamin ambulan akan patah balik, your dad dah tak ada. ok. kita disini akan cuba sedaya yang boleh. your dad suffering lung cancer'. Ya Allah. bertambah lemah longlai lutut ni. angah tenung mak.

berulang kali mak baca yasin untuk ayah. angah peluk mak. angah cakap dgn mak angah takut. angah call kerol ngan erin. tak berjawab. tak sedar langsung call. then, kwn ayah dtg. dia tlg pergi rumah fetch budak 2 org tu. along pulak on the way dari rawang balik tapah.

jam kat dinding menunjuk ke angka 5.15am. doc panggil angah kat kaunter. doc mintak ic angah. angah cakap ada tertinggal kat dlm kereta. doc tu suruh angah ambik. angah tanya kenapa. sebaris ayat ni keluar dari mulut doc itu. angah tak mungkin akan lupa... 'actually your dad had passed away at 5.10am, go and tell your mom, I just cant tell her directly, afraid that she'll shocked terribly'. ohhhhh... angah freeze on the spot! angah jalan kearah mak. time tu mak tgh duduk baca yasin kat tepi telinga ayah. angah peluk mak. angah cakap kat mak 'mak, angah tak sempat mintak maaf kat ayah pun. doc cakap ayah dah tak ada. '. mak diam sekejap. pastu jawab, ' tak apa, ayah dah maafkan angah. ayah dah maafkan kita semua'. angah tenung ayah. angah sedih lah ayah... tapi yang pasti angah tahu mak sejuta kali lagi sedih.

adik2 pun sampai. angah teremo. marah2 diorang kenapa tak jawab call. angah pukul si kerol. angah just cakap, 'ayah dah tak ada dah tau tak'.. dengan saki baki keupayaan dan kewarasan yang ada, angah call semua. just with a short kata, 'ni angah, ayah dah tak ada'.

angah dan mak pergi surau hospital. kami solat subuh. jiwa kosong. angah pandang mak. mak pandang angah. kemudian pack semua barang ayah. bawa pulang ke rumah. mak cakap kat angah, ayah sempat mengucap kalimah syahadah. lancar. kuat. jelas. dekat 10 kali sebelum ubat yang doc cucuk membuatkan ayah tidur dan terus tidur hinggalah sekarang.

kalau ada yang bertanya tentang urusan pengkebumian, angah mmg tak tahu apa2 langsung. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Sijil mati, perihal hospital, mandi jenazah, kafan, solat jenazah, semua dipermudahkan. sblm pukul 9am, semua dah selesai. seminggu sebelum ayah pergi, ayah sempat cakap kat kami yang jika apa2 berlaku, ayah nak disemadikan di Bangi. hajat terakhir ayah dipenuhi. kami bergerak dari Tapah ke Bangi. 9 kereta semuanya. angah dan kerol naik kereta peronda polis depan sekali. tunjuk arah. alhamdulillah, perjalanan lancar. kami dieskot. tak ada satu traffic light pun yang kena berhenti. kat tol pun jalan je. ada polis traffic kawal laluan jalan. terima kasih atas kerjasama dari polis Tapah, Bangi, Kajang dan Sepang.


ayah.. ayah mesti dengar kan angah baca yasin sambil tersedu-sedan kat sebelah ayah. ayah mesti sedar kan kitorang semua bergilir2 kucup dahi ayah yang sejuk tu. sedaya-upaya angah tahan air mata ni dari jatuh, sebab teringat kata ustaz, jenazah akan terseksa kalau air mata kita menitis padanya. angah tarik nafas dalam2, angah cium dahi ayah. angah ikut sekali teman ayah ke kuburan. alhamdulillah, cuaca bagus hari tu. mereka letak ayah di dalam liang lahad. angah perhati dari tepi lahad, sampailah siap terkambus. pastu angah ikut imam baca talkin. masa ni angah rasa kosong sangat2. ayah angah dah dalam tanah? dah kena timbus? ayah angah dah tak ada? angah rasa macam mimpi. sekejap sangat. sangat-sangat.


Tanggal 03 Disember 2009,,

Terasa bosan duduk menghitung hari. Genap setahun sudah ayah pergi meninggalkan angah. ayah tahu tak, kawan2 angah pernah perli angah sebab angah ni dah besar2 pun peluk cium ayah erat2 depan2 orang. eh, angah kan sayang ayah. tapi sekarang, hanya kenangan yang tinggal. tak ada lagi peluk cium ayah, tak ada lagi suara ayah yang romantik panggil angah 'sayang', tak ada lagi Good Morning msg dari ayah. tak ada lagi bunyi dengkuran ayah. ayah, ayah ingat tak, angah selalu kena jadi tukang cabut uban dgn tukang potong kuku jari & kaki ayah.. huuu.. angah rindu itu..

last pic of ayah dgn T-shirt kuning itu.
beberapa jam sebelum ayah pergi.
bantal2 ayah mengubat kerinduan hati.

ayah,
angah not ready for the goodbye
not ready for the end
not ready for this reality
angah not ready for this life
one without you in it
maybe someone else's
anyone else's
tapi bukan ayah
never ever ayah
angah masih butuh ayah

tapi angah tahu
this strange feeling inside
membuatkan angah lebih kuat
kuat untuk belajar menerima
terima hakikat
ayah angah telah tiada
dan itu yang tersurat
angah perlu KUAT!

angah sayang ayah
angah rindu ayah
sangat-sangat
ayah tahu itu kan?

ayah dah terima warkah2 angah?


(Letter to Heaven Part 3)
(Letter to Heaven Part 2)
(Letter to Heaven Part 1)

ok ayah, angah tewas. angah menangis.

haippp.. azmila anak ayah kuat.
tak boleh sememeh2 gembeng2 tawu!

Al-fatihah buat ayahnda,,
Hj Azman Hj Burhanudin
(28Jun1961-03Dis2008)

Wednesday, December 2, 2009

tercepit.terhimpit~

its 4.31am.. terjaga dari tidur yang tak berapa nak lena..

berpeluh.
basah. lencun lebih sesuai barangkali.
oh okeh. mimpi cuma.
kali kedua mimpi yang sama.
tersepit lif.
darah bersembur.
pergelangan tangan putus terkulai layu. daging merah. darah berasap panas. tulang putih tersembol. urat berjuntaian. ohhh.. ini bukan mimpi indah..

Windows Media Player>My Playlist>Somewhere Over The Rainbow.
ok.. sambung tidur mungkin. mungkin.


...ketakutan akan pergi jika dan hanya jika kita relakan ia pergi

Tuesday, December 1, 2009

expose~

HAI anda semua. welcome December.. hows ur day? semoga baik2 sahaja ;)

mila telah ditag oleh inchik Fizranier.. makaseh ya kamu~

rules:
1. amik gambar barang2 atas meja peribadi/make up
2. edit/listdown barang2 tersebut
3. ceritakan kenapa korang pakai benda2 tersebut
4. tag 5 blogger lain

TARAAA.... oomppaa loompaaa..

close-up.. zooomeyyy!!

milla duk hostel since umur 13thn sampailah 21thn skrg ni.. so,, xbnyk masa spent kat rumah dan barang2 personal pun xbnyk kat rumah.. okeh2.. here in my pinky-purply room di teratak bonda, Tapah, Perak DR..
  1. Baby teddy dari someone yg pernah merompak hati.. huuu~ saja letak..
  2. Jewellery cabinet + music box.. i loooveeee music box ohhh~ lullaby.. p/s: itu bukan cincin kahwin, mahupun cincin tunang..
  3. Married Hello Kitty.. motif?? berangan dan pembakar semangat.. ;)
  4. Brg2 peribadi seorang Azmila.. yup,, ini adalah sedikit bg seorang wanita ye.. mila tak perlu nak menconteng muka lah kot.. percaya kepada kesemulajadian.. haha.. it was a total lie ohhh.. just the matter of nak sedapkan hati lah katakan.. hehe ;p
  5. Frame L.O.V.E with gambar ayahnda.. angah sayang ayah..
and here..mahu expose jugaa
: di atas gerobok a.k.a almari :

baby2ku yg kaku..
ohh.. dah kusam kamu2 diatas itu..
nnti ada masa baru bunda bwk kamu2 g shower ye..



p/s: blog tak macam FB, boleh di like2 boleh di tag2..
haha.. silalah tag diri anda sendirik ye ;)


Monday, November 30, 2009

que.sera.sera~

bait-bait lirik lagu pujaan-hati-hamba masa zaman kindergarden dulu-dulu..

:: QUE SERA SERA ::

When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be?
Will I be pretty?
Will I be rich?
Here's what she said to me:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead?
Will we have rainbows
Day after day?
Here's what my sweetheart said:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.

Now I have children of my own.
They ask their mother,
What will I be?
Will I be handsome?
Will I be rich?
I tell them tenderly:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.
Que sera, sera.

Yup. Whatever will be, will be. The future's not ours to see. What will be, will be..
كن فيكن Kun Fayakun.. Jadi, maka Jadilah..


mila mencari video Que Sera Sera di youtube. dan jumpa ini.. hmm.. lagu Que Sera Sera dinyanyikan oleh disabled child dari Thailand.. terimbau kenangan time National Service tahun 2006 dulu.. buat khidmat masyarakat kat area Kuala Rompin.. group mila pergi ke Rumah Penjagaan Kanak-Kanak OKU.. ouchhh.. sungguh menseksa jiwa bila melihat anak-anak kecil disana.. melihat keletah mereka cukup membuatkan diri hiba.. teringat kepada Siti. seorang anak sindrom down berusia 12 tahun. dari awal mila dtg sampai nak balik dia asyik peluk mila je... dia kata 'cayang kakak, cayang kakak'.. manja sungguh2.. dan teringat pada hari tu jugak Siti datang her 1st period.. menangis2 dia kata 'Siti mati, dayah, dayah (darah)'.. hmm.. tiada gambar kenangan yang dirakam dgn Siti.. semoga Siti dan anak-anak lain disana diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan mendatang.. aminn..

Ya, seperti di sekolah-sekolah lain, nyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah kan.. TAPI.. yang paling mensedihkan dan tak sepatutnya berlaku adalah, after tamat je sesi persekolahan di Rumah tersebut, cikgu2 menyuruh mereka nyanyi lagu Negaraku dan Lagu Namun Ku Punya Hati.. yang ada lirik dia :

'tidak kuminta lahir kedunia.. tidak kuduga cacat begini,
bukan kuminta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati..'

personally,, milla sgt2 tak bersetuju mereka mendendangkan lagu itu.. siap dgn gaya sekali.. ohh,, memang mereka tak pinta dilahirkan begitu. sekurang-kurangnya, beri mereka kekuatan, ajar mereka untuk mensyukuri nikmat Tuhan, beri mereka kasih sayang dan perhatian dan jangan mereka disisihkan..

Whatever will be will be.. kita hanya mampu merancang.. semua kita mahukan kesempurnaan dalam semua hal.. tapi tetap, Tuhan yang menentukan..


p/s: pernah membela kura-kura yang kurang sempurna..

Saturday, November 28, 2009

a.cendollela.story~

ohhh.. i'm really sure anda semua telah mendengar ceritera si Cantik Cinderella. dan juga telah mengetahui endingnya dimana Cinderella si cantik itu telah berkahwin dengan si Putera yang kacak dan mereka hidup happily ever after,, walaupun pada mulanya hidup si cantik Cinderella penuh pancaroba onak duri dan cobaan pabila kakanda2 tiri yang sangat tak cantik rupa dan tak indah budi membuat pelbagai cara mensusahkan hidupnya. Well, itu adalah the-So-Saddo-Fairytale.. ohh.. saya mahu jadi Cinderella juga tapi tak mahu sedih2. boleh?

haha.. niat di hati nak cerita pasal cinderella versi milla.. haha.. next time lah ohh.. okeh, ini kesah Cendollela.. :p

Cendollela ini akan nampak sedikit kecik bila bergambar dengan orang yg sedikit besar darinya. dan akan nampak bnyk muda bila bergambar dgn org yg bnyk tua darinya..

cendollela ini akan nampak banyak besar bila bergambar dengan orang yg banyak kecik darinya. dan akan nampak sedikit tua bila bergambar dgn org yg sebaya dengannya..

hahaha.. itulah kesah Cendollela.. boleh??

btw, itu adalah picta time majlis kahwin College Annual Dinner dimana milla sebagai Ketua Pengarah yg over-dressed dgn Dinner Theme : 'English Garden Wedding'.. haha.. over nokk!! tapi tetap,, malam itu meningkatkan indeks kemahuan kahwin semua warga Kolej Rahim Kajai, UKM kan? kan? kan? ohh,, how i wish to ulang masa itu ohhh!!!! ~sweet memoranda of Malam Ujana Memori:19Mac2009..

ini Cendollela bersama akak2 dan adik2 tirinya ye.. sila ambil perheartian. ini bukan blog mencari jodoh.. huuu~~

.sekian.

'You may be a princess or the richest woman in the world, but you cannot be more than a lady' :Princess Diana