Monday, December 28, 2009

anak~

hari ini Isnin. sangat tak menyukai Isnin sebab ia hadir selepas Sabtu & Ahad.. ohhhh! kacau!

..ini nenda..

semalam pulang ke rumah nenda.. pasti wujud 1 perasaan mentusuk-tusuk kalbu yang tak boleh dihilangkan setiap kali jejak ke rumah nenda ini... nenda acapkali, berulangkali, seringkali, berkali-kali sebut perihal arwah anaknya (which is my ayah).. berulang-ulang.. benda yang sama. diulang dan diulang.. walaupun nenda baru kehilangan suaminya (which is my atok) 2 bulan yg lepas..

wondering....

A Wife who loses her husband is called a widow
A Husband who loses his wife is called a widower
A Child who loses his parents is called an orphan

BUT..

There is no word for a parent who loses a child.. ouhhh,, that's how awful the loss is!!!




p/s:: tadi tgk gambar kawan sebaya yang perutnya dah memboyot disebabkan buatan orang. buatan orang? jeng3.. buatan hubby dia lah.. teruja ohh nak jadi mummy! bilalah nak mengkandung ni? oOooppssss ;p



Sunday, December 27, 2009

bakat.terendam~


amaran:
ini chobaan yang selekeh. sila jangan kutuk! heeeee~~

video

sila gelak ye.. chord terjunam ke selat melaka! sebenarnya,, mila taktahu pon chord2 gitar ni. maen buat sesedap rasa based on ingatan terhadap main keyboard lagu happy birthday ni time kat sekolah rendah dulu2.. ;)

okeh.. keselekehan bermain gitar beriramakan lagu Happy Birthday itu ditujukan khas buat si adik,, Izwan Azman.. 27.12.2009:: Happy Birthday yang ke-16 tahun ohh ;)

Izwan Azman a.k.a matChapang dearie,,
  • terima kasih kerana selalu mempekakkan telinga angah dengan bunyian gitar dan suara kamu yang sumbangsih itu..
  • angah mintak maaf sbb selalu kamu dibuli.. antara yang terdasyat pabila angah&along mencabot bulu kaki kamu dengan menampal veet punya sticker penanggal bulu itu.. percayalah,, itu sekadar gurauan berkasih ya walaupun kamu sampai meneteskan air mata.. hahaha ;p
  • silalah jangan berangan angah akan serahkan kereta satria itu kepada kamu.. faham? hahahahahaha (gelak jahat)
  • dan last sekali, gila jeles kamu dapat Yamaha LC! bundaaaaaaaaa... angah nak Caldina!!!!!

budak ini tinggi dia 180cm++ ohh..
saiz kasut 11..
budak ini sangat sengal jugaaa~



tiada special entry pasal RTW. hujan memanjang. member2 cancel pergi. last2 berdua saja ohh.. gambar pun tiada sebab hujan dan takde kamera changgeh.. tapi the best part is,, dapat melihat kepelbagaian perilaku dan perlakuan umat2 manusia disana. menarik. pelik. juga jelik. ;p


semoga Ahad kamu2 indah dan molek belaka ;)


Thursday, December 24, 2009

keperibinatangan~

assalam.. hai anda2.. how was your day? harap semua bagus2 dan baik2 sahaja ohh.. mata ini tidak berapa pulih sepenuhnya. masih tak boleh tenung dalam2 tajam2 screen lappy. secara dekat.. perit mata. tapi tadi berjaya mengkhatamkan Jake Sully.. huu~

:: animal behaviour ::

ya, pagi tadi kuliah pertama bg subjek animal behaviour. subjek ini teramatlah eksaited milla tunggu dari awal2 diri ini bergelar budak course animal biology..

rasanya terma 'keperimanusiaan' tu dah tak relevan untuk digunapakai pada zaman kita berada sekarang ni haa.. manusia dah bertindak diluar batasan tatasusila dan tatacara yang sepatutnya. mungkin ia patut ditukar kepada 'keperibinatangan'.. al-asbabnya, walaupun binatang2 ini lahir tanpa pakej akal yang waras, tapi sekurang2nya masih terpamer keindahan perilaku dan mereka2 ada keindahan naluri ohh! so,, pleaselah jangan nak hina orang dungu macam keldai ke,, pekak badak ke,, ape ke.. sebab lagi banyak contoh2 manusia yg lebih layak berada ditaraf itu ya..


kuliah hari ni just pengenalan, ada lah sentuh pasal animal motivation.. iaitu dorongan, keinginan & kesediaan utk haiwan tsebut melaksanakan kelakuan tertentu.. hmm.. nothing else i can tulis ohh.. indahnya ciptaan tuhan.. kagum. Subhanallah.. nanti ada yang menarik, milla share ya :)



p/s: tadi dah tgk Avatar kat Jusco Cheras Selatan secara solo.. sbg penchenta alam,, milla menanges dengan banyaknya la haihh~

p/s/s: esok mahu ketemu rakan2 sekolah rendah yang dah 9tahun++ tak ketemu ohh.. lokasi: pavilion. dating dgn sherlock holmes jugaa ;)

p/s/s/s: lusa berhungga2 di Rock The World 9! yeahhh~

last p/s: aktiviti mentakedarah semakin dahsyat!! ;p


Wednesday, December 23, 2009

darah.merah~

hari ni hari terakhir bunda di bangi.. so, we spent termendous superb time melantak pizza dan melayaan kegilaan di ber-chikebumbum dance lagik ;)



disebalik kegumbiraan ber-chikebumbum, terselindung satu kesah dukalara-perit-seksa::

ini gambar november2008.. minor surgery after kena stye infection kat mata..

1st time kena stye infection time form3.. pergilah sekolah macam pirate,, totop mata sebelah.. yang bezanya,, totop dgn bandage putih yg spannya penuh darah.. pergi pakar mata,, doc tu cakap kat mata milla ni problemnya,, takde pores untuk keluarkan minyak. so, bila minyak tu tersumbat dan tak dapat keluar,, ia akan berkumpul maka jadilah itu bulat2 keras2 disebalik kelopak mata ohh ;)

symptom2 nya:: rasa kegatalan rimas2,, mata berair,, merah2,, mata memboyot- ada bijik yg sekali pandang macam ketumbit,, pandangan jadi agak blurrr-kelam-kusut saja..

................mahu mentaip lagi tapi tak berdaya sudah. mata dah makin pedih.ohh tuhann. rasa macam nak cocok2 garu2 sumbat2 congkil2 tuil2 dengan lidi lah! gataaalllllllllllll ya amat ohh -_-
esok kena pergi mengemis ubat yg mahal itu dr pak doctor..

sekian. ini saja yg mampu tertulis dengan mata kiri tertutup dan tgn kiri melekapkan tuala tuam air panas ke mata.. tiada mampu menjengah anda2 juga.. esok pagi kelas Puan Dr Singa Berantai pukul 8am. terima kasih..




rintihan:: TIKET RTW 9 DAH BELI! KALAU SAKIT MATA NI TAK HILANG MACAMMANA OHHHHH!!!!!!!! UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!




EDITED @ 12.43 pm::

alhamdulillah pagi ni dah semakin oke..
objek membulat membuyut kat mata tu dah mati segan hidup tak mahu..
harapnya xperlu undergo surgery kali ke-3 ohh..
harapnya ia terus hilang..

aminnn ;)



Monday, December 21, 2009

pelajaran.baru~

assalamualaikum.. heyya2 :)

sudah 6hari ohh tidak mengonlinekan diri kerana telah mensibukkan diri dengan acara2 menipiskan beg duit bunda,, melenguhkan urat2 kaki dan mata,, menambah diameter pinggang dengan menambah kadar kekerapan mengambil makanan lazat.. dan ini semua dilakukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas.. hahaha ;p

terlampau amat banyak tempat yang diteroka.. jauh perjalanan luas pemandangan ohh :)

dan pelajaran baru bg milla :: (p/s: ini mungkin telah kamu2 tahu sekian lama)

ber-banana boat di Port Dickson... teruja2!!
tapi part nak panjat balik naik banana boat itu selepas diterjatuhkan dalam air adalah sungguh azab okeh! azmila oii,, sila terima hakikat anda itu tersangatlah tidak ringan..

berlompat-lompatan atas dance machine ini ohh..
perasaan? agak memalukan sbb ramainya org yg melihat..
tp.. peduliklaaa ;)
ohh btw,, milla berlompat dgn berkain..
berangin je kan.. hahaha ;p

menjolok-jolok rambutan ohh :)
sungguh berterima kasih kepada cik kerengga2 kerana tidak melakukan serangan hendap mahupun serangan balas..

sekian kisah pelajaran baru~



dan ini adalah kisah benda yang sudah mual dilakukan saban tahun.. dari form1 sampailah final year final sem sekarang ni haaa.. mengkemas setelah mencheck-in hostel..

final sem of final year
silalah menjadi orang yang bersungguh2 milla oiii...
silalah menjerumuskan diri ke lembah kerajinan...




Tuesday, December 15, 2009

dua.puluh.tiga~

...pulang celebrating birthday along di Ceria Karaoke, Kajang.. 11pm-1am.. tepat 0000hr, kami stop mensumbangkan suara dan terus mempotong kek lalu memakannya dan kemudian sambung upacara mensumbangkan suara ;)

bunda-along-abg ash-milla-eyin




by milla : mahligaimu dari air mataku, cinta itu ketawa & air mata, tiara, kau pergi jua, dendam terlerai, my everything, the day u went away, perpisahan terasing..

haaa.. hambekk.. semua lagu frust jiwa2 ohh -_-

15.12.2009
Selamat UlangTahun Kelahiran ke-23, Izwana Azman..


even orang cakap along kurus, angah gemuk..
even orang cakap along putih, angah hitam..
even orang cakap along cantik, angah comot..
kita tetap sama berbintikan Azman..
dan tahlil kita nanti tetap sama berbintikan Jamaliah..

sila kahwin cepat2 ;)


lotsaluv, hugs& kisses
..Azmila Azman..


*tiada bisa melawat blog anda2 kerana agak bz dgn aktiviti merabakkan poket.. huuu~ i'll catchUp kamu2 later ya ;)


Monday, December 14, 2009

biar.betik?

current mode : bahaya!
current location : bukit mahkota, bangi

sepertinya milla perlu mengambil betik,, julap,, chi ket tek aun ohh!
seminggu sudah pengeluaran tidak berlaku. walhal pengambilan tetap berlangsung dgn jayanya... no wonder objek berlapis disebalik baju ni yg di awal cuti dah hilang 1,, dah bertambah semula ohhh ;(

mgkinkah ada petua lain selain yg disebut diatas? HELP! ketidakselesaan melanda...

p/s:: baru tahu ada betik jantan & betik betina..
betik jantan tak berbuah tapi berbunga lebat.. betik betina berbuah tapi berbunga sikit saja :)

p/s/s:: kenapa ada term 'biar betik?' yang sama juga maksudnya dgn 'biar betul?'.. mana dtg asal-usul susur-galurnya ohh??

*********

tahniah bunda ohh.. cekap sungguh ;)
*nasiblah blog ni tak macam FB yg boleh di'like2'.. kalau tak,, penuh dgn 'like2' dari bunda ohhh.. ;)

bunda : lepas ni nak buat blog nama MalDuka sbb angah MillaLara *gelak





i lap u Pn Jamaliah! muahh2 kasi lekat..

Sunday, December 13, 2009

perasaan.bagus.takBagus.sgtBagus~

perasaan bagus kerana ::

pagi tadi bermandi-manda-bersuka-ria di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Kelah, Sungkai, Perak or biasanya org panggil Hotspring Sungkai :)

sangat senang untuk memergikan diri.. exit tol Sungkai. belok kiri. then, terus about 500m, kamu akan ketemu signboard TRAP Sungai Kelah untuk ke kiri.. belok kiri.. terus saja about 7km merentasi kwsn perumahan felda yg tersusun santek ohh,, dan sudah ketemu destinasi.. no worries,, singboard bersepah :) anggaran 2hr from kl dgn pemanduan bersopan..

bayaran rm10 untuk dewasa. rm8 untuk kiddo (3-11 tahun).
bila dah bayar itu,, kamu2 bulehlah menikmati kehangatan ayor panas dan kedinginan air sejuk kat dlm tu.. selalunya org2 tua akan conquer kwsn air pns,, dan org2 tidak tua conquering kolam air sejuk. ada juga spa (sebutan: sepa), jakuzi, bbq, cafe, banglo, chalet, rooms disana ohh.. tp tu byrn lain lah juga..
okeh.. ketemu apa yang berbeza between 2 gambar diatas ini? its kepala sotong!! huuu.. last time pergi sini, kepala itu sotong masih gah. tapi skrg, tiada sudah. why oh why? hmmm,, dari sok sek sok sek yang didengar,, ada yang cakap kpala sotong itu, bila malam nampak mcm tempat pemujaan ohh.. dan lagi,, katanya, kepala sotong itu mintak nyawa.. al-asbabnya,, dah 2 org kanak-kanak menemui ajal di kolam kepala sotong itu... hmm.. entah.. ajal tak mengira tempat kan...


perasaan tidak bagus pula kerana ::

petang ini akan meninggalkan teratak bunda setelah 3 minggu membina badan disini... sudah melangkah masuk final sem tahun 3... haishhhh.. sekejap sgt masa berlalu.. say byebye to katil empuk + makan lezat :(

walau sejauh mana kaki melangkah,, rumah tetap tempat terhebat ohhh!
keindahan flora :)
keliaran fauna :)

kesemulajadian makhluk ;p


perasaan sangat bagus pula kerana ::

bunda akan bercuti dari 14-23 Dis.. sem baru ukm start 21 Dis ini.. jadi,, makna katanya,, 14-20 Dis ini adalah hari ronggengan buat kami! a big YEAY!

lokasi?? hmm.. tak diputuskan lagi.. round kl for year end sale adalah tersangatlah pasti! mungkin PD, mungkin melaka, mgkin juga hanya beristirehat,, memperap dan membelai diri di Bangi.. (ini adalah unacceptable sama sekali ye bunda.. huuu)

**to bunda yg disayangi, angah tau bunda baca blog angah ni tiap2 hari kan tapi tak tau mcmana nak komen.. hehehe.. silalah berbaik hati dengan membelanja anakandamu ini bershoping2 sempena cuti-cuti malaysia kita ni ye bunda.. i love u lah! muahhh3 lekat2 :)

p/s: any suggestion untuk tempat bercuti? area selatan Malaysia :)