Showing posts with label .health.. Show all posts
Showing posts with label .health.. Show all posts

Monday, October 25, 2010

benda tajam untuk kurus~


sebentar tadi, kaki terdorong untuk naik ke atas penimbang berat.

2 bulan lepas: jarum penimbang merangkak 6 takuk ke kiri.

tadi: jarum penimbang mencanak 4 takuk ke kanan.

gusar.

tapi apa yang lebih menggusarkan, kesihatan sistem perkumuhan belum pada tahap terbaik. 1 October yang lepas, jumpa pak doctor dan beliau mengesahkan ada luka pada usus. semua gara2 pengambilan 'benda tajam'. dan 'benda tajam' itu adalah teh diet.

menyesal dahulu, kendian tak dapek den nak nolong.


falsampah: perasaan memberak adalah berbeza setiap kali. tapi yang pasti, di hujung pemberakan, lega adalah pasti :)



p/s: i miss u!

Wednesday, February 10, 2010

pabila si kayu mula melentok~

heh. hari ini hari yang pelik untuk seorang azmila, student Animal Biology..

pagi tadi kena bersketsa untuk kuliah Pengurusan Emosi (simulasi emosi sedih ok!)
dan petang menjalani latihan tarian ohhh,, untuk big event kuliah Rekreasi dalam Komuniti (mak nari hindustang nokkkk!)
kedua-dua ni subjek pilihan, bukan subjek major :)

tapi, serious, even hanya 3 jam berlatih menari tadi,, feel dia BEST sangat! aummmmm.. sampai sekarang terngiang2 kat telinga rentak lagu 'Koi Ladki Hai... Koi Ladki Hai.. boom2 chaak.. boom2 chaak'... ohh anda2, milla bukanlah penchenta hindustan.. tengok cerita hindustan jauh sekali. heh~ tapi tadi keterujaan perasaannya sungguh menarik tertarik amat2! gerak tari hindustan automatikly menjadikan kamu seorang yang sungguh SEKSI sekali ok!

koi ladki hai..boom2 chak..boom2 chak.. lentik nokk!



dan untuk mencari feelnya, haruslah memakai ini...

mahal & tak kemas! heh!


dan tengahari tadi, buat pertama kalinya bertemu blogger, cik Illyinaz. kami havin lunch kat Brothers, Bangi. cik Illi, kamu sungguh kurus! cik milla jeles sungguh! heeee ;) *sorry Rafthello, x ajak sekali, sy dari kajang tadi ohh, nnti weekend ni kamu2 jumpa kat IB kan?*

cik milla, cik illi & cik kak ida :)



dan kesimpulan, pabila menari, diri terasa ayu, terasa lembut, terasa mengkurus dan terasa seksi sekali. hahaha. i loike!



p/s: instructor tarian tadi adalah seorang abang. tapi ke-sungguh-lembutan beliau membuatkan kami2 kaum akak ini sungguh kagum! how?

Saturday, January 9, 2010

picit.mengerang.sedap~

...bunda mentalipon ~



bunda: baca kat blog angah, angah derma darah ek? hahhh.. benda yang takboleh la dia nak buat. nanti ngadu lagi sakit situ sini.

milla: takpe, angah dah telan ubat besi banyak2. darah banyak.. bruuupp.. brupppp.. bruuupp..

bunda: tu bruppp.. bruppp.. tu kenapa?

milla: angin.. tgh urut. sedap. sakit. tapi lazat.

bunda: macam2 lah.. ok. nanti bunda komen blog. bye2.

milla: brupp.. bruppp..





urutan refleksologi kaki. wahhh! geli geleman nokk! 3 in 1.. geli, sedap, sakit. dgn tangan akak pengurut yang montok,, lagilah bertambah lazat. awak suka tahan kencing ye? tanya akak tersebut.. wah! sumpah terkejut! erkkk -_- betul. sangat2. dari kaki je terbochor segalanya ohh.. i maluuulah u tilik i akak montok! heeee~

tahan kencing. ya. ketakcintaan terhadap toilet adalah sangat tinggi. milla tak akan pergi toilet selain di tempat kediaman sendiri. masuk toilet untuk shi2 setiap kali waktu mandi sahaja ohh.. kalau mandi sehari sekali, makna katanya sekali sehari jugaklah shi2.. haiyokk.. macamana nak latih diri utk suka shi2? minum mmg banyaaak juga.. batapa bagus punya empangan,, tanpa kebocoran.. haha ;)

erk.. agaknya ni salah satu punca objek berlapis bawah baju tu tak surut2 juga malah kekembangan berlaku dengan jayanya.. haihhh.. down! agak2 kalau buat bekam, keluar tak air2 sekali instead of darah2 kotor? hehehe~



p/s:: i'll definitely say no to drinking water.. silalah meminum mineral water.. alaa,, tambah berapa sen lah sangat kan..

p/s/s:: siapa nak temankan milla tgk JU ON? keutamaan kepada yg gagah perkasa.. hehe ;p



may you have a great weekend people ;)



Friday, January 8, 2010

ohh..do call me peghak~

Dengan suka-terujanya, perkara di atas dirujuk.

1. Tujuan saya mentulis ini adalah untuk melahirkan rasa kepeghakan, kejakunan dan kecangokan teramat bilamana telah mempegang selambak duit (MYR tulen) dan telah membau harumannya (erk, milla suka bau duit yg baru cucuk dari bank.. harumm semerbak + panas2.. lazat.. ;p ). Lantas lensa kamera dihala untuk merakamkan momen dikala kepeghakan itu melanda.


2. Dan lagi, terus berlegar2 di minda apakah yang sewajarnya di lakukan terhadap selambakan duit tersebut supaya ia boleh habis kurang 24jam? yang pertamanya, pasti ada huluran buat bunda (erk, 1% pun dah banyak kan bunda..? hehe). kemudian, haruslah mahu ke London Weight Management untuk mensedut2 babad dan kemudiannya mengkurus. hahaha.. dan selepas itu, haruslah bershopingan untuk penyesuaian diri yang telah mengkurus itu! oh my gusi, oh my saprada, oh my lu ih viton, oh my teka, oh my!!!

3. Segala kerjasama untuk tidak meminta didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.



Yang benar2 tak benar,
.azmilazman.



diatas itu adalah omongan milla yg pentipu.

ini milla yg sebenar ;)
seorg yg pemurah, penderma, pebaik-hati dan segalanya yg molek.. haha ;p


07januari2010.
berjaya menderma 480mL darah jenis A
last menderma pada 07august2008.

tiada dapat menderma spnjg 2009 akibat tekanan darah rendah+anemia+berat kurang 48kg (ini tipu) hahaha.. 5 kali try sepanjang 2009. tetap tak berjaya. alhamdulillah, awal 2010, segalanya kembali normal even td BP cukup2 pass je. dan harapnya, semoga tahun 2010, milla akan senantiasa sehat dan bertenaga super duper power.. aummmm~




p/s: barangsiapa yg berjaya menteka dgn tepat nilai sebenar selambakan duit itu, akan diberi sekeping. mahu?

p/s/s: selalunya org yg mengkaya sekelip mata adalah lebih bodoh sombong berbanding dgn org yg mengkaya secara semulajadi. renung2kan ohh ;p (membunuhnya stetment)

p/s/s/s: being humble itu indah. semua orang sama. tiada beza. kain kafan nnti tetap brand yg sama.. haihhh~


kesimpulan : memberi itu lebih baik dari menerima :)





Wednesday, December 23, 2009

darah.merah~

hari ni hari terakhir bunda di bangi.. so, we spent termendous superb time melantak pizza dan melayaan kegilaan di ber-chikebumbum dance lagik ;)



disebalik kegumbiraan ber-chikebumbum, terselindung satu kesah dukalara-perit-seksa::

ini gambar november2008.. minor surgery after kena stye infection kat mata..

1st time kena stye infection time form3.. pergilah sekolah macam pirate,, totop mata sebelah.. yang bezanya,, totop dgn bandage putih yg spannya penuh darah.. pergi pakar mata,, doc tu cakap kat mata milla ni problemnya,, takde pores untuk keluarkan minyak. so, bila minyak tu tersumbat dan tak dapat keluar,, ia akan berkumpul maka jadilah itu bulat2 keras2 disebalik kelopak mata ohh ;)

symptom2 nya:: rasa kegatalan rimas2,, mata berair,, merah2,, mata memboyot- ada bijik yg sekali pandang macam ketumbit,, pandangan jadi agak blurrr-kelam-kusut saja..

................mahu mentaip lagi tapi tak berdaya sudah. mata dah makin pedih.ohh tuhann. rasa macam nak cocok2 garu2 sumbat2 congkil2 tuil2 dengan lidi lah! gataaalllllllllllll ya amat ohh -_-
esok kena pergi mengemis ubat yg mahal itu dr pak doctor..

sekian. ini saja yg mampu tertulis dengan mata kiri tertutup dan tgn kiri melekapkan tuala tuam air panas ke mata.. tiada mampu menjengah anda2 juga.. esok pagi kelas Puan Dr Singa Berantai pukul 8am. terima kasih..




rintihan:: TIKET RTW 9 DAH BELI! KALAU SAKIT MATA NI TAK HILANG MACAMMANA OHHHHH!!!!!!!! UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!




EDITED @ 12.43 pm::

alhamdulillah pagi ni dah semakin oke..
objek membulat membuyut kat mata tu dah mati segan hidup tak mahu..
harapnya xperlu undergo surgery kali ke-3 ohh..
harapnya ia terus hilang..

aminnn ;)



Monday, December 14, 2009

biar.betik?

current mode : bahaya!
current location : bukit mahkota, bangi

sepertinya milla perlu mengambil betik,, julap,, chi ket tek aun ohh!
seminggu sudah pengeluaran tidak berlaku. walhal pengambilan tetap berlangsung dgn jayanya... no wonder objek berlapis disebalik baju ni yg di awal cuti dah hilang 1,, dah bertambah semula ohhh ;(

mgkinkah ada petua lain selain yg disebut diatas? HELP! ketidakselesaan melanda...

p/s:: baru tahu ada betik jantan & betik betina..
betik jantan tak berbuah tapi berbunga lebat.. betik betina berbuah tapi berbunga sikit saja :)

p/s/s:: kenapa ada term 'biar betik?' yang sama juga maksudnya dgn 'biar betul?'.. mana dtg asal-usul susur-galurnya ohh??

*********

tahniah bunda ohh.. cekap sungguh ;)
*nasiblah blog ni tak macam FB yg boleh di'like2'.. kalau tak,, penuh dgn 'like2' dari bunda ohhh.. ;)

bunda : lepas ni nak buat blog nama MalDuka sbb angah MillaLara *gelak





i lap u Pn Jamaliah! muahh2 kasi lekat..

Monday, December 7, 2009

breast.milk~

amaran awal: entri ini dikarang dgn penuh sifat kewanitaan ohh

hye3.. nama saya Muhil Hakimi. pd suatu hari, saya sakit mata. sehingga tiadalah boleh saya membukanya ohh.. berketul2 objek kuning2 melekit2 kat mata saya.. saya sungguh malu juga..

lantas,, mama, tok uda & kak bibik telah mempegang saya dengan rakusnya. saya menjerit2 terlolong2 namun tiada siapa yang memperdulikan saya. tiba2, terasa cairan menitis2 ke dalam mata saya. panas rasanya. apakah cairan itu? haaaa.. itu yang saya nak tahu..

Eh, tadi saya cakap saya sakit kan? haaa.. sekarang tak lagi ohh.. Cairan itu sepertinya telah membaikpulih mata saya. saya amat suka kerana mata saya tiada bengkak lagi. dan cairan itu adalah susu nenen. saya terdengar mama meminta susu nenen dari org lain. ini membuatkan saya berfikir sejenak. selama ini, rupanya saya minum susu mama lembu, dan bukan susu mama saya. ini membuatkan saya sedih sedikit. tapi, oleh sebab mata saya sudah baik, saya gembira semula. sekian, cerita saya.. bye3

heeee~
itu alkesah kimi si puteh yg nottie2 manja..
pernah tak dengar orang tua2 bilang : sakit mata, obatnya susu ibu :) Alhamdulillah, baby kimi yang kena sakit mata dan beransur baik after dititikkan itu susu pd matanya.. penat jugak lah buat kerahan otak mempikir siapalah yang ada susu bdn sbb mama dia dah takde susu bdn dah.. so, konklusinya, target ditarget, then ketuk rumah makcik sblh rumah,, 'tok.. tok.. tok.. assalamualaikum.. makcik, mak mintak susu makcik!'.. dan makcik itu pun memberi dgn sepenuh hati.. hahaha.. apakah?


:: kebaikan thdp PEMBERI & PENERIMA breast milk ::

  • Mudah. dlm erti kata,, anytime, anywhere ohh.. tak perlu bancuh2, air panas bagai2.. tak perlulah sorong botol susu dan mempenuhkan beg. dan yg paling penting, takkan ada risiko tertinggal2 okeh.. (haaa, pernah ke dgr kes ada ibu ttinggal breast? lalalala~ ;p)
  • Erat. si ibu dan baby akan lebih bermesraan dan si baby akan dapat capture aura kehangatan kasih sayang dr si ibu. ini perlu untuk perkembangan emosi si baby okeh.. dia akan rasa lebih disayangi.. wahhh :) so, bila besar nanti, takdelah anak kamu2 nangis2 cari bibik instead of cari ibu dia kan?
  • Jimat& berkhasiat ya.. ingat susu ibu lembu tu murah? susu ibu manusia ni, dah lah tiada ongkos, bnyk pula khasiat yg tak terhengga berbanding susu ibu lembu, ibu kambeng, ibu kucing, ibu kuda, ibu gajah.. terbaek!
  • Mantap.. haaaa.. kpd si ibu, breast feed dapat juga memberi kemantapan kepada 'itu'.. tak perlulah nak kalut2 tambah silikon ke,, tepek daun sireh,, cream bagai2.. lalalala~ renung2kan dan selamat beramal ohh ;p
  • Selamat. dan ini info yg baru milla tahu.. breast feed selama 6 bulan bturut2 selepas kelahiran mampu menunda kdtgn haid.. 98% kehamilan dpt dielakkan.. so that,, ia cara berkesan merancang family ohh.. haaaa.. takdelah setaun sampai 2 baby kan.. 1 awal tahun, 1 akhir tahun.. sungguh kilang memproses! lalalalala~

p/s: haha.. cakap macam dah ada pengalaman kan? no..no..no.. pengalaman sifar okeh! ;)



Thursday, November 19, 2009

ber-embun~

**maxis berukband ohhh,, mengapakah kau semakin bersikap biadap terhadap diriku ini? tak cukup dgn lembap,, mengengsot,, terasa darahku meluap2 ohh... chobalah kau tangkas dan tuntas supaya diriku tidak lemas dan rimas ohhh!!! 3 hari sudah kau tak bernyawa! pehal? mensirap ni!!!**

heyya2.. arakian,, kaki ini sudah semakin pulih dan buleh berjalan dengan kelajuan kura-kura berbanding kelajuan siput sedut hari-hari sebelumnya.. dan tadi,, si akak menyusulkan 1 keratan iklan tentang dance class.. perghhh.. sungguh memerlikan diri ini ye cik akak oii.. sentappp nok! okeh3,, sepertinya sudah amat2 terlambat.. kamu2 mungkin dah usya entry cik jard, cik masy, cik adrian dan inchik john ttg our trip.. hmmm.. here,, from the view of mine..

14-15nov2009
cameron highlands, pahang

10 org peserta


..lepak-ing..
..battle of da UNO..
..bersantap-ing..

cik jard dgn eckelim yummy2 & sweater 2012 nya.. huu~

..berembun-ing..


trip yg cuti2 Malaysia : makan yg sedap-lazat-enak-nikmat,, lodging yg selesa,, hasil muka bumi Cameron yg segar-bugar lagi menterujakan perut,, temen-temen baru yg mantap :)

Dear inchik John, dr Wan, cik Jard, kak Masy, kak Ila, cik Adrian, cik Ekyn, cik Meow, cik Joe,, kamu2 semua memang bertahta di hati milla lah! pecah perut terburai bersama2 geng2 Atoz Ijou,, bertambah ilmu didada mendengar perihalan ceramah pak doktor,, terangsang ketakzuban mendengar cerita kembara cik Ekyn dan Meow yang sungguh energetic dan slim-melim,, teruja dengan kehandalan inchik John beraksi di dapur,, dan selesa ketiduran-berpelukan-kesejukan bersama teman sekatil- cik joe.. huu.. *sweet memoranda*

dan lagi,, thanks kepada geng hiking berembun yang sabar melayan kerenah milla neh ye... huuu.. muntah,, jatoh-tergolek-dengan-bergaya,, kepacatan,, kepancitan,, kekejangan,, kekoyakan.. haha.. *maluuuuu berbakol-bakol sebenanye wehh* ;p

dan ini kata pak doktor:
-kejang sbb kurang garam
-kaki dan tgn terketaq-ketaq parkinson sbb xckup gula

okeh.. azmila, lepas ni silakan kunyah garam & gula secukup rasa ye.. huuuu :)


p/s: after panjat gunung Berembun itu,, objek berlapis di sebalik baju ni dah berkurang 1 lah! *kagum* hahaha ;p



Thursday, October 8, 2009

patah.kaki~


haiyok3... it's been a week sudah sejak domemon si CRV masuk hospital.. before puasa lagi dah undergo minor operation kat perut domemon.. macam2 khazanah kat perut domemon kena buang dan ganti baru.. now ni, domemon sakit lagi.. kali ni benda alah nama gasket kat perut domemon terbakar. so domemon kena undergo operation lagi buat overhaul.. kesian domemon.. perutnya sekali lagi dicabuli..

cause : domemon masuk hospital
result : penjaganya dah 3 hari ponteng kuliah, 3 hari tak keluar makan (makan beskut tiger cicah milo je), dah parkinson kebuhsanan dan dah mati kuman dah ni!!



persoalan: mungkinkah domemon dari kerabat honda ini akan dilupakan untuk kerabat yamaha pula? domemon,, sila jangan kecik hati kalau chentaku padamu berpaling arah... taraaaaaaa~

lets rawks! heeee~ gaya 10 markah ye =)



p/s: memang sedap bawak kereta, tapi kalau dah rosak apa bagai tu, menangis nak membayarnye! adoyaiiiiiiii!


Tuesday, October 6, 2009

lobam~

i do love adventures n outdoor activities.. tapi almasalahnya,, ni lah panorama indah yang bakal menghantui kulit mulus milla ni...

ni hasil yg dpt after beronggeng di gua tempurung tempoh hari (klik sini)



:: LEBAM ::

Lebam merupakan tanda kebiru-biruan yang ketara di bawah permukaan kulit. Ia sebenarnya merupakan bentuk pendarahan dalaman yang ringan. Biasanya ia disebabkan oleh darah yang terkeluar dari saluran darah kecil akibat dari tumbukan, hentakan atau tekanan yang menyakitkan.

Lebam kadang-kala merupakan petanda awal kepada beberapa masalah kesihatan, walaupun ini bukanlah sesuatu yang sering berlaku. Antara masalah-masalah berkenaan termasuklah gangguan kepada proses pembekuan darah seperti:

•Hemofilia (hmm..milla didiagnose anemia)
•Jangkitan
•Penyakit hati
•Kanser
•Kekurangan vitamin (vitamin C) atau kekurangan zat makanan (gemuk jer, xmgkin kurang heh~)
•Kesan buruk atau kesan sampingan ubat-ubat tertentu (dah stgh tahun stop ambil sbrg ubat)
•Peningkatan tekanan darah seperti saluran darah di kepala dan leher
•Masalah alahan (milla cuma alah nescafe/kopi jer)

Kesan sampingan yang lebih serius mungkin berlaku sekiranya ada:

•Pendarahan dari gusi
•Pendarahan berterusan akibat terluka, terpotong atau berdarah hidung yang tidak berhenti-henti walaupun diberi tekanan selama lebih dari 20 minit di tempat yang tercedera. (part tluka ini betul)
•Terdapatnya banyak benjolan nodus limfa yang lembut di leher, ketiak atau di bahagian kelangkang.
•Sakit dalam perut atau terdapat ketulan keras di dalamnya.
•Lebam di merata-rata badan tanpa terjatuh di mana-mana. (ini juga betul.. T_T)
•Sendi membengkak dan terasa sakit (sensitif)

PENJAGAAN SENDIRI

•Megurangkan kesakitan atau ketidakselesaan boleh melambatkan proses kelebaman
•Tuamkan lebam untuk mengurangkan ketidakselesaan
•Jangan menggerakkan tempat yang lebam. Keadaan ini akan menjadi lebih sukar sekiranya ia berlaku di muka atau di bahagian sendi. Tetapi jika tidak bergerak, ia dapat membantu darah membeku dengan cepat dan menghalang pendarahan seterusnya dari berlaku di bawah kulit.
•Tuam dengan pek ais untuk menghentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak. Anda juga boleh menggunakan ketulan ais yang dibungkus dalam tuala. Berikan sedikit tekanan selama 10 minit.
•Angkat atau tingkatkan bahagian yang tercedera melebihi paras jantung untuk mengurangkan bengkak.
•Jika disarankan ubat penghilang kesakitan seperti parasetamol boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan yang dialami

adoyaiii.. lebam situ-sana-sini.. even kena cubit2 manja pun badan akan lebam2. apatah lagi kalau kena belasah,, debush3.. serious tak suka memikirkan ini! tapi kena fikirkan juga.. huwawawa~

p/s: berdoa untuk menjadi insan normal yg sihat. aminn~


Monday, October 5, 2009

sangap~

mode :: sangap shisha!

p/s: azmila bukan perokok

Wednesday, July 22, 2009

dari.kerana.mata~

sob2...

menetes-netes eye water ku ini.. dah hampir 10hari sakit mata tak surut2.. kejap merah,, kejap ok,, kejap gatal,, kejap ok,, kejap banyak sgt najis mata,, kejap ok.. haishhhhhh...

dulu dah undergo minor operation sbb ada stye infection kat mata.. kira dlm bahasa jawanya,, kat mata milla ni takde rongga-rongga untuk minyak keluar. so,, minyak tu terkumpul dan haruslah dibuang.. fizikalnya mcm 'tembel@ketumbit' tp bila orang tanya,, dan milla malas nak explain,, ckp je la itu tembel.. huuu..

tapi kali ni lain benor rasa ketidakselesaan mata milla ni.. bukan mcm infeksi stye yang dah beberapa kali milla kena.. haishhhh.. org nak dekat pun takut sbb takut jangkit kan.. tapi... tapi... milla malas amat mahu ke klinik.. ngeh3... ada sapa2 tawu mana klinik pakar mata yang pak dokternya hemcem??? silalah roger ye.. hehe..


..ni time kena stye infection awal januari 2009..




p/s:: dari kerana panahan matamu... daku terguda.. *auchhhhh*

p/s/s:: selalu dlm drama ada sebut 'mengalir air mata darah sekalipun'... hahaha... siapa kata tak buleh? milla dah berjaya buktikan ia relevan.. mataku berairmata darah ;p




Wednesday, June 10, 2009

heroin2ku~

08-09jun2009
(11.30pm-01.00am)



~fwenza &kazen~

rescuer 1 - cik winnie

rescuer 2 - cik ika
rescuer 3 - cik miD
rescuer 4 - makchek mimi
rescuer 5 - makchek keyra


alkisah....

AZMILA telah memitamkan-mentidaksedarkan-memerapukan dirinya pada malam kedua selepas menjalani MOS.. sungguh tidak tahu-mentahuan-ketidaketahuan tentang kejadian yang menimpa... arakian,, penyelamat2 terchantek ini telah dtg menyelamatkan milla dan dengan penuh ketangkasan dan semangat waja,, milla telah dihantar ke pusat perubatan bangi..

bayangkannnnnn yaaa anak2,,, milla yg sgt amat tong-drum ni,, dihangkut menuruni tangga teratak dua tingkat dan kedalam mobil oleh rescuer2 yg genit-chumel-kenit-kechik-lagi ayu... (tak tercapai dek akalmu kannnn??)

kepada rescuer-rescuer:: terima kasih yang teramat from the bottom of my suci heart diatas kejadian yang melanda

kepada rescuer 1 :: harap diampunkan kecekapan tgn milla menghadiahkan 1 pelempang kepada pipi gebu kamu

kepada bunda:: angah mintak maaf merisau-menggundahgulanakan hati bunda...






p/s:: haishhhhh... sy telah menyusahkan org.. sy rasa teramat bersalah jugaaa :((

Monday, June 8, 2009

wisdom teeth~

07.06.09
KLINIK PERGIGIAN IMPIAN, SEK 3 B.B.BANGI
09.30am-12.40pm
DR. FAIZ =)

haiyok2... milla da selesai undergo MOS (minor oral surgery) utk membuang my dear wisdom teeth a.k.a gigi bongsu.. alhamdulillah.. syukur padamu Ya Allah.... luckily milla decide nak buat awal coz the root is not yet fully developed lagi.. gigi milla tak sakit pun,, tp kalau dia tumbuh makin besar,, tu yang menyebabkan sakit.. dan betterlah gigi ni dibuang awal2..

at first,, terketaq-ketaq dan takut amat... tp sebaik saja pandang muka dr. faiz yg tenang tu,, terus gabra semua ilang... huuuu... dan hari tu,, assistant doc tu pun seorang lelaki.. ahaaaa... lagilah tenang je kannnnnnnnnn.. hehehehe.. ada sedikit kegatalan disitu

doc mulakan operation tu dgn lafaz bismillah.. setiap detik dan waktu mmg mendebarkan.. huuuu~~kejap2,, doc tanya,, sakit tak,, ok x... haishhhhh.. mendengar suaramu doc,, terus ilang rasa sakit tu.. heeeeeeeeeeeeee~~ doc,, kamulah bius semulajadi yang menghilangkan rasa sakitkuuuu

setelah diKOREK-KOREK, diCUNGKIL-CUNGKIL, diGERUDI-GERUDI, diPUSING-PUSING, diTOLAK dan di TARIK.. finally,, gigi belah kanan pun selamat tercabut.. doc tanya kepastian,, sama ada nak teruskan belah kiri atau buat lain kali... milla dgn beraninya terus jawab nak teruskan jugak belah kiri.. prosedur yg sama diulang.. diKOREK-KOREK, diCUNGKIL-CUNGKIL, diGERUDI-GERUDI, diPUSING-PUSING, diTOLAK dan di TARIK.. tetapiiii..... akar gigi terpatah... dush2... so,, doc terpaksa mengGERUDI2 lagi dgn penuh rakusnya... grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...bergegar2 serebrum dan warga otak yang lain...

ahaaaa... selesai semuanya... gusi kemudian diJAHIT... terasa liuk lentuk tgn doc menjahit bersama alunan benang yang melalui gusi milla.. then doc pon tegakkan kerusi... jeng3.. whutdafisherman!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! br tprasan yg zip jeans tbukak!! gilakkkkkkkkk ini!!!!!!! malu tahap tak hengat! sadisssss amat!!! dah la tadi assist doc tu duk lap2 tgn milla sbb terpercik darah (tgn letak atas peyot).. adehhhhhhhhhhhhhh... gilakkkkkkk amat ini! tatau dah nak letak muka kat mana... niat awal nak amek gamba ngan doc n asstnt dia.. terus kansel.. nak ckp pon da tak buleh da sbb mulot kebas (cucuk anaesthetic).. nak telan air liur pon da tatau dah macammana.. berjejer2 darah kuar mcm drakula...

terus memergikan diri pulang ke rumah... perasaan malu lg tebal dr rasa sakit! haishhhh... doc suh mam eckelim sbb darah tak benti2 lagi.. kpala dah weng3 amat... darah mengalir2 mcm ape ntah.. nak telan air liur pun tak lalu sbb rasa darah... n sampai saat entri ini ditulis... darah still tak benti lg.. tp taklah sedasyat dan sedrakula smlm..

haishhhhh,, mcmanalah nak menghadap muka doc lg.. next week kna g bukak jahitan gusi ni.. iskkkkkkk~~~

ni gamba X-ray gigi.. tgk yg hujung tu,, dia tumbuh senget kan... sbb rahang xcukup space

haishhh.. gunting..playar..cangkol..gerudi..hammer..gergaji.. seb bek semua berkilat.. hahaha

(tutup mata) eiYuuuuuu~~ ni lah hasil nya.. gigi n lapisan gusi+darah.. belah kiri dah dibela 3tahun,, belah kanan 2tahun..
p/s:: gigi ni lobang2 sbb kna gerudi tawu... haishhhh~~

bayangkan dr gigi cenggini.... ahaaa.. ada bran???


rasa lega after cabot gigi ni... tapi.....tapi... sedey yang teramat... tak dpt lagi nak beli inchik D90.. haiyok2.. wuit spend utk cammy da habeh kat gigi... gigi oh gigi... doc oh doc.. huwaaaaa~~

kau akan tetap jadi milikku inchik D90....



p/s:: xselera nak mamam= nak kurus.. heeeeee ;p
p/s/s:: buhsan amat ini.. mc 3 hari..