Tuesday, March 2, 2010

..chentaku.tertinggal.di.Broga: i.lebiu.abang~

amaran awal: kepada anda yang tak tahan kepada kejiwangan, sila hindari entri ini. dikhuatiri akan muntah pekat2 likat2. terima kasih.

..........................

ohh abang. i tak nak expose pasal hubungan kita tapi hati i meronta-ronta, tanpa sebarang kawalan. abang sedia maklum bukan, indeks kechentaan hati i terhadap manusia berkepala botak dan berbadan sedap adalah di tahap membimbangkan, sampai terkadang i rasa nak telan diazepam, temazepam, alprazolam dan doxlylamine, tapi i tak nak mati macam kekanda Heath Ledger. demi abang, racun pun boleh i minum jadi penawar tau!

ohh abang. hati i bernyanyi cha-cha-cha tika dan saat melihat wajah abang. abang mengajar i erti rindu gelora dan syahdu nian. bila bersama abang, i rasa selamat sekali jiwa dan raga. dan i rasa diawangan bila i dapat hidu harum mekar semerbak bauan badan abang. lagi2 kalau abang pakai deodoren flavor stoberi.. lemas dan terus pitam i! ohoiiii~

ohh abang. ketahuilah walau sekejap cuma kita memadu asmara, menyulam kasih, menyemai chenta, mengukir tawa, me-welding perasaan kita rapat2 erat2 lekat2, menconteng bentuk love ada anak panah dengan nama kita berdua pada batang pokok guna kunci kereta abang; i rasa bahagia teramat-amat. terima kasih abang untuk segalanya. walau sekejap cuma. i lebiu abang.

i tak kisah orang cakap i perasan or whatsoever, yang penting kita tahu perasaan kita. kan abang ;)

i penat mendaki mengejar abang. i tahu abang strong. tapi abang janganlah tinggalkan i. heh~

kita minum dulu ye. abang kena biasakan diri dengan Malaysia yang panas ni tau :)

oh yes.. memori terakam di bukit ini. di puncak ini, bertemankan lalang2 layu ketidakhijauan dek kepanasan yang melampau, begitu jugalah melampaunya kasih i pada abang.

shhhhhh.. angin bayu sedang menyanyikan lagu ceritera pawana chenta kita :)


ohhh.. i lebiu abang.
I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
and after all
You're my wonderwall :)




haha.. anda2, sila abaikan kegonjengan-keputusfiusan-keimaginasian terlampau milla ohh.. Yang sebenarnya, milla telah ke Broga hill buat kali keduanya pada hari Ahad, 28feb2010 bersama kazens tanpa dirancang. gerak dari umah nenda pukul 5pm, panjat Broga 5.25pm, turun pukul 7.30pm. Broga buat masa ini tak seindah dan sehijau my 1st visit.. tapi tetap,, kenangan tertinggal di sini :)

cik keiyra
tajuk gambar : dipersimpangan dilema

cik mimi & cik milla
tajuk gambar : now, everyone can fly!
ohh.. ini adalah gambar pertama milla melompatan bebas keudara. haha. teruja!



oh ya. alam itu indah.
jangan bangunkan lenanya dengan loceng kebinasaan.




p/s: kekanda shahrul (nama sebenar) dah lama mengidam nak panjat Broga.. jom3! tp cik milla free weekdays sahaja ohh..


41 comments:

Jard The Great said...

aku suka entri neh.... seyes lawak dan sweet.. ehehehe

tak tahan ade gmbr the rock.. ahahaha

.millalara. said...

Jard The Great::

hoyyehhhh... menggeletis bukan? ;p

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

waahhhhhh.......sungguh drama...touching lor kisah mendaki tu...
































wakakakaka......

Anonymous said...

bkn kekanda shahrul(nama sebenar) sjork yg mengidam2 nk pnjt broga,
anakanda(hah, yg ni bkn nama sebenar) pon same..
ntah bile gaknye 'jejaka2' ituh mau pegi
smgt jek brkobar2


p.s: kalo kamis dpn cmne?

anN said...

hahaha.... nk twe byk2 dlu..

hihi

swit!!!

saaba said...

... *migrain 3 minit

kakachan said...

broga kat mane mila?
amboiiih.. romantik nye gambo ngan abg ketak2 itu.. haha.
i lyke uols la. XD

ini q i L L said...

haha. the rock sgp lak nk daki broga ni ek...

iyllienaz said...

milaa..cantik kan broga??nak g jugak..

oranglidi said...

rasa nak luku je.

aliamaddesa said...

hahah! i like!

saiful mohamed said...

bila turn aku plak??

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

milla.. kenapa entry kamu sejak 2 menjak ni semuanya tengtang jalan2.. holiday..
wwawawwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaa tak aci...
nak ikut jugakkk
nak ikut jugaakk

.millalara. said...

alvin takda rumah harga 8juta story....::

boleh menang oscar tak? haha ;p

.millalara. said...

nAD::

hooooooo.. adeh.. kasihan pula kat pemengidam2 ni.. khamis depan? sepertinya okeh saja.. nnti kita bincang waktunya ya syg..

.millalara. said...

anN::

heeee.. syg, ketawa penyembuh dukalara kan ;)

.millalara. said...

saaba::

erkkk.. ahkak! jangan, nanti mila rasa bersalah ohhhh ;p

.millalara. said...

kakachan ::

u'olssss.. i very the like3 jugak! ;)

broga kat semenyih je syg.. dalam stgh jam dari ukm :)

.millalara. said...

ini q i L L::

haha.. demi i, segalanya abang sanggup.. hoooo~

.millalara. said...

iyllienaz ::

hoyyeh.. santek! sbb tu jd tmpat dating i dgn abang rock.. heeeeeeeeeeee ;)

.millalara. said...

oranglidi tanpanama::

oranglidi kembali! (buat gaya iklan tora).. huuuu..

erk, beranilah u luku i. abang rock strong! hahaha ;p

.millalara. said...

LyAbUbLeX::

i loikee2 jugaaa ;)

.millalara. said...

saypOOL rafhtello::

tunggu kamu taf dolu.. baru meyakinkan! hahah ;p

.millalara. said...

Moon BlooDy Spell::

alohhh sygku... jom ke moon! ;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Dinda Milla,

Geli la ketiak aku membacanya wahai dinda oi. Nak yg taff je. Hahaha.

Jom ke Broga minggu depan. Kita tengok sunrise sama-sama ya. (jiwang la plak)

Kuikuikui :p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Nad,

Sejak bila plak kamu jadi anak aku? Aku dan Milla masih belum merancang untuk ada anak buat masa terdekat. Hahaha.

Khamis sebelum subuh. OK?

moment said...

tenyeh2 mata tgk pic teh rock!
mcm ku kenal!!
hahaha

Sharif John said...

Owh.... romantiknya...

Nadiene said...

ko ni milla, xde org len k, slen the rock tue?jhahahahaha

Masy said...

bile start wat entry beroyankan jiwa camni, dah bole agak dah msti pasal abg Batu ni. hhahahhaahhah hampeh nyer mila

mongki said...

hahaha! tak boleh bla the rock pun penah naik broga hill,

broga hill terbakar eh? dah tak lawa dah..

.millalara. said...

Mohd Shahrul Hafizi::

ya kekanda, dapat dibayangkan saat romantis yang bakal kita lalui ;)

ohh,, dan lagi kekanda, nad bukan anak kita. tapi anak dinda. muahahahahahaha~

khamis sblm suboh? i'allah ;)

.millalara. said...

moment ::

huahuahuahaua~

ya. itu abang saya! ;p

.millalara. said...

Sharif John::

haaa.. sila tiru aksi ini ;)

.millalara. said...

fiD::

hahaha.. nak letak gamba kamu,, tp xdek sumber. so, how? ;p

.millalara. said...

Masy::

hahaha.. abg BATU penyeri jiwa ;)

.millalara. said...

nuwa::

haha.. percayalah ;)

a'ah ohh,, x menghijau macam dolu2..

Zhafran Muslimin said...

hensem ar the rock..ha3 xD

.millalara. said...

Zhafran Vengence::

hoyyeh.. tanpa penafian :)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Dinda tidak dapat pergi Khamis ini? Sedihnya kanda tidak dapat mendaki bersama dinda. Uhuks. ;(

Mrs Nurul said...

terkejut aku, sejak bila ko detim dgn the rock!