Saturday, October 31, 2009

10 listo~

Heyya2 heyyo2~~ assalamualaikum...

Minggu2 exam was the most ultimate week lah,, ‘Hari Gonjeng Sedunia’ shall I say.. tahap gonjeng tu dimana bila kamu pejam mata, kamu can feel your mind blank, mcm hang, mental block, otak tepu and kamu cant think of any single thing pun even yg simple2, nak kira 5 x 2 pun siap tekan calculator, bygkan la haihhhh~~

ok.. so.. here go da list of 10 benda-harus-buat-bila-sindrom-gonjeng-telah-menguasai-milla.. and of course,, duduk mengeras kat kolej adalah unacceptable sebab kesian kat diri ini yang sepanjang minggu dah terperuk kat kolej yang indah nan permai itu. ok.

:: KE-SATU ::
-milla suka buat benda alah comel-comel-gedik-gedik-kreatif-la-kononnyer ni.. hooo.. kepuasannya adalah ditahap yang mana kamu takkan rasa sedih walaupun kuku jari dah calar balar sbb tertusuk jarum.. ouhhh..ouhhh..


:: KE-DUA ::
-milla akan pergi shopping.. selalunya alone.. tak kesahlah melepak di shopping complex, berwindow shopping sepuas2nya sambil men try baju itu dan ini (even tidak membeli walau sehelai).. dan paling menterujakan apabila shopping barang2 dapur di tesco okeh.. hoooooo.. teruja2!!!! (tesco, sila lantik saya jadi duta!)

:: KE-TIGA ::
-bila dah shoping brg dapur,, makna katanya kedapur lah kan.. heeee... YUP. diakui, skill memasak masih tidak sehebat mana. masih perlu khidmat bunda tanya berapa ulas bawang putih, berapa butir garam, berapa manis senyuman (ehh?)... tapi atleast, ianya menjadi dan menjadi kegilaan si adik2 yg sepertinya 10-tahun-tak-jumpa-makanan. teruja2!!

..beskut makmur+fettucini carbonara kira ok lah kan..

:: KE-EMPAT ::
-berpura-pura cool-tidak-tahu-cuak ketika menaiki kereta yang dipandu oleh si insan yg penuh attitude di jalan raya. and i used to memandu dgn memecut-marabahaya juga. ya. kepuasannya jelas nyata walaupun sepertinya sungguh tidak sayang nyawa..


:: KE-LIMA ::
-berpeluh-peluh-dan-nampak-sungguh maskulin (eh, silap!).. hoooo.. i do love outdoor activities.. dan sungguh menterujakan bilamana keperasaanan kepuasan itu dizahirkan dengan kejayaan menerokai alam. ouhhhhh.. teruja2!!


:: KE-ENAM ::
-berasmaradana bercengkerama dengan alam sekitar. air terjun or pantai.. ouh.. ouh.. kedua-duanya indah dan asyik2 dan teruja2!!


:: KE-TUJUH ::
-mengembara ke alam haiwan!!! hoyyehhhhh... ini mampu meng'educated'kan diri tentang alam selain manusia.. dan sekaligus menghiburkan hati yang duka lara.. dan pastinya merangsang diri untuk tertawa..

:: KE-LAPAN ::
-milla akan melalak-sepenuh-hati like dunia-ini-ana-yang-punya-ente-pedulik-apa!!! tak kesah la pitch ke laut ke,, ape ke.. yang penting tak boleh kasihan sama anak tekak yang kegersangan menahan perit.. ya. sungguh menterujakan!


:: KE-SEMBILAN ::
-mentadah hidung dengan bau-bauan asap. ya. feel high beb!! hahaha.. ya. sungguh mengasyikkan berada di dalam arena drag race. dengan bunyik bingit enjin dan kepul2 asap dan puluhan2 manusia berketiak kepam sambil bersorak-sorak menyokong dan mengkeji antara satu sama lain. ya.. memang asyik dan menterujakan!


:: KE-SEPULUH ::

-milla tenang disini. amat2.. i wanted to tell u segalanya lah ayah.. ayah dengar kan? huuu... ayah, the only thing that is keepin me going is the life i have from you growing in side of me.. ohhhh.. i miss u terribly lah ayah..


hoho... 10 things-to-do-to-hapuskan-gonjeng is really something ecstatic to do!! selain makan dan makan dan makan lah kan yang mmg 1 kemestian kan.... heh! cukup2 lah tu azmila oii, bawak-bawaklah intai objek berlapis di balik baju tu, tak reti-reti..? grrrrr~~


p/s: 1 nov (mlm) akan berlangsung drag race kereta kat cyberjaya.. (jalan mati after exit ssp). haiyooooooo... disebabkan 2nov ada exam pukul 8.30am, i should say bye2 je lah kepada itu race. kepada TMR team, wish ya all da bery beshhhh ya!!!

p/s/s: sudah agak ketidakwarasan baca notes bio conserve nih.. buhsan :(




Friday, October 30, 2009

pabila bunda berFB~

Dengan sukacita-excited-nya perkara di atas adalah dirujuk..

ok. agak terkesima dan teruja pabila bunda mula terjebak ke alam maya ni... heeeee.. mmg since form 1 duduk hostel, sampailah dah final year ukm skrg ni tak pernah a day gagal untuk berhubung dgn bunda.. dari public phone duit posen2, tuka kadphone, tuka ring2 card, then bawak handphone secara haram dan tak pernah kantoi dari form 2 sampailah form 5.. mmg setiap hari adalah perlu untuk mendengar suara insan terchenta di hatiku itu.. dan sekarang, tak cukup dengan kolling2,, kita FB2-ing ye bunda =) angah loikeeee!!!

ok. bila bunda mula berFB,, makna katanya milla harus mula start bersopan2 ketika ber-FB-ing.. walaupun bunda mmg dah sedia maklum dgn anaknya yang weng-weng-dan-separa-nguks-ngeks ini.. huuu.. dah tak boleh dah nak update kat FB benda2 gila yg milla buat. contohnye like pabila milla melepak di bukit ampang&dataran merdeka seorg diri smpai pkul 6 pagi kerana keracunan perasaan. hooooo..

ok. ini berlaku pada 24jam pertama bunda start ber-FB :

heeeeee... this is wat we kol tiada rahsia antara bunda dan anaknda :)

kepada bundaku yang seporting,, sila yakin dan pasti bahawasanya anakndamu ini sungguh2 berperilaku baik dan baik dan baik sepanjang masa (ayat anak mithali).. hoOOooo.. angah sayang mak sangat2 tawu!!!!

bunda,, ur little baby girl is no longer a baby kan.. heeeeee~~


ok. arakian, milla menghadapi masalah tekak puaka ye sekarang ni, asikla nak mkn... kepada azmila azman, sila lah sedar diri anda itu berangan sepertinya oh,, i look super slim but actually anda itu tak ubah seperti biskut kembang dicecah air milo 3 in 1 ye.. bawak-bawaklah tahan nafsu makan tekak puaka anda itu ye!!!!



p/s: wish you all a nice weekend ahead.. dan ingatan kepada azmila, anda ada exam on monday tawuuuu!!!!!!! sila jgn over ber-suka-suki-di-kala-weekend..


Sunday, October 25, 2009

mampu~

..due to my body-system-breakdown, i feel LOST! sesat! banyaaaaakkkkkknya benda nak kena cover untuk exam parasit esok!!!! semoga esok milla masih bernafas dan masih tetap : one strong, cheerful dan all-rounder azmila. ya..

**************

untuk kamu.kamu. dan kamu.

" Kita tak perlu jalan sama-sama, breakfast, lunch, dinner sama-sama, gelak, riuh sama-sama, main, enjoy sama-sama untuk kata kita kawan..sebab aku tahu, Tuhan jaga kau lebih baik dari yang aku mampu ;) "

Saturday, October 24, 2009

sembilan~

.ini scheduled post.


24.10.2000-24.10.2009

9 tahun sudah. berbaki berapa tahun lagi kah?



'nak yg tebal ke nipis? xpun yg ada sayap ke takde?'
'oh..ada beza ea?'

hoOOoooooo... kinda suka tgk scene cherita mr. mama yg ini. terkenang daku akan cheritera tahun 2000. waaa..so long time ago, so usang la the memory! ahhh.. i miss my childhood time amat2..

cherita milla: pernah menyuruh si adik teruna pergi belikan pad dkt kedai. ye lah, time kalau dah sakit amat-amat tu, setengah tapak pun dah tak larat nak menapak kan.. time tu si adik umur pun baru 14, setahun jagung. tak empuk lagi. hOoooooo. *mengarut. ok, berulang-ulang kali pesan dekat dia: angah nak kotex overnight tak nak wing. plastik kaler purple. haaaaaaa.. sekali dia balik bawak ntahapa-hapa-punya-jenama-tak-pernah-tahu plus, extra long lagik! plastik kaler purple. heh!!!!!! hantam saja lah labuuuu...

kesimpulan: kepada bakal-bakal suami yg bakal ada isteri,, kepada bakal-bakal bapa yg bakal ada anak gadis, be well prepared ya.. mesti ambil tahu juga.. its a BIG mesti!!


p/s: jaringUKM sangatlah amat siput. fedap!

Friday, October 23, 2009

kay.ep.ci~

hehey.. I spent tremendous time at home.. chatting, makan, gossiping, melantak, laughing, makan.. segala nasik, mee, asam pedas, sambal petai, talapia, terubuk, keli, just name it, semua masuk dlm perut. tu yang sampai tak terhengat nak update millalara ni kan..

ok. fine. berat dah naik balik. tapi tak apa,, its symbolic sign of happiness maaaa.. ya. milla sangat mahu happy. mesti.


ini cerita pakcik kolonel

*amaran: ini agak selekeh okey*


.pakcik pejuang bangsa.

.pakcik perwira terbilang.

.pakcik sentiasa bersemangat waja.

.ini binatang tunggangan pakcik.

.pakcik hebat jugak men basketbol ni. setakat 3point tu pejam mata je.

.tapi sekarang pakcik dah mati dah.
.namun ayam2 pakcik tetap di hati.
kan? kan? kan?



hahahaha.. ini lah yang di kata kesengalan melanda. mungkin lepas ni waris pakcik kolonel boleh anjurkan aktiviti sebegini sampai peringkat olimpik ke ape kan.. heeeeee~ kreatif itu seni. seni itu indah.

okeh anak2..

otak kanan bersifat imaginasi, kreatif..
otak kiri lebih bersifat fakta, straight forward..

kalau kita dapat gabungkan kedua2 otak, kita akan dapat selesaikan masalah dengan lebih kreatif, tetapi, masih berasaskan fakta.. Dengan bantuan otak kanan, kita akan dapat berfikir dengan lebih meluas @ org jawa cakap think-outside-the-box @ berfikir dari sudut yg berbeza.

salah satu cara nak latih otak berfikir diluar kotak is dengan melakukan perkara yg diluar dari rutin harian. contoh:: hari ni g keje ikut jalan lain, esok ikut jalan lain lak,, hari ni makan kt tempat lain, esok kat tempat lain,, hari ni boyfren lain, esok boyfren lain pulak (heh,, ini tipu) lagi, utk latih otak kanan, sesekali gunakan tangan kiri utk lakukan aktiviti yg slalu kita gunakan tgn kanan..contoh-slalu gosok gigi gune tgn kanan, sesekali tukar la gosok gune tangan kiri..

dan FYI, kajian menunjukkan lelaki menggunakan salah satu belah otak sahaja pada satu-satu masa TAPI perempuan menggunakan kedua-dua belah otak dalam masa yang sama. okeh anak-anak, thats why puan2,, bunda2,, ibu2,, boleh memasak sambil jawab tepon sambil mata tengok tv sambil lari2 buai anak sambil join ahli mesyuarat tingkap sambil update blog mungkin.. haha.. sungguh terbukti perempuan hebat in multitasking kan..? kan? kan? heeeeeeeeee ;p

...indah sungguh ciptaan-Mu...

:: cuba pusing kaki kanan ikut arah jam, dalam masa yang sama point jari telunjuk dan lukis nombor 6. kaki tu terkehel-kehel-tertukar-arah x?? ::
kepada otak kiri saya, sila berfungsi sehabis baik dengan bantuan otak kanan untuk final exam yang bakal menjelang ini ya.. otak kiri bagi jawapan logika. otak kanan merapu-kerapu dengan jawapan-tak-tercapai-dek-akalmu-oh-lecturer..

hoyyeah. soalan tu nanti senang je. kerusi tak panas lagi da boleh siap lah jawab semua. haaaa.. saya kan seorang azmila yang bijak.. huuu.. (it was a total lie, just the matter of nak sedapkan hati)


p/s: masih mencari mood study..



Friday, October 16, 2009

mental~

Anda tahu anda terpaksa melakukan sesuatu terhadap pengurusan masa anda apabila:
  • masih membaca surat khabar bertarikh 7-8 hari lepas.
  • sudah tidak mengikuti siri2 tv kegemaran yg dahulunya tidak boleh miss langsung, dan apabila berpeluang menonton di waktu senggang diri akan merasa spt taik sbb dah tak paham jln cerita, like ‘eh, sejak bila pulak nur dah jumpa balik dgn adam' or 'sejak bila si jack dgn monica have a child together dlm oggy and the lipases?'
  • sudah berkurun tidak menonton wayang. last muvie ice age 3 kot.. dush3!!
  • mendapat hadiah novel pada harijadi yg ke-21 tahun dimana selepas 2bulan bookmark yg terselit tidak berganjak2, masih berada di muka surat 4.
  • bil henpon di bawah nilai rm50 sebab dah terlupa macamana cara nak call kawan2 tanya khabar,, gossip-menggosip.. naseblah bunda kol anaknda dia ni everyday.. haisshhhh~
  • mencabut bulu ketiak belah kanan diikuti dgn ketiak sebelah kiri seminggu kemudiannya
  • mendapat balasan ‘hah,hidup lagi kau, aku ingt dah lenyap di telan bumi’ oleh supervisor thesis sbb dah berjanggut tak pergi jumpa dia
  • pukul 3.30 pagi baru teringat yang sebenarnya perot ni tak diisi lagi dengan sebutir gula dan garam pon dari pagi.. (tapi tak kurus2 jugekkkkk)
  • stokin yang dipakai 40 hari lepas masih smart je tersimpan dalam kasot.. haha.. gila pengotor ini olang haaaa!!
  • eye-bag terakam indah di mata bak panda kegersangan akibat tidur 2-3jam je sehari
*jgn tegur*

shhhh... walaupun milla sudah hampir mental-putus-fius-oredi dengan my own pengurusan masa, sila shhhhhhhhh.. sila jangan tegur.. kinda serabot-mabot kepala otak dan need time to recover.. hehhhh~~
okeh.. enaf.. Apa yang penting, esok sabtu. Selamat Berhujung minggu rakan2. Semoga hujung minggu kita akan menjadi hari yg merehatkan dan mendamaikan.*tersenyum kelat*


okeh.. sedang bersiap2 untuk pulang ke teratak bonda. drive bangi-tapah. sila jangan jem dijalan raya. cukuplah hari ni dah berbakul2 sesi mencarut melanda. tak perlu lah nak ditambah lagi dosaaa milla ni. honk honk maki maki memecut membrek memecut. ye. panorama itu indah sekali.


p/s: shades patah. tak glemer lah drive ta pakai shades
p/s/s: chow-chin-chi~

Thursday, October 15, 2009

pang.pang.kopang~

..thanks semua.. realy touched of ya concern and realy appreciated..
semoga atok tenang disana~


thanks cik nana sayang 4 da luvly-sweet-ungu kad kawen ini..
sepertinya mahu ke majlis cik nana ini..
insyaAllah kalau tiada aral :)

kepada bloggers yg mengenali cik nana,, or yg ada area2 dekat milla kat bangi ni,, marilah mari kita memeriahkan majlis cik nana ni.. siapa yg nak pergi sila roger ye.. da more da merrier~ i'll drive there.. so,, kalu 2-3 org nak join skali pun buleh..

cik nana & mista izwan
(Ahad, 1 November 2009)
Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor DE


milla sedang on-da-liku2-way membuat thesis.. haiyyaaakkkk2! telah kembali memerah otak mengarang2 ceritera.. kalaulah gaya penulisan thesis boleh aci redah je kan,, kompem thesis tu milla buat gaya blog millalara neh.. huuuu~ kalaulah kalau.. haissssshhh~~

Tajuk: Penilaian Impak Konflik Gajah (Elephas maximus) di Negeri Johor 1994 dan 2009

ok anak2..
sila sayangi gajah2..
kerana kepupusan gajah2 semakin melanda..
kerana gajah2 ini sgt amat comel dan bijak..
kerana gajah ini sangat mahu untuk terus membiak..
kerana gajah2 ini minta disayangi..
sila jangan jadi begini! T_T

*tutup mata jika anda mengandung*

.sangat kasihan.
.kasihan sangat.



p/s: sedang melayan hunterXhunter.. heeee~

Tuesday, October 13, 2009

...~

al-fatihah buat atok..

Hj Burhanudin Shimin
(3pm, 12.10.2009)

hasrat atok (entri ini) supaya disemadikan di sebelah pusara anaknda kesayangan tak dapat ditunaikan atas masalah yang tak dapat dielakkan.. tapi asalkan semua urusan berjalan lancar, alhamdulillah.. syukur.. atok dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bangi (bangi lama).

'kehilangan menjadikan kita seorang yang lebih kuat'

atok pergi pada umur 85tahun.
ayah pergi pada umur 47 tahun.

hmmm... melihat atok, milla membayangkan arwah ayah 30++ tahun akan datang. ayah di saat tua. huuuuu.. tapi sekarang atok dah tak ada. bayangan hanya tinggal kenangan. tapi selamanya, kenangan itu indah =)

p/s: tidak punya waktu menerjah blog2 kamu2 buat masa ini. kembali menerjah di lain hari ya..


regards,

azmila azman

Monday, October 12, 2009

mengapakah?~

i just wondering
..hmmm..
perompakan kah? pembulian beramai2 kah? pelarian berkasih kah? penyerahan saguhati kepada pihak berkuasa kah? apakah? mengapakah?

lokasi : persimpangan masuk depan pintu gerbang utama UKM bangi
kemusykilan : seorang lelaki muka bengis membawa motor yang dibonceng lelaki muka ayu yang tangannya digari dekat besi belakang seat tu..

ikot hati nak je follow u follow me. tapi hati cakap: 'mind ur own bisnes lah milla oi'. ahhh. ok. ok.

tapi mengapakah? apakah? bagaimanakah? perlukah? bilakah? siapakah? dimanakah? haiyok3.. this is what we call curiosity okeh~~


p/s: 1 malaysia! heeeee ;p

Sunday, October 11, 2009

chenta.tua~

Ya Allah,
berilah kesembuhan kepada atuk..
kurangkanlah penderitaan rasa sakitnya..
dan jika sudah tiba waktu Kau menjemputnya..
kami redha..
tapi jemputlah atuk dengan kasih sayangMu..
amin..



atuk semakin tenat. sudah tidak boleh berjalan. butir bicara pun dah tak boleh difahami. atuk berkeras tak mahu pergi ke hospital. katanya, tak mahu ditebuk2 dicucuk2 dibelah2. katanya, mahu 'pergi' dengan sempurna. melihat keadaan atuk, kami cuba untuk mempersiapkan diri menerima ketentuanNya. atuk dah berpesan untuk disemadikan di sebelah pusara ayah. ayah anak sulung lelaki dalam keluarga. merangkap anak emas atuk.

antara tanda-tanda akhir kematian adalah lidah akan semakin memendek dan kedalam. teringat dahulu, 2 hari sebelum pemergian ayah, arwah ayah sempat memberitahu bonda yang ayah terasa lidahnya memendek. waktu tu, kami tak terfikir apa2 pun. ya. tak terfikir sebab ayah kelihatannya sihat. seperti tiada apa2 yang perlu dirisaukan. tiada jelas tanda2 sebelum kematian...


“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

“TANDA 3 HARI”

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“TANDA 1 HARI”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”

ya. tiada sebarang tanda yang ditunjukkan ayah disaat akhir hayatnya. tapi syukur alhamdulillah, ayah pergi dengan hampir 10 kali lafaz kalimah syahadah yang dengan lancar dilafazkan. alhamdulillah. daku benar2 bersyukur padaMu. semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amin..

dan tatkala melawat atok sebentar tadi, milla perhatikan segenap inci wajah dan tubuh atok dan rintihan suara atok. ya. milla takut. sangat takut.

'memahami dan mengenali erti sebuah kehilangan itu bukan sesuatu yang mudah'

tak ramai yang sanggup menjaga orang tua ketika sakit. kerenahnya banyak dan akan sampai suatu tahap yang kita memang sangat terasa dan makan hati. tapi, demi kasih dan sayang, curahkanlah segala perhatian kepada mereka selagi kita termampu dan terdaya. kerana tanpa mereka, kita tak akan dan tak mungkin wujud di bumi ini seperti sekarang, seadanya kita.


Saturday, October 10, 2009

belly.belly~

happy2 saturday :)

life doesnt have to be all da lovey-dovey-cintan-cintun senantiasa kan. bowring!! thanks u'ol.. i pomish ya not to emo-putus-fius memikirkan manusia plastik itu lagi. baik bunguks punya olang!


[yang tersurat]


situasi 1 : OTK?!! (sila baca Oh Tuhan Ku). u pregnant ke? bila kawin ni?

situasi 2: eh, u sekarang dah macam tong drum dah i tengok. sila diet lah. gemuk dah.

[yang tersirat]

situasi 1: 'ngekkk punya orang. aku tak kahwin pon lagi. aku sedar aku gemuk. tak yah lah tanya aku pregnant ke ape'

situasi 2: 'memang lah aku gemuk ngekkk! aku bawak baby dalam perot ni haaaaa'


pesan chegu:
  • yang tersurat tu maksudnya apa yang kita nampak.
  • yang tersirat tu maksudnya apa yang kita tak nampak.
haaaa... ada idea tak macamana nak bezakan orang itu bellynya buncit sebab kena buatan orang mengandung ke sebab bellynya betul2 buncit? okey. milla pernah melaluinya. ini kisah benar. time tu naik komuter pergi sunway. pergi dengan my anak2 buah teknokrat dinner kolej. selaku ketua pengarah, mereka memanggil milla dengan gelaran bunda. (terasa sgt makcik2 ye). ok. back to cerita. time tu pakai baju kembang2 sikit ala2 baju belly-dancer style2 maternity. then masuk je komuter ada lah 1 seat kosong. kami ber-19 orang. meriah tak meriah la kan komuter tu. nak dijadikan cerita, salah sorang cakap 'eh, bagi laluan kat wanita mengandung ni' (sambil memegang tangan milla dan memimpin ke seat kosong itu). OTK!?. punyalah banyak jugak mata memerhati. usya2 my kempis belly ni. mesti dalam hati diorang duk kata 'masuk komuter huha-huha dengan 18org kanak2 riang, tapi sorang ni mak budak rupanya'. dan budak2 yang sewel 18org ni pun duk panggil2 'bunda.. bunda itu.. bunda ini'.. haha.. malu memang malu okeh. tapi who cares? yang penting milla dapat duduk dari stesen subang sampailah ke kl central. hahahahahahaha (gelak setan besar)

kalau orang tu mengandung, mestilah perut dia bulat2 tergayut2 kan.. obviously nampak tergayut2 tu. tapi tu kalau dah 5bulan++ lah kan. kalau baru 2-3-4 bulan,, berkemungkinan jugak orang cakap bun-bun-cit kan.. hmmmmm.. silalah pandai membezakan ye. nanti dalam pengangkutan awam senang nak tunjuk baik bagi duduk kat wanita mengandung.. heeeeeeee :)

ini lah baju yg mentransformkan diri menjadi 'bunda si wanita mengandung'.
SAYA SINGLE DAN MASIH BELUM BERKAHWIN OKEH.
sila percaya. ini betul. sumpah.

hOOoooo... comel kan belly-belly-ada-baby ni? awwwww *teruja!*


thanx 4 da award ya inchik eful emcem.. selamat century follower..i loike!

p/s: silalah inchik eful belanja saya mcD :)


Friday, October 9, 2009

down~

ok. air mata sedang mengalir di dataran pipi. kenapa malam ni mila tewas? haiyok3.. amaran awal: ini entri keracunan perasaan :(

kepada kamu,
terima kasih kerana dah sedarkan saya.
selama ni kamu plastik. saya bodoh. buta.
dah jelas terbukti perkenalan ni hanya atas dasar mempergunakan dan dipergunakan.
dasar materialistik!!!
ok. fine. sekarang kamu dah dapat apa yang kamu mahukan kan?
kamu tak ikhlas pun atas perkenalan ni.
ok. fine. saya ikhlas membenci kamu.
i just cant hate u dear, but i LOATHE u!

ye. silalah kamu ketawa guling2 sambil jerit 'milla bodoh.. yeyeay.. milla bodoh'

AYAH.. angah need ayah badly.. kalau ayah ada lagi kan, mesti angah tak perlu dan tak akan kenal 'manusia' tu ayah.. kalau ayah ada lagi kan, takdelah angah kena tipu macamni.. kalau ayah ada lagi kan, takdelah angah bersusah payah kena belajar benda yang angah tak pernah buat pun sebelum ni.. kalau dan kalau.. tapikan ayah.. ayah dah tak ada dah.. ayah dah tinggalkan angah.. ayah pernah cakap dulu, 'azmila anak ayah kuat, tak boleh menangis'.. angah ingat itu.. tapi ayah, i'v been goin through such a hard life without u ayah.. kalaulah ayah tahu..

it's like the air bein sucked out of me..
i cant even xplain it anymore..
i thought i got over it.. but thru-out time..
i guess i couldn't stop thinking of u ayah..
angah rindu ayah..

angah miss your morning wishes
angah miss your bye2 kisses
angah miss your nyanyian 'alahai anak ayah'
angah miss when ayah panggil angah: 'sayang ayah'
angah miss when ayah geletek angah yg kuat melatah ni
angah miss nak potong kuku kaki & tgn ayah
angah miss every single thing about u ayah..sangat2..

angah tau, dosa angah nangis macam ni. merintih macam ni. tapi angah tak dapat tahan. ok. angah ambil wuduk. yasin untuk ayah. semoga ayah tenang di sana..

even hanya 20 tahun dapat bersama ayah, dunia angah sangat indah.. terima kasih ayah..

Hj Azman Hj Burhanudin
(28jun1961-03dis2008)

al-fatihah


Thursday, October 8, 2009

patah.kaki~


haiyok3... it's been a week sudah sejak domemon si CRV masuk hospital.. before puasa lagi dah undergo minor operation kat perut domemon.. macam2 khazanah kat perut domemon kena buang dan ganti baru.. now ni, domemon sakit lagi.. kali ni benda alah nama gasket kat perut domemon terbakar. so domemon kena undergo operation lagi buat overhaul.. kesian domemon.. perutnya sekali lagi dicabuli..

cause : domemon masuk hospital
result : penjaganya dah 3 hari ponteng kuliah, 3 hari tak keluar makan (makan beskut tiger cicah milo je), dah parkinson kebuhsanan dan dah mati kuman dah ni!!



persoalan: mungkinkah domemon dari kerabat honda ini akan dilupakan untuk kerabat yamaha pula? domemon,, sila jangan kecik hati kalau chentaku padamu berpaling arah... taraaaaaaa~

lets rawks! heeee~ gaya 10 markah ye =)



p/s: memang sedap bawak kereta, tapi kalau dah rosak apa bagai tu, menangis nak membayarnye! adoyaiiiiiiii!


Wednesday, October 7, 2009

jilat.sedap~

BBQ yummy2..

.sgt mudah. xperlu leceh2. dan yang paling utama: sgt nikmat. sgt sedap.



:resepinya:

-BAHAN2-
  • daging yg dislice2 (milla suka kambeng) --> boleh beli kat tesco.. dah siap slice2 dah..
  • blackpepper sauce
  • coke/pepsi

-CARA2-
basuh daging itu
letak dalam bekas
tuangkan blackpepper sauce itu
gaul sebati
tuangkan coke/pepsi hingga semua daging terendam
peram dlm 8jam
(milla pnah wat 2jam je.. tu pun dah rasa dah)


BBQ itu nikmat.
tapi nak mengipas tu yg hilang nikmat.
nasiblah ada si adik yg sudi dibuli =)


p/s: lepas makan benda bakar2, kna makan timun. org cakap utk neutralkan bakar2 tu. ek?