Saturday, January 30, 2010

ketidaketahuan.lah~

3.35 am.

dum. kedum. kedumdum. bunyik membingit mensesakkan koklea. suasana kelam. disebabkan tidak mampu lagi mentaip dengan hanya mempandang skrin, jadinya mata hampir 3 inci sahaja dari papan kekunci ini. melihat bersumberkan cahaya dari muka skrin.

sekumpulan manusia sedang mencarut, bergelak, memaki, berketawa dengan galaknya. masing2 memfokus pada objek bergerak2 tangkas pada skrin. hujug jari pula mencumbui butang2 papan kekunci dengan rakus. muka jelas terpamer ketakzuban. masing2 seperti di alam sendiri. heh. jiwa kacau!

entah. ketidaketahuan melihat mereka menterujai CS. ada yang berSDO. ada juga yang sedang melayan tube2 kamu & merah. mungkin.

heh. lama rasanya tidak duduk di cc. dan malam ini, milla menginap di cc inchik abang ipar ohh.. haaa.. sila, kamu-kamu-dan-kamu, mainlah dengan kepuasan maksimum. FOC saja.. membuntangkan mata, mempekakkan telinga. bukankah ianya aktiviti yang bermanfaat?



ps- selamat berhujung minggu anda2.. hujung minggu milla berpengisian tentang kahwin2.. haha.. goin for kursus kahwin sabtu&ahad ini. sungguh menggeletis bukan??? oh, sy masih single.. huuu *motif sgt*

Friday, January 29, 2010

the.perut.story~

the perut story part 1..


I am constantly tidak melapar for the past few days. I dont know why,, very rare of this to happen (merujuk kepada objek berlapis disebalik baju ni yang dah sekian lama berjaya diternak). why oh why ehhh~



-ini bualan antara rumet dan saya-

..rumet dah makan?
..erk. baru teringat yang tak sumbat apa2 pun lg dalam mulut ni ha..
..bila last rumet makan?
..dengan along, pukul 10++ mlm kelmarin
..*mengira2* dah 36jam berlalu kot! *dgn muka kagum*
..hahaha.. hebat tak kita rumet?
..ni bukan hebat. tapi PELIK ok!

(nota : sepanjang 3 tahun menjadi roomate, we used to guna kata ganti nama diri as 'rumet' instead of our name)

*********

heh! ketakzuban terhadap makanan adalah pada paras yang merundum dan mendatar. hilang nikmat ohh. bila dikaji2, telah berjaya melahirkan 1 dapatan dan konklusi..

bunda : klau angah demam, tekaknya nak mkan mcam2 memang cam 2 dri kecik lgi...
bunda lagi : k.... siap sedia utk melapiskan benda yg dh melapis tu....



jadi, makna katanya, sekarang kondisi tubuh milla berada dlm keadaan tersangat sihat lah ye. dan sebab itu ohh tak rasa nak makan.
tak melantak + pegi jogging hari2 tapi jisim badan tiada menturun jugak! sapa boleh jawab??? heh~!




the perut story part 2..


lelaki di dapur *ohhhhhhh, daku kecairan*
people dulu2 berkata,, guy and kitchen is insignificant with each other.
tapi sekarang, ia sudah tidak relevan lagi ohh.
kerana tgn kasar lelaki dan telinga kuali adalah sudah relevan antara satu sama lain. (merujuk kepada pemerhatian terhadap insan2 lelaki yang dikenali)


chef John
Apartment Puncak Arabella
Bloggers Trip- Cameron (14-15nov2009)
menu : grilled steak& chicken with celup2 sedap + spageti bolognaise

Happy Birthday bro John.. meowwww :)





p/s: ohhh.. nak mandi pantai!



Wednesday, January 27, 2010

kesayangan.hati~

terjenguk ke blog cik momma Copot dan terjumpakan kontes ini :)


(kelik si comel untuk info kontes ini)

here goes the picture of kesayangan hati hamba..

si tonggek bermini-skirt ini namanya Chibi2..
sungguh berbody sihat, berbulu lebat.. lihat saja pd makanannya ohh.. alfalfa herbs untuk kesehatan, bendaalah bulat2 yang yummylicious, biji2 vitamin, dan air bernutrien.. haaa.. manalah tak debab malah membesar sebagai johan :)

heh. itu kesah dak Chibi.chibi.
dan ini Nameless Baby.
pergi tanpa sempat membuka mata.
pergi tanpa sempat mempanjangkan telinga.
Nameless Baby, momma miss u!
even hanya 96jam kita bersama,
kamu tetap comel di hati momma :)



p/s: umi & walid Joni, mummy dak utih, sila join ;)
p/s/s: hadiah kontes ni adlh 75% diskaun for Pizza,KFC,Rasamas,Ayamas. sapo nak bg? ;p



Tuesday, January 26, 2010

ayah.ku.sayang~

ini gambar saya dan ayah saya..

SAYA SAYANG AYAH SAYA KERANA ayah saya adalah superhero di hati saya. ayah saya seorang yang sangat penyayang dan romantik dan ayah menzahirkan keromantikannya dengan perbuatan dan kata-kata. kadangkala saya akan berasa teramat cemburu terhadap bunda saya apabila melihat keromantisan ayah dan bunda saya. saya kerap mempasang angan-angan untuk mencari sang bakal suami sebijik seperti ayah saya. namun, belum saya ketemui juga.

ayah saya seorang yang soft-spoken, sporting, sporty, suka bergurau, dan kami empat beradik dibesarkan dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang tanpa pernah sekalipun dengan kekerasan. ohh... saya rindukan morning call & morning msg dari ayah, saya rindukan perbualan telefon dengan ayah yang pasti di akhir perbualan, ayah akan cakap : 'take care sayang'.. dan yang paling pasti, saya rindukan ciuman ayah di pipi kanan, pipi kiri, dan dahi saya setiap kali saya pulang ke rumah.

saya tak mampu untuk menulis panjang. cukuplah di entri-entri ini saya beremosi dengan maha dasyatnya.




dan kini, walau apa pun terjadi, saya terpaksa menjadi kuat atau berlakon menjadi kuat kerana semua orang cakap, ayah saya akan sedih kalau saya kerap mentangisi pemergiannya. tapi.. saya kerap tewas. sebab saya belum cukup kuat barangkali.

dulu saya boleh bermanja2 dengan ayah.
sekarang saya bermanja seorang diri.


dulu, bila saya perlukan ayah, call dan sms menjadi penghubung kami
tapi skrg, saya tak boleh berbual dgn ayah lagi. tapi saya boleh gembirakan ayah dengan hadiah-hadiah yang priceless, berupa Yasin dan Al-fatihah setiap hari.

ayah dan bunda teramat gembira ketika ini. along apatah lagi. potret graduasi along lengkap gambar sekeluarga dengan tambahan sang bakal suami along.

nanti graduasi saya? hmmmm... saya akan mempastikan saya mempakai eye-liner yang kalis air. kalau tidak, hitam sememehlah pipi saya kalau empangan air mata saya pecah nanti...

nenek dan atok hidup bersama sampai ke tua.
bunda pula, hanya dapat membelai membersihkan pusara ayah saya sahaja.
tapi saya tahu, bunda saya kuat. jadi saya kena kuat-kuat juga.


SAYA SANGAT SAYANG AYAH SAYA kerana,
ayah saya tiada gantinya dan kerananya jugalah saya menjadi saya :)


HJ AZMAN HJ BURHANUDIN
(28Julai1961-03Disember2008)




telah dpt jemputan kontes dari Cik Bard yang bakal jadi milik Enche' Abang tahun ni.. jemputan majlis bila nak bg cik Bard? heeeee ;p

setelah melihat gambar si anak di pusara,, sexy daddy,, kesah syahdu-pilu seorang jejaka (bro, 1st entri lu yg bikin wa sedeh ok),, milla pon tergerak untuk join ini kontes juga for you Cik Badariah Baharin :)

pesanan ikhlas:: kepada anda2 yang masih punya kedua orang tua, hargailah mereka sepenuhnya. kerana perasaan sebuah kehilangan itu tidak dapat ditafsirkan dengan kata2. sekian.

Sunday, January 24, 2010

ketakbersamaan~

current keadaan : muka itam, badan sengal2, tapi jerawat dah kecut :)

dah 1 sem meninggalkan terus sebarang aktiviti berorganisasi selepas dah all out seout-outnya suatu ketika dahulu.. (indah sungguh memori itu)

dan tadi.. milla telah menjoinkan diri untuk satu projek mengumpul dana bagi 1 program amal, Perkhemahan Kanak2 Lain Upaya Peringkat Negeri (sekarang dah tak sebut kurang upaya). kami2 menerawang ke rumah2 disekitar kajang&bangi untuk mengkutip barangan2 yang boleh dikitar semula dan seterusnya hantar ke pusat kitar semula. haihhhh, terasa sungguh taksub terhadap tong2 sampah, teruja untuk mengketuk2 rumah meminta sampah2. boleh? *sila kagum* :)

harga terkini:

Plastik : MYR 0.40 sekilo
Kertas : MYR 0.30 sekilo
Besi : MYR 0.80 sekilo
Tin Air : MYR 3.40 sekilo
Kaca : reject. tak laku.

hmm..no wonder ramai yang mengkutip tin2 air kan.. berharga ohh.. dan tadi,, kami2 dapat mengkumpul MYR 300+-. Syukur. Berbaloi dengan kekuatan ahli yang tak seberapa ni :)


.:: KETAKBERSAMAAN ::.

acapkali kita mendengar tentang kebersamaan. kita memilih sesuatu mahupun seseorang untuk melengkapi hidup kita berdasarkan kebersamaan. kita memilih kawan yang sama cantik, sama pandai, sama rock, sama kecoh, sama2 kuat makan. juga kita jadikan kriteria kebersamaan dlm darjat dan pangkat untuk mencari pasangan. terkadang kita lupa. ketakbersamaan lebih memberi makna untuk dicari, digapai dan ditelusi. dalam ketakbersamaan, kita saling melengkapi. dalam ketakbersamaan, kita saling bergantungan. melengkapi dan kebergantungan itu akan membuatkan lebih banyak hati tertaup, lebih banyak jiwa bersentuhan, lebih banyak keperasaanan dicurahkan, walau lebih banyak kewaswasan juga akan terbit :)


peristiwa tadi. pergi tanpa mengenali sesiapa.


tapi selepas beberapa saat sahaja (ceh, hiperbola sungguh), segalanya indah2 juga :)





p/s: sakitrumah :(

p/s lagi : khusyuk membaca kumen2 atas keterlanjuran-kemulutpuakaan-insan. haihh la nasib...
(baca sini)
pensebab kepada itu. (baca sini)

Saturday, January 23, 2010

kechentaan.hati~

Happy Birthday bunda Jamaliah Abd Manan


bunda yang bertabah,
bunda yang penuh dengan kasih dan sayang,
bunda yang sabar melayan kegonjengan anaknda2nya,
bunda yang teramat sporting,
bunda yang kuat,
bunda yang menjadi kechentaan hati kami....


WE love U sungguh2 bunda !




p/s: bunda,, sila komen slps membaca ini.. heee =)

Friday, January 22, 2010

kepingin~

.



"aku teringin.."
"eh, sabar. tahan.
takpe, ada
masa nanti kau dapatlah.."

"tak mampu! tak tertahan!
tak boleh tidak!
keinginan itu membuat aku lemas!"

"dek indeks kemahuan yg melonjak ghairah,
kau nyahkan saja segala pertimbangan? segala kewarasan?"

"*mengeluh*"


:: itu bicara sang hati ::

hmmm.. kamu2.. pernah tak rasa teriiiingiiiinnnnn sangat kat sesuatu? lemas kan? buat semua benda tak betul. tak molek. tak sedap.... kemudian hilang punca. hilang waras. dan saat tu lah jugak, tiba-tiba rasa kudrat subur menderas kan? semua halangan sanggup diredah utk dapat apa yang dihajatkan.. heh!

kenapalah wujud karok, shoping complex with sale bagai2, highway terbentang luas untuk speedo, restoran2 yang menambahkan lagi objek berlapis ni haaa, shisha yg nikmat, mamat2 botak yang sedap, tapi wujud juga poket yang mentipis.. haihhhhh.. kenapa? senak den menahan oiiiiiiiiii!!!

dan tadi, terlihat ini di facebook aunty.. damnnnn!
tiba2 rasa teringin nak termengandung! hahahahahahhaha.. bolehhhhhhhhhhhhh????????????? gilakkk ini azmila.. hak tuihhhh!

4D pic of 25 weeks nameless babyboy :)
perasaan terharu menselinap meresap2 dlm jiwa ohh!
*indahnya ciptaanMu*

nameless baby dearie, angah milla welcoming you to the family. may you have a safe journey ahead... lepas ni boleh join wrestling dgn bb Qaisy Ryan, Fida'yi Tasnim & Jazrey Hafiy. boleh nanti ganti group Arctic Monkeys.. weeee~



p/s: nama baby skrg ni meletopz. haihhh.. nanti nak letak nama baby Jonet lah. Meon pon boleh. or mungkin Boye. boleh panggil Boy. hahahaha ;p

Wednesday, January 20, 2010

topeng~

hai2 anda2.. how's ur day? mine? tidak sebagus anda barangkali. pagi tadi sahaja telah diajukan 1 soalan yg sama di 2 tempat berbeza.. here goes the soalan cepu-cemas itu : 'maaf, CIK ke PUAN?' ok.. DOWN seketika.. am i memang look like mak-mak eh? hooo.. positive2!!! -matured itu bagus- hahaha ;p

***********

'when you wear a mask for so long, u will forgot what lies beneath it'
......V for Vendetta


untuk final sem ni, milla ambil subjek Pengurusan Emosi utk pilihan bebas. 3jam kredit. kecelaruan perasaan kerap hadir dan ianya kadang-kadang uncontrolable ohh.. dan tentunya dapatan dari kuliah ni memang lah sangat2 relevan dan bermanfaat utk kehidupan seharian seorang milla ni haa..

topik perbincangan kuliah semalam dan sebentar tadi berkisar tentang Personaliti & Emosi.. Personaliti berasal dari perkataan Latin, 'Persona' yang membawa maksud Topeng. makna katanya di sini, setiap dari kita lahir dengan memakai topeng yang melahirkan personaliti dan membentuk identiti kita sendiri.

ohhh.. adakah mungkin penggunaan topeng ini menggambarkan kita sebagai seorang yang takut untuk berhadapan dengan realiti? takut untuk menunjukkan the true colours compang-camping diri kita? atau mungkn kecelaruan personaliti melanda?

YA. kita boleh mensarung topeng gembira tersenyum walau dalam hati ni dah berkulat bernanah dengan kesengsaraan dan kepedihan. YA. kita juga mungkin memakai topeng bertabah walau jauh di dalam diri, kita ini sungguh longlai, layu, lemah. YA. kita juga boleh tak sengaja 'tersarung' topeng dan seterusnya menjadikan diri kita begitu sempurna di mata orang lain walaupun atas dasar kehipokritan-macam-bagus.. dan YA, kita boleh juga menempah topeng yang akan membuatkan orang gerun dan takut kepada kita bak kata pepatah pujangga, Muka Cromok, Jiwa Tomok.. haha ;)

walau pada pandangan orang lain, kita bagus, kitalah sang dewa berkepak putih yang membawa sinar damai ke serata alam, TAPI, pasti, akan ada sekelumit perasaan tidak sedap akan menular dek kerana hidup bertopeng yang penuh kepura-puraan ini. sampai terkadang, kita jadi lupa, siapakah kita yang sebenar tanpa topeng yang selama ini mentutup ketidakbagusan yang ada pada diri.

YA. bertopeng itu PERLU dalam beberapa situasi. Agama yang murni juga mengajar kita untuk tidak membuka aib orang lain dan juga membuka pekung di dada. selagimana kita bertopeng untuk kesejahteraan dan keharmonian, ianya pasti akan indah2 sahaja.


***********


Evey Hammond: Who...who are you?


V: Who? Who is but the form following the function of what. And what I am, is a man in a mask.

Evey Hammond: I can see that.

V: Of course you can. I'm not questioning your powers of observation, I'm merely remarking on the paradox of asking a masked man who he is.

....quotes from movie V for Vendetta





p/s: sdg membaca buku tulisan Dato' Dr Fadzilah Kamsah, 'Psikologi Cinta'.. dan ini dilakukan demi tuntutan menyiapkan presentation bertajuk 'Emosi Cinta'.. wahhhhh ;) menselami buku ini untuk mengingat kembali apa itu cinta. lupa sudah. hahaha.. ;)

Tuesday, January 19, 2010

Tuah manusia terletak pd huruf 'T'~

14-17 januari 2010.. Johor Bahru terchenta..

pergi ke sana atas urusan keluarga. 1st time dlm hidup, masuk bilik bicara kat mahkamah. atmosfera yang sungguh senyap sunyi tiada nyawa. hambar lagi tawar. kaku menselubungi juga. kesimpulan: mahkamah bukanlah tempat yang sesuai untuk perkembangan minda.. ;)



***********************


I'M SooOOOoooooOOo LUCKY!!


I have an amazing-lovey-dovey family,, love what I do and love people so much in general, see life as not only half full but as FULL! I want to thank everyone and everything …I am so lucky!


'hidup ini akan jadi lebih indah bila semua orang menyayangi diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan-Nya... walau rintangan hidup penuh liku,, penuh duka,, tetapi kehidupan ini akan indah bila ia dinikmati sepenuhnya'


ENJOY YOUR PROBLEM =)


***********************

Grand Paragon Hotel, JB
room 1616, floor 16, carpark 1/16 ;)

*bermakna sungguh our family outing kali ini,, diselubungi lucky number 16,, which is number feveret arwah ayah.. why 1616 eh? sejarah susur galur asal usul wujudnya nombor ni tak sempat dibongkar dari ayah.. hmmm~~




p/s: tuah ayam nampak pada kakinya. tuah manusia? tentu lah terletak pada huruf 'T'... cuba eja tuah.. taa..wauu..alif..haa.. cuba buang 'taa' gantikan dgn 'baa'.. jadinya tentu buah.. so takde lah tuahnya kalau jadi buah.. haha.. teringat cherita P.Ramlee.. Nujum Pak Belalang punya scene kan? ;)

Thursday, January 14, 2010

mensampah~

quick update in kecelaruan perasaan mode



...kau hujankan penghinaan
aku renjis kesabaran...

aku diam
bukan kerana mengalah
jauh sekali bersalah
penat
ya. mual berbenih
hati mendidih


*sigh*



Baby Qaisy Rayna Yusri.. an hour after bb born..
welcome to the family, bb..



p/s:: happy birthday to my rumet yg hot&spicy..
p/s/s:: going to johor bahru this evening. bangi- jb (14-16jan)



Tuesday, January 12, 2010

alahai.omak.kawenkan.aku!


BORANG KURSUS PRA PERKAHWINAN.. what daaaa?

oh my.. oh my.. *tarik nafas dalam2*.. hmm,, seperti yang tertulis diatas, YA, milla telah mengisi dan bakal mensubmit borang ini besok bersama terbangnya rm80 *gelak*

semuanya berlaku sekelip mata ohh.. my sepupu, kak zura, baru selesai kursus kahwin ni minggu lepas. so, penceramah tu ada lah inform yang bahawasanya:: mulai februari 2010, kursus pra perkahwinan akan berubah modul.. 3hari 2mlm, plus lebih penambahan kerohanian (kiamullail, tajwid test, test+++, etc, etc)..

kesahihannya, tak diketahui. tapi, tadi mintak borang kat Pejabat Agama Langat, dan suprisingly, untuk minggu ni& minggu depan dah habis. tinggal 30&31jan shj.. mungkinkah ramai yang dah tau pasal ni ekk?

hmm.. ikutkan memanglah lebih afdhal dan lebih bermakna jika lebih mendalam penghayatannya kan.. but then,, buat orang2 yang agak sukar untuk mencuri masa sebab terikat dgn banyak komitmen tugas dll, ianya agak merumitkan ohh..

bermotifkan : 'jomlah pergi sama2, senang, meriah sikit', dengan kepaksaan rela hatinya ku pergi juga bersama2 mereka,,

cik akak along + bakal suami
cik akak alin + bakal suami
cik keyra ( dah ada boyfren)
cik mimi (dah ada boyfren )
cik millie (dah ada boyfren jugaa )
cik milla ( masih sendiri tapi happy2 jugaaa)
*senyum lebar*

ayat sedapkan hati : takpe,,sijil kursus ni laku seumur hidup..tak pe ohh ;)
ayat sedapkan hati lagi : takpe,, nanti pegi lagi teman enchik bakal suami.. haha.. weng2 sudah! podahhhcit! ;p




gambar diambil pada mac 2009.


kepada kamu-yang-suatu-ketika-dulu-pernah-dihati,, (mungkin kamu membaca ini)..


terima kasih di atas segalanya ohh.. sedari umur 5 tahun kita kenal each other.. chenta zaman pakai kain kembang ropol2, sampailah ke zaman nenek-pon-pakai-iPod ni haa.. kita kenal sebagai sahabat, kemudian terjebak ke dunia-indah-tamanbunga-dalam-hati, kemudian kita terpaksa menerima bahawa kimia kita tak cukup kuat walaupun telah menchoba, dan kini, kita kembali sebagai sahabat jua,, harapnya sampai bila-bila..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN inchik pengganas serbia yang pernah merompak hati ini suatu ketika dahulu. god bless, insyaAllah ;)



p/s: ohh, terasa sungguh wanita2.. dah mula memakai pencuci muka& cream muka.. haha.. *teruja*



Saturday, January 9, 2010

picit.mengerang.sedap~

...bunda mentalipon ~



bunda: baca kat blog angah, angah derma darah ek? hahhh.. benda yang takboleh la dia nak buat. nanti ngadu lagi sakit situ sini.

milla: takpe, angah dah telan ubat besi banyak2. darah banyak.. bruuupp.. brupppp.. bruuupp..

bunda: tu bruppp.. bruppp.. tu kenapa?

milla: angin.. tgh urut. sedap. sakit. tapi lazat.

bunda: macam2 lah.. ok. nanti bunda komen blog. bye2.

milla: brupp.. bruppp..





urutan refleksologi kaki. wahhh! geli geleman nokk! 3 in 1.. geli, sedap, sakit. dgn tangan akak pengurut yang montok,, lagilah bertambah lazat. awak suka tahan kencing ye? tanya akak tersebut.. wah! sumpah terkejut! erkkk -_- betul. sangat2. dari kaki je terbochor segalanya ohh.. i maluuulah u tilik i akak montok! heeee~

tahan kencing. ya. ketakcintaan terhadap toilet adalah sangat tinggi. milla tak akan pergi toilet selain di tempat kediaman sendiri. masuk toilet untuk shi2 setiap kali waktu mandi sahaja ohh.. kalau mandi sehari sekali, makna katanya sekali sehari jugaklah shi2.. haiyokk.. macamana nak latih diri utk suka shi2? minum mmg banyaaak juga.. batapa bagus punya empangan,, tanpa kebocoran.. haha ;)

erk.. agaknya ni salah satu punca objek berlapis bawah baju tu tak surut2 juga malah kekembangan berlaku dengan jayanya.. haihhh.. down! agak2 kalau buat bekam, keluar tak air2 sekali instead of darah2 kotor? hehehe~



p/s:: i'll definitely say no to drinking water.. silalah meminum mineral water.. alaa,, tambah berapa sen lah sangat kan..

p/s/s:: siapa nak temankan milla tgk JU ON? keutamaan kepada yg gagah perkasa.. hehe ;p



may you have a great weekend people ;)



Friday, January 8, 2010

ohh..do call me peghak~

Dengan suka-terujanya, perkara di atas dirujuk.

1. Tujuan saya mentulis ini adalah untuk melahirkan rasa kepeghakan, kejakunan dan kecangokan teramat bilamana telah mempegang selambak duit (MYR tulen) dan telah membau harumannya (erk, milla suka bau duit yg baru cucuk dari bank.. harumm semerbak + panas2.. lazat.. ;p ). Lantas lensa kamera dihala untuk merakamkan momen dikala kepeghakan itu melanda.


2. Dan lagi, terus berlegar2 di minda apakah yang sewajarnya di lakukan terhadap selambakan duit tersebut supaya ia boleh habis kurang 24jam? yang pertamanya, pasti ada huluran buat bunda (erk, 1% pun dah banyak kan bunda..? hehe). kemudian, haruslah mahu ke London Weight Management untuk mensedut2 babad dan kemudiannya mengkurus. hahaha.. dan selepas itu, haruslah bershopingan untuk penyesuaian diri yang telah mengkurus itu! oh my gusi, oh my saprada, oh my lu ih viton, oh my teka, oh my!!!

3. Segala kerjasama untuk tidak meminta didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.



Yang benar2 tak benar,
.azmilazman.



diatas itu adalah omongan milla yg pentipu.

ini milla yg sebenar ;)
seorg yg pemurah, penderma, pebaik-hati dan segalanya yg molek.. haha ;p


07januari2010.
berjaya menderma 480mL darah jenis A
last menderma pada 07august2008.

tiada dapat menderma spnjg 2009 akibat tekanan darah rendah+anemia+berat kurang 48kg (ini tipu) hahaha.. 5 kali try sepanjang 2009. tetap tak berjaya. alhamdulillah, awal 2010, segalanya kembali normal even td BP cukup2 pass je. dan harapnya, semoga tahun 2010, milla akan senantiasa sehat dan bertenaga super duper power.. aummmm~




p/s: barangsiapa yg berjaya menteka dgn tepat nilai sebenar selambakan duit itu, akan diberi sekeping. mahu?

p/s/s: selalunya org yg mengkaya sekelip mata adalah lebih bodoh sombong berbanding dgn org yg mengkaya secara semulajadi. renung2kan ohh ;p (membunuhnya stetment)

p/s/s/s: being humble itu indah. semua orang sama. tiada beza. kain kafan nnti tetap brand yg sama.. haihhh~


kesimpulan : memberi itu lebih baik dari menerima :)





Wednesday, January 6, 2010

burger.Mbira~

gambar2 dibawah ini hasil curian dari saudara yg mentag milla diFB ohh..
sumpah teruja dan eksaited bila terpandangkan gambar2 ini..
menetes2 saliva..
memang terbaikk amat la! *tunjuk jari ibu keatas*
inchik burgerMbira yg di Kuantan itu,, sila bergembira ke Bangi plizzzzz3 ;)

klik pd gmbr utk ketidak-beliak-kan mata

Kamus Burger ::


BurgerMbira - bergembira/ bersuka/ berhappy
BurgerLak - bergelak/ berkekeh/ berketawa
BurgerTahh - bergetah/ ber-tak-lari-bodycut/ ber-baru-lepas-menoreh/ber-mantap
BurgerGorr - bergegar/ bergoyang/ ber-gelek-gerudi
BurgerTarr - bergetar/ ber-ketakutan/ ber-vibrate-an
BurgerEgg - bergerek/ ber-bagus-sehh/ ber-basikal

taraaaa~~~

i guess ini BurgerTarr ohh.. MYR 4.50 sahaja.. wahh!
*tunjuk ibu jari keatas lagik* ;)


06Januari2010 ::

Happy Birthday buat cik kakak Jard ohh.. yg ke? tetttttttt~~~
perkenalan kita di bumi cameronian begitu bermakna..
kamu tersenyum,, ku tersenyum,, kemesraan menguntum. chewah! haha ;p

p/s: cik kakak jard,, signal yg kamu tunjukkan (lentok dibahu milla spnjg ketiduran time perjalanan Cameron-KL) tiada dapat milla analisis,,terima dan hayati dgn sempurna.. anggaplah kita tiada jodoh. mungkin lain kali kita boleh berlentokkan kepala ke bahu lagi. ya, mungkin bila kita berdua telah bersedia.. hahahahaha ;p

ku tahu,, kamu berdua malu tapi mahu ;)




p/s:: lelaki botak adalah sexy dan sedap! awwwww!


Monday, January 4, 2010

karma.sutera~

hai anda2.. bagaimana hari anda2 di jam2 pertama 2010?
milla? ohhh.. hebat! family outing: tapah-taiping-ipoh. dan sekarang, telah kembali ke bumi bangi semula..

jam 1.20am..
sebelum pulang ke ukm, singgah sebentar ke semenyih untuk menchoba rasa di sebuah kedai makan disana.. 1st impression: wow! benar2 satu malaysia! walaupun hanya sebuah pondok usang, dengan meja&kerusi plastik yang sepertinya berdekad sudah, tapi pelanggan2 yang datang, sungguh mengkagumkan.. meja berselang-seli dgn apek, macha, senah, ahso, tanggeci, ahmoi, joyah dan lain2 (bukan nama sebenar).

menu: menu biasa kedai2 makan+ kfc (Kelantan Fried Chicken) + air mungga kamasutera.

kamasutera? erk.. *otak suci. geleng kepala. tak mengerti apa2 ;p*
psssst:: ada org ckp, versi buku, boleh beli kat kedai buku jln tar.. ooppsss.. tetttttt~

*apa dalam fikiran lelaki/ what is in man's mind?
*minumlah teh atau kopi Munga Kamasutera untuk menguatkan tenaga kelakian dan mencapai kepuasan yang menceriakan kehidupan anda
*nota: minuman Munga Kamasutera untuk lelaki dengan satu rasa satu khasiat dan satu nikmat (untuk 18tahun keatas)

ooppsss.. itu ayat yang dicopy bulat2 dari board itu ye! ;p



jam 2.10am..
bergerak pulang ke ukm. seorang. setelah menghantar inchik bakal abg ipar ke beranang dan cik akak ke bukit mahkota.

ya.. mungkin atas ketaksucian minda akibat perbincangan berkisarkan perkara diatas, perjalanan yang sepatutnya biasa2 sahaja, menjadi sebuah perjalanan yang adventure.

mode: bertemankan hujan lebat2 + keadaan wiper kereta yang mati segan hidup tak mahu.

terkesima melihat lembu2 yang baaaaanyaaaak diatas jalan ohh! selalunya 4-5 ekor sahaja,, kali in berpuluh3.. lebih 30 ekor mungkin. perasaan jantung tercabut yang amat! barulah menyesal,, kenapalah kau punya satria yang dah sedia kenit tu dilowered kan lagi! kan ke rasa kerdil sangat berdampingan dengan si lembu itu! haihhh!

perasaan lega menular bilamana dah berjaya melepasi rintangan lembu2 selama hampir 20minit. dan kemudian, dengan bangga dan riaknya membawa dengan kelajuan kurang bersopan. streeeeeeeettttt.. nasib lah brake mencengkam. oh tuhan! ada pokok lintas jalan.. ! *takdelah gedabak sangat, pokok comel je* but still, jantung tergelincir semula ohh!

teruskan pemanduan. selamat tiba di ukm.


moral of the story: sucikan minda sesuci sutera ;)


Saturday, January 2, 2010

gadis.pilihan.ibu~

jam menunjuk ke angka 3.04 am.
lokasi : bandar taiping
keadaan : bertemankan bunyi dengkuran2 kecil ahli keluarga di dalam bilik hotel

terdampar di bandar ini selepas terjejak ke zoo taiping dan terlajak ke bukit larut.. sebentar tadi, keluar berjalan-jalan menghirup udara malam di sini. senyap. pekan yang tiada sibuk. hati tertarik dengan bangunan-bangunan lama yang gah berdiri memutih di gelap malam..

sedang kaki melangkah dan mata meliar melihat sekeliling, pandangan tertancap pada seorang ibu yang sedang berjalan dengan anak lelakinya di deretan kedai yang dibuka di tepian tasik. telinga tertangkap ulas bicara si ibu. begini bunyinya : 'kau zam, kalau cari bini, janganlah kau dapat yang macam bergelek atas pentas tu nun. mintak selisih' (sambil menunjuk ke arah tengah pentas yang sedang dirancakkan dengan lagu goyang gegar)

secara tiba2, minda milla terlayang dan terkesankan bait-bait lagu ini..
mungkin ramai yang tiada pernah mendengar..


Gadis Pilihan Ibu- Afdlin Shauki

Ibu pernah berkata
Carilah gadis ceria
Yang kan buat kau bahagia
Hingga ke hari tua
Walau dikau tak kaya
Walau tinggal kau di gua
Walau kau tak berkereta
Denganmu tetap setia


Tapi sayangnya ibu
Bagaimana kan ku cari
Gadis pilihanmu
Yang digambarkanmu tadi

Dunia ini
Bagaikan kota besi
Konkrit menyeliputi
Ringgit yang mengaburi
Gadis seperti
Ibu yang kucintai
Mungkin bagai bintang
Yang muncul di tengah hari

Ibu berkata lagi
Jika mencari isteri
Carilah seperti ibu
Akan dilayan manjamu
Bila kau tak berdaya
Bila kau naik kepala
Bila kau tak dengar kata
Dia api yang menyinar


........lagu yang bersahaja. jujur.


p/s:: tak membawa bersama kabel cmera.. tiada dpt uplod gambar..
p/s/s:: 02jan-plan: muzeum perak+bukit merah+lata kinjang+gerbang malam
p/s/s/s:: tak perasan lesen xrenew lagi. so, mendrive dari bangi-taiping tanpa lesen ohh..