Tuesday, June 30, 2009

belon~


kalaulah kepala milla ni belon, kompem dah lama PECAH!!!

kalaulah hati milla ni belon, kompem juga PECAH!!!

..................

banyak peristiwa hitam yg telah berlaku dan akan berlaku pada minggu ini.. so,, milla terpaksa menerbangkan diri seketika ke alam belon.. will be back on sunday.. kepada teman2 bloggers,, nanti milla akan cover balik and terjah blog2 kamu ya.. rasa tak bermakna hidup ini tanpa omongan dan coretan kalian.. huuuu~~


till jari yg mulus meets keyboard again..

..adios..amigos..

..assalamualaikum..


..................

p/s:: azmila fobia tiup belon.. huuuu~


Monday, June 29, 2009

gilak.besh~

haiyok2~~ its Monday!!! weekend yg dah berlalu sgt menterujakan perasaan.. milla da jadi like orang gilak kuasa dua... huuuuu... sgt best.. 4 da 1st time join tgk drag race ..

27JUN2009 (6pm-4am)

lokasi di cyberjaya.. (jln mati after SSP punya exit).. milla mmg zero pasal motor2 race ni.. yg sempat diambil tahu,, moto yg ambil bahagian ada kategori 4-stroke & 2-stroke.. 125,, panther,, rXz,, skuter semua jadi mcm basikal.. huuu~ semua ditogelkan dan mereka sgt laju ok... trek ptndingan sejauh 300meter dan game berformat kalah mati... anggaran kelajuan setiap motor tu 200km/j ++.. bau asap jgn cakap la kan... tapi,, atleast.. ni pengalaman baru buat milla.. yiPPie! if ada blogger yg join race jgk,, do inform ya... kalu ada kelapangan,, i'll join.. huuuu...

..........

panorama yg tidak boleh dilupa::

hubungan persahabatan dan saling sokong-menyokong, back-up memback-up antara riders dan the team... sungguh indah =)

..........
lets zoomeeeyy~

*pic dibawah diambil mnggunakan enset jaa* sgt tidak memuaskan*

tak dpt nk snap sebiji moto langsung.. huuu~


gamba atas: tu panther kot (tak sure)
bawah kiri: with najib (the rider utk KKMR team)
bawah kanan: apa kes? huuu~

after tgk race,, sempat lagi meronggeng round putrajaya..
along - abg ash - milla


p/s:: mahu jadi gadis litar bulehkah? hehehehe~~


***************

28JUN2009

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-48
buat
arwah ayahanda
ALLAHYARHAM AZMAN BIN BURHANUDIN

we miss you dearly, ayah..




Friday, June 26, 2009

tercepit.terhimpit~


aduhai kamu...

sungguh besar jasamu
membuka rusukmu
membiarkan insan menerobos rakus ke dlm perutmu
kemudian kamu rela mengendong segala bebanan
dan rela memuntahkan kembali

sungguh bisar jasamu
lif oh lif....

**************

fakta tentang lif:
  • lif yang sehat (berfungsi dgn normal) tidak akan tertutup (walaupun ditekan punat close) jika ada sebarang halangan ketika ia ditutup (cthnya,, tahan guna tangan, kaki, etc, etc)
  • lif akan tertutup tetapi tidak akan bergerak (statik) jika anda tidak menekan sebarang punat ke mana-mana tingkat...
  • kebanyakan lif tidak mempunyai punat #13. mengapakah? kerana kebanyakan bangunan tidak mempunyai floor #13.. di kebanyakan negara, #13 diconsidered sebagai unlucky number. yes, due to superstition. renung2kan dan selamat beramal... =)
dimanakah #13???

malam td milla mimpi tersepit lif... scary woOOooooo!!!!!






p/s:: goin to ronggeng2 with mom n along tis weekend.. yeay!~~



Thursday, June 25, 2009

lucky~

I'M SooOOOoooooOOo LUCKY!!


I have an amazing-lovey-dovey family,, love what I do and love people so much in general, see life as not only half full but as FULL! I want to thank everyone and everything ….I am so lucky!


'hidup ini akan jadi lebih indah bila semua orang menyayangi diri sendiri dan bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan-Nya... walau rintangan hidup penuh liku,, penuh duka,, tetapi kehidupan ini akan indah bila ia dinikmati sepenuhnya'


ENJOY YOUR PROBLEM =)


***********************

.1616.
ayah's favourite number merangkap our family lucky number..




p/s:: sedang kefeningan menguplod garmin gps.. tiada hasil.. tidak berjaya :(



Tuesday, June 23, 2009

perompakan~


HELP...!!


hatiku telah diCURI...!!!

haruskah diadu pada sang doktor??
ataupun harus dilapor pada pak polisi??


alkisah- sudah mengenali si pengganas serbia ini sedari umur 4tahun.. persoalannya... bolehkah hubungan akrab seperti adek-beradek ini diteruskan lebih dari itu??? keliru!!!! tp bunda dah bagi restu... oh hati... tenanglah dan waraslah dan rasionallah... please hati.. please..



p/s:: ini entri dikala indeks kegatalan semakin meningkat..




Monday, June 22, 2009

i.lap.u.too~



tarikh : father's day
lokasi : Village View, Kajang
yg diraikan : atoknda (tok an), pak long & acik zul


********************


nama sy dhia afiqa =)



piqa : mama, tadikan, papa lalu dekat tol.. pastu papa ckp dekat akak tol 'I LOVE U'

mama : haaa? (sambil membeliakkan mata)

piqa : lepas tu akak tu cakap 'I LOVE U TOO' dekat papa

mama : haaa?? papa? (sambil memandang papa)

papa : u tahu je la budak tu suka mengarang.. (sambil tersengih)


:---end of conversation---:


budak piQa ni,, memang sangat banyak cakap... style dia cakap pulak tu macam org dewasa.. haishhh.. persekitaran membentuk perilaku dan keperibadian anak2.. (ye ker???) kalau gene mak dan ayah bnyk cakap,, kompem anak dia pun pot pet pot pet jugak kan... ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. huuuu~~

on the other side,, bunda milla pula, mempunyai masalah tak boleh duduk diam.. asyik nak berjalan je.. haaa.. skrg,, anaknda2 bunda semuanya kaki jalan,, kaki shopping.. haishhhh... jgn salahkan kami ye.. salahkan gene.. muahahahahaha =p

TAPI

now ni, kat kampus, milla banyak terperasankan rakan2 yg cultureshock.. bukan nak mengutuk,, tapi nak mengata.. kebanyakannya dari keluarga yg mengongkong.. obviously perasan sgt 'keluarbiasaan perangai dan kecelaruan perangai' mereka.. tak mahu komen banyak... tepuk dada, tanya hati, buka minda, tetapkan jiwa...



kesimpulan : silalah mendidik anak anda dgn berhemah.. =)



p/s:: mahu kawen! mahu baby banyak2! heeee (gatal seketika)


Sunday, June 21, 2009

letter to heaven (2)~

ayah,,

sepertinya baru semalam
angah rasakan hangat pelukan ayah
ciuman kasih ayah dipipi dan dahi angah
ayah katakan ayah sayang angah
dan angah balas dgn ucapan yang sama

angah syg ayah.. happy father's day ayah..

tapi itu kisah setahun lalu
kenangan yang sudah tersimpan kemas dlm pita ingatan angah..

namun di saat ini
pita rakaman itu bagai dimainkan semula
tanpa ada sebarang babak yang tertinggal
segalanya indah
teramat indah

angah syg ayah.. happy father's day ayah..


we love u ayah

ayah,,

walau hanya 20tahun dapat bersama ayah
angah tetap bersyukur
kerana ia adalah memori terindah dlm hidup angah... alhamdulillah..


al-Fatihah buat ayahnda Azman Burhanudin



your daughter,

azmila azman



Saturday, June 20, 2009

hisap=mati~

.:: ini scheduled post ::.

video


di saat dan waktu ini,, hati milla memberontak dgn maha dahsyat amatnya....! BENCI PEROKOK!! baru2 ni, ibu kpada seorg kenalan milla didiagnosed dapat kanser paru2! semuanya disebabkan si ayah yang kaki rokok. TEGAR. tuhan kurniakan akal yg sempurna... tolonglah fikir dgn waras... kalau nak mati cpat.. mati sorang2... tak perlu nak merisikokan orang lain ok..

mungkin milla terlampau emo...

yup...

tapi.. manakan mungkin seorang anak yg kehilangan ayahndanya boleh menerima hakikat ini dgn mudah... ok.. milla terima semua ni sebagai takdir.. takdir Allah yg Maha Esa lagi Maha Mengetahui...

Ayahnda milla meninggal dunia disebabkan kanser paru2... walhal seumur hidup ayah,, tak pernah sekalipun menyentuh rokok durjana itu.... doc cakap 2nd smoker lagi berisiko dari smoker.. yupp.. milla tak mampu nak menulis lagi... cukuplah hanya beremo di entri ini..

maaf jika penulisan entri kali ini agak kasar.. tapi fahamilah,, jiwa ini tersayat2 dan dendam ini tak mungkin dgn mudah dapat dilenyapkan. maaf. maaf. dan maaf.

21.06.09... Father's Day pertama yg kami 4 beradik akan lalui tanpa kehadiran seorang ayah..

ayah... angah miss u dearly... terribly....







......tak mampu lagi mengarang.......


pic ini dah lama milla edit dan peram...
model= cik winnie







Friday, June 19, 2009

follow.the.rule~

ahaaaa... merujuk kepada pic diatas,, itu adalah sekumpulan lembu yang sedang melintas jalan raya.. arakian,, keterujaan perasaan melanda milla yang sedang memandu kereta.. ini kerana,, sekumpulan lembu tersebut melintas di tempat yang memang dikhaskan untuk mereka melintas... *tepuk tangan*

sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada lembu2 tersebut...

i juz wondering mcmana lembu2 ni boleh melintas kat sini tanpa dipandu oleh jurulembu.. (jurulembu???? apakah??? huuuu.. milla nak maksudkan orang yg menjaga lembu2 ni.. huuuu).. adakah lembu2 ni mmg dah dilatih? ataupun ada pheromone ke ape ke yg disebarkan dari tiang amaran lembu melintas tu?? sbb rasanya lembu tak boleh membaca kan??? huuuu~~~~

*wondering*wondering*wondering*


p/s:: sedapnya dapat minum susu lembu fresh...... segar dari ladang.. yummmmyyyy....

Thursday, June 18, 2009

pelik~

..ini entri emo..

hari ini milla dah sgt tak tahan dengan seseorang yang PELIK dan berperangai JELIK... (kita shortformkan sebagai PJ yer)

warkah buat PJ ::

kepada PJ yang kurang kasih sayang,, tak perlulah kau nak perasan yang kau tu je lah yang hebat... sedar la sikit.. kami ber-7,, kau sorang.. sedar la ye kau tu tak de lah berkemampuan sangat. bukan nak hina kau ke ape, tapi, kalau kau tak pernah makan secret recipe,, tak pnah pakai body shop,, tak pernah naik alphard, buat lah cara tak pernah ok! jijik la bila kau buat2 macam kau lah segalanya,, kaulah yang hebat! haishhhhhhh!!! dan tolonglah.. kau ingat ktorang tak tahu yang kau ni kaki putar belit??? kau pegi mengampu bos ngan orang2 opis ni cakap macam2 kan.. konon2 kau lah sorang yang buat kerja kan? tapi sedarlah weiiii,, kelakarlah kau.. sebab orang2 opis ni pon cakap kat ktorg yang nampak sgt kePELIKan kau tau! hahahaha... lagi satu,, kesian kat kau kan,, semua benda nak meniru.. orang pkai ni, kau pun nak ni, orang pakai tu, kau pun beli tu... PJ sgt ok! dan yang paling aku JIJIK dgn kau,, tak perlulah kau nak cerita kat satu dunia tentang hubungan terlarang kau dgn boypren kau yang kau puja gila tu.. hey,,, orang dah kahwin pun tak crita hal atas katil tau!! sebelum ni,, aku rasa aku plastik gila lah kot boleh lagi nak melayan kau molek2.. tapi sekarang sori naik lori lah wei... tapi oleh sebab aku ni MATURED dan SEMPURNA AKAL.. aku buat biasa jaaaa... kesian kat kau kan si PJ.. isk3...


tarik nafas..... hembus.... tarik nafas... hembus.....

ok.. settle..

kepada hati,, tenang2 ye.. tak baik emo2 nanti bnyk penyakit yang datang...





p/s:: azmila budak baik.....



Wednesday, June 17, 2009

berfalsampah~

::JEJAKA DI ERA GLOBALISASI::

motif sangat kan entri ni??? huuuu~ mari kita terjah... zasssss~~


JEJAKA HARD-DISK
  • jejaka jenis ini akan mengingati semua hal.. SELAMANYA....
JEJAKA RAM
  • jejaka jenis ini akan terus melupakan anda bila tiba saat anda meninggalkannya..
JEJAKA SCREEN SAVER
  • jejaka ini hanya akan hadir di waktu senggang dan bersenang-lenang sahaja..
JEJAKA INTERNET
  • jejaka ini biasanya susah diakses dan biasa juga putus hubungan (disconnected)
JEJAKA SERVER
  • jejaka ini selalu sibuk disaat kita memerlukannya
JEJAKA MULTIMEDIA
  • jejaka ini biasa membuatkan hal buruk menjadi indah...
JEJAKA VIRUS
  • jejaka ini.. bila kita tidak memerlukannya,, dia datang.. dia meng-installkan dirinya dan menggunakan semua sumber yang ada.. jika kita berusaha meng-uninstall,, kita akan kehilangan segalanya.. jika kita tidak berusaha meng-ininstall,, kita juga akan kehilangan segalanya... kita hendaklah sentiasa meng-updatekannya.. jejaka jenis ini biasa disanjung sebagai SUAMI...

heeeee~~ anda jejaka atau jejaki apakah??


*******************

current mode :: rindu-rinduan jadi kenang-kenangan...




p/s: i'm single.. muahahaha ;p








Tuesday, June 16, 2009

mahu yg BIG saja~

semua yg ber'entitled BESAR-BESAR,, mesti dapat memberi kepuasan yang MAKSIMUM kepada kita yang bergelar manusia ni kan.. kereta besar,, rumah besar,, makanan dgn portion yg besar,, kekasih besar.. ini statement keliru dan celaru tau ..

tapi kepada orang-orang yg BESAR-BESAR,, ingatlah ye.. tak semestinya dgn kedudukan BESAR-BESAR,, boleh menjadikan anda lupa daratan dan suka-suki je nak memperhambakan orang bawahan anda.. berjawatan sepatutnya membuatkan anda disegani dan dihormati dan bukan dicerca lagi dikeji... INGAT,, kat akhirat yang kekal abadi nnti,, kita semua adalah SAMA jerr...





p/s:: ku mahu semua yang BESAR-BESAR sahaja ya...!



Monday, June 15, 2009

sekali harung~

sudah lama berhenti dari arena tag-mentag,, award-beraward ini... huuu~~
sekali harung ja yaa~~






1. Siapakah Nama Anda dan sila nyatakan link blog anda sekali!

:: nama- azmila azman a.k.a milla

2. Anda Kawan Saya ?

:: semua org saya kawan jugaa =)

3. Bagaimana Cara Kita Bertemu ?

:: di shoutboX blog ayu ini, kamu tumpang berak.. siap cheret ag... haishh~~

4. Anggapan Anda Apabila Pertama Kali Bertemu Dengan Saya ?

:: mamat ni ada masalah berak cheret merata-merata..

5. Anda Masih Beranggapan Sedemikian ?

:: definitely YA

6. Apakah Yang Mengingatkan Anda Kepada Saya.

:: cheret-mencheret amalan mulia + ber'dunhill 14'

7. Anda Tahu Semuanya Tentang Saya ?

:: seorang yang pemalas dan busuk. Amat tak hensem
(haha.. ni kamu yg gtawu)

8. Terangkan Diri Saya Dalam Satu Perkataan.

:: cheret

9. Perkara Yang Anda Tak Suka Pada Diri Saya.

:: MEROKOK!

10. Kali Terakhir Anda Berjumpa Dengan Saya.

:: tiada yg pertama dan terakhir~~

11. Kelemahan Saya ?

:: berak merata

12. Jika Anda Mampu Beri Apa Saja Kepada Saya, Apakah Ia?

:: rokok dunhill 14 yg diselaputi cheret

13. Perkara Yang Mengembirakan Saya ?

:: berdunhill 14 sambil cheret2

14. Perkara Yang Menyedihkan Saya ?

:: berjaya digoda tapi tak berjaya menggoda GAY

15. Saya Sudah Berpunya ?

:: dlm usaha dgn seorg GAY yg ingin memberi byrn tak lumayan ;p

16. Mungkinkah Saya Akan Berkahwin Pada Suatu Hari Nanti ?

:: xperlu.. kesian isteri ngan anak2 kna sedut asap dunhill.. haishhh~~

17. Kata2 Yang Ingin Anda Beritahu Kepada Saya Tetapi Tidak Kesampaian.

:: saya cheret bau wangi!

18. Anda Rasa Saya Pendengar Yang Setia ?

:: mungkin YA

19. Jika Saya Tiada Lagi Di Dunia Ini, Apakah Perasaan Anda ?

:: bangga kerana kurang jumlah perokok di bumi indah ini... (ooppsss)

20. Kata2 Terakhir Anda...


::bila nak blanje ni??? pnat taw menjawab soklan ni! haishhhh~~







:: 2 ::

(from sha89 & miss mizu')



Peraturan:-

  • Kena letak award ni di blog
DONE!
  • Bagi award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda suka/minat atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda
mahu peram sorg2 buleh? heeee~~





:: 3 ::


gila lama shaye peram tag neyh~~

The rules are simple(1.
First, open your Google Image Search Engine.(2.
Then, answer the questions below by search the photo related in the only first page of the search engine.(3.
Next, post the photo as your answer. You may put an eloberation under the photo.(4.
Last but not least, tag your favourite friends (Unlimited).(5.

1. Your favourite nickname



:: milla... dats my name =)

2. Your favourite pl
ace to go


:: ofkozla home sweet home.. aman damai permai~~

3. Your favourite col
or



:: pinkosh =)

4. Your favourite dress/clothes



:: suka pki skirt+shirt.. simple n selesa =)

5. Your favourite food



:: sirloin steak yg juicy.. yummy!!!
6. Your favourite drink



:: dulu,, kini selamanya iced lemon tea... refreshing...

7. Your favourite fruit



:: derian!! huwaaaaa~~

8. Your favourite veggetable



:: addicted to shiitake mushroom.. lazat amat...

9. Your favourite animal



:: bibit.. chumel~~

10. Your favourite body part

:: dari mata turun ke hati... huuuuu~~~~



...selesai... siapa nak buat,, silalah ya... =)

Sunday, June 14, 2009

malang kuasa dua~

sudah jatuh ditimpa tangga.. begitulah dapat diibaratkan dgn kejadian yg menimpa milla dan 3 lagi girlfrenz... kami2 yang cun lagi ayu ni on the way to muzium negara dari muzium putrajaya..



.::FAKTA NOMBOR::.

  • 12 JUN 2009
  • jam1000-1630 - kami bertungkus lumus menyediakan barang-barang pameran sempena pameran reptilia di muzim negara
  • jam1640 memecut sopan dgn kelajuan 120km/j dan tayar tiba-tiba meletop.. kebabommmmm.. debushhh..
  • lokasi kejadian di km305.3 dan 50m menghampiri r&r serdang
  • seramai 4 orang mangsa terkandas dan semuanya WANITA
  • menaiki satria J** 1616
  • 2jam kemudian, baru dpt pertolongan sbb highway tengah sesak gile (habis office hour)
  • pertolongan dari 2 mamat macho tiba tapi tiada apa yg bisa dilakukan gara-gara LOCK KEY tarak cukup! kusangkakan 1 rupanya ada 2 daaaa!!! dushdush.. haiyokkk...
  • 90menet lagi extend utk dapatkan lock key itu.. (highway still sesak)
  • ketibaan inchik plusronda adalah hampir 60menet selepas di telefon TETAPI tayar sudah berjaya ditukar
  • 15menet selepas enchik plusronda pergi,, ingin memulakan perjalanan kembali tetapi jeng-jeng-jeng.... enjin tidak mampu menghembuskan nafas... BATTERY kong!!! debushhhhhhhhh...
  • usaha jumper-menjumper dilakukan tetapi tiada hasil... 2 mamat macho terpaksa mengundur diri kerana ingin meneruskan perjalanan menghadiri meeting di Kota Bharu.
  • menunggu pertolongan lagi untuk kesekian kalinya.. 105menet kemudian,, barulah 2 mamat tough datang. kereta berjaya dihidupkan.dipecut laju ke bengkel.
  • TOTAL HOUR TERSADAI DI TEPIAN HIGHWAY YANG INDAH=6jam 50menet
  • TOTAL GENTLEMAN YG SUDI BERHENTI MEMBERI BANTUAN=0



.::FAKTA GAMBAR::.















.:: MORAL OF THE STORY ::.

  • jangan sesekali KELUARKAN LOCK KEY dari kereta
  • pastikan anda mempunyai EXTRA CASH yang memang di spare untuk emergency
  • pastikan KREDIT HANDPHONE anda tidak semput
  • patikan BATTERY HANDPHONE sentiasa sihat
  • pastikan anda TIDAK GELABAH dan STAY COOL
  • pastika PUNDI KENCING DIKOSONGKAN SEBELUM PERJALANAN.. ;p



.:: sekian.. kesian ::.





p/s:: tadi pergi nonton Drag me to hell tu.. gila nak tmuntah2 tgk crita tu!!!! jantung dah tergelincir2 dah..haishhhhhhh~~~

p/s/s:: INCHIK D90... simpananku demimu susut kembali................uwaaaaaaa...



Friday, June 12, 2009

philosophy~

1. Jadilah seperti tandan petai, bukan seperti tandan rambutan.


Tandan petai membahagi sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil, ada yang besar.

Makna katanya:: selalu bersikap adil dalam segala hal.

*********************

2. Jadilah seperti cili.
Makin tua makin pedas.

Makna katanya:: semakin tua semakin bijaksana.


*********************

3. Jadilah seperti pohon pisang.

Pohon pisang berbuah hanya sekali, lalu mati..

Makna katanya:: Kesetiaan dalam sebuah perhubungan

*********************



4. Jadilah seperti jagung, bukan seperti gajus.


Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang hanya ada satu.

Makna katanya:: Jangan suka tayang2..



*********************


5. Jadilah seperti durian, bukan seperti kedondong.



Walaupun luarnya dilitupi kulit yang tajam, tetapi isi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya mulus namun rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Makna katanya:: don’t judge a book by its cover.. jangan menilai orang dari luaran..



*********************



now listening to : bunyi perut