Monday, November 30, 2009

que.sera.sera~

bait-bait lirik lagu pujaan-hati-hamba masa zaman kindergarden dulu-dulu..

:: QUE SERA SERA ::

When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be?
Will I be pretty?
Will I be rich?
Here's what she said to me:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead?
Will we have rainbows
Day after day?
Here's what my sweetheart said:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.

Now I have children of my own.
They ask their mother,
What will I be?
Will I be handsome?
Will I be rich?
I tell them tenderly:

Que sera, sera.
Whatever will be, will be.
The future's not ours to see.
Que sera, sera.
What will be, will be.
Que sera, sera.

Yup. Whatever will be, will be. The future's not ours to see. What will be, will be..
كن فيكن Kun Fayakun.. Jadi, maka Jadilah..

video

mila mencari video Que Sera Sera di youtube. dan jumpa ini.. hmm.. lagu Que Sera Sera dinyanyikan oleh disabled child dari Thailand.. terimbau kenangan time National Service tahun 2006 dulu.. buat khidmat masyarakat kat area Kuala Rompin.. group mila pergi ke Rumah Penjagaan Kanak-Kanak OKU.. ouchhh.. sungguh menseksa jiwa bila melihat anak-anak kecil disana.. melihat keletah mereka cukup membuatkan diri hiba.. teringat kepada Siti. seorang anak sindrom down berusia 12 tahun. dari awal mila dtg sampai nak balik dia asyik peluk mila je... dia kata 'cayang kakak, cayang kakak'.. manja sungguh2.. dan teringat pada hari tu jugak Siti datang her 1st period.. menangis2 dia kata 'Siti mati, dayah, dayah (darah)'.. hmm.. tiada gambar kenangan yang dirakam dgn Siti.. semoga Siti dan anak-anak lain disana diberikan kekuatan untuk menempuh kehidupan mendatang.. aminn..

Ya, seperti di sekolah-sekolah lain, nyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah kan.. TAPI.. yang paling mensedihkan dan tak sepatutnya berlaku adalah, after tamat je sesi persekolahan di Rumah tersebut, cikgu2 menyuruh mereka nyanyi lagu Negaraku dan Lagu Namun Ku Punya Hati.. yang ada lirik dia :

'tidak kuminta lahir kedunia.. tidak kuduga cacat begini,
bukan kuminta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati..'

personally,, milla sgt2 tak bersetuju mereka mendendangkan lagu itu.. siap dgn gaya sekali.. ohh,, memang mereka tak pinta dilahirkan begitu. sekurang-kurangnya, beri mereka kekuatan, ajar mereka untuk mensyukuri nikmat Tuhan, beri mereka kasih sayang dan perhatian dan jangan mereka disisihkan..

Whatever will be will be.. kita hanya mampu merancang.. semua kita mahukan kesempurnaan dalam semua hal.. tapi tetap, Tuhan yang menentukan..


p/s: pernah membela kura-kura yang kurang sempurna..

Saturday, November 28, 2009

a.cendollela.story~

ohhh.. i'm really sure anda semua telah mendengar ceritera si Cantik Cinderella. dan juga telah mengetahui endingnya dimana Cinderella si cantik itu telah berkahwin dengan si Putera yang kacak dan mereka hidup happily ever after,, walaupun pada mulanya hidup si cantik Cinderella penuh pancaroba onak duri dan cobaan pabila kakanda2 tiri yang sangat tak cantik rupa dan tak indah budi membuat pelbagai cara mensusahkan hidupnya. Well, itu adalah the-So-Saddo-Fairytale.. ohh.. saya mahu jadi Cinderella juga tapi tak mahu sedih2. boleh?

haha.. niat di hati nak cerita pasal cinderella versi milla.. haha.. next time lah ohh.. okeh, ini kesah Cendollela.. :p

Cendollela ini akan nampak sedikit kecik bila bergambar dengan orang yg sedikit besar darinya. dan akan nampak bnyk muda bila bergambar dgn org yg bnyk tua darinya..

cendollela ini akan nampak banyak besar bila bergambar dengan orang yg banyak kecik darinya. dan akan nampak sedikit tua bila bergambar dgn org yg sebaya dengannya..

hahaha.. itulah kesah Cendollela.. boleh??

btw, itu adalah picta time majlis kahwin College Annual Dinner dimana milla sebagai Ketua Pengarah yg over-dressed dgn Dinner Theme : 'English Garden Wedding'.. haha.. over nokk!! tapi tetap,, malam itu meningkatkan indeks kemahuan kahwin semua warga Kolej Rahim Kajai, UKM kan? kan? kan? ohh,, how i wish to ulang masa itu ohhh!!!! ~sweet memoranda of Malam Ujana Memori:19Mac2009..

ini Cendollela bersama akak2 dan adik2 tirinya ye.. sila ambil perheartian. ini bukan blog mencari jodoh.. huuu~~

.sekian.

'You may be a princess or the richest woman in the world, but you cannot be more than a lady' :Princess Diana


Thursday, November 26, 2009

babad-less~

hai2..

hmm.. disebabkan dah habis sem = poket dah kering = kalau pergi shupin complex,, sana-sini-sale-tak-hengat-menggoda iman sungguh! = i'm back to nature ohh :)

tak kesah la even dah lama tak shoping baju sendirik.. seluar dah lusuh, dah out of shape, baju dah kusam, dan bila ditenung lama2 dah macam Ah So ohh.. haha ;p

okeh.. ini kisah babad-less :)

lokasi : Broga Hill
-pergi ke pekan semenyih, nampak petronas belah kanan, masuk ke simpang Broga belah kiri. jalan terus sampai jumpa Nottingham Uni, terus lagi, nampak Rabbit Fun Land belah kanan,, pintu masuk ke Broga Hill is on your left.. sungguh senang yer.. *credit to inchik John kerana memperkenalkan ini*

komen : sungguh2 amat indah ye pemandangan di atas itu.. asyik dan mendamaikan.. romantik juga ohh.. pendakian yg relax dan penat yg berbaloi2.. even tak habiskan semua checkpoint (2 out of 3 checkpoint kerana salah sorg peserta mengalami masalah dgn empangan perkumuhannya),, tetap Broga Hill is patut untuk diterjahi..

here,, some pics.. taken by my baby 5800xpressmusica.. *xmampu pakai dslr lagik ohh.. so,, sesiapa yg nak wat photoshoot kat sini,, sila2lah roger milla ye.. i'm willing to jadi pemandu arah.. hehehe..

di Rabbit Fun Land.. tapi kami lebih tertarek2 pada cik mbeekkk2.. (oh,, perasaan teruja menjelma bilamana ni firstime milla dgr suara kambing mengembekk for real.. huuuu)



along+abg ash.. thanx for sudi mentemani milla panjat ini bukit ehh :) kita pause dulu pendakian kita kat checkpoint 2,, next time kita sambung ke checkpoint 3 ekk.. heeee~


p/s: pendakian bukit Temoh akan bermula right after aidiladha.. mission : babad-less :)
p/s/s: alhamdulillah,, turun 2kg in 2weeks time.. yeah! teruskan usaha azmila!

Wednesday, November 25, 2009

pepsi.vs.coke~

ohh ayayaiyayai
again, my heartbeat goes gila serabai
memikir pasal me and u
boleh buat otak naik menggerutu
kenapa sekarang baru nak kolling2 balik?
euwwww.. sungguh menggedik!
ohh dulu mungkin org cakap kita ni sama
5 x 2, 2 x 5
but itu cerita tahun2 sudah
sekarang kita ni ibarat pinang tersalah belah
i dont like ohh hidup perit2
i nak hidup bahagia instead
by now, kamu patut surely know
my answer is a big, loud NO!

poem ini buat kamu (u know who you are,, i know u baca ini..i'm tired of your game lah)
mungkin dulu kita ibarat coke vs pepsi
sama dan serasi
tapi sekarang story itu semua dah basi
oh.. i ucap bye2 lah tanpa sangsi :)


p/s: pepsi vs coke. kalau diletak di dua gelas yang sama, boleh ke dibeza?

Monday, November 23, 2009

i.am.smart.reader.kid~

Hi. Dengan ini, saya Azmila Azman sungguh betul2 tidak akan jatuh chenta dgn suami org itu. noktah :)

Deyyy,,, arakian, kelas tutorial bijak cerdik pandai telah bermula pada weekend yg lepas dgn ambilan pelajar generasi pertama.. mentor nya ofkos lah cik milla yang baik budi dan protegenya 2 org kanak-kanak berdaftar.. oleh kerana cik mentor ni sungguh budiman, task pertama buat protege adalah sungguh tidak mencabar minda langsung tapi cukup membuatkan kedua-dua protege ni kelemasan, kerimasan dan memerlukan ruang untuk bernafas.. haha~ lets zoomey ohhh..

di awal kelas.. indeks kekobaran semangat protege masih positif.. cik mentor agak bengang suka ye mengajar protegenya cara memasuk benang dalam jarum. haihhhhhh!!!!



ini dipertengahan kelas.. ohhh.. mereka semakin dapat mengikuti rentak bimbingan cik mentor ya.. semakin bergaya bebas. memula duduk, then meniarap, then baring, then jadik sleeping beauty ohhhh!!!! helloo3.. sleep2 ni tak termasuk dlm pakej i.am.smart.reader.kid ye anak-anak hingusan sekalian!!

ini hasil di akhir kelas..

ini adalah model yg dibuat cik mentor bagi tujuan peniruan untuk protegenya..

dan below ini adalah hasil air-tangan-titis-peluh protege cik mentor ye.. amacam? sila puji okeh... because i.am.a.smart.reader.kid ohhhh *kata si protege* :) *protege mentipu.. semua fedap, cik mentor jugak yg kena tacap last2*


taraaaa~~ cik mentor masih mahu mencagler *baca: mencari glemer*

my 1st baju kurung jahitan sendirik.. ohhhh.. walaupun nampak gedobos-gedebab-terlebey inchi,, tapi i tetap2 like2 lahhhhh... kagum dgn diri sendirik.. hahahahahaha! hoyyehhh2!


p/s: may u have a nice weekdays. as nice as mine :)

Friday, November 20, 2009

lakimu.bukan.lakiku~

ini entri keracunan perasaan


Ya Allah,, semakin aku cuba melarikan diri, semakin dia dtg mengejar. oh TAK mungkin aku akan bina sebuah kebahagiaan dari titis air mata seorang wanita lain bersama 3 orang anak kembarnya.. permainan apa yang dia cuba aturkan ini Ya Allah.. berikanlah aku sifat bertimbangrasa dan sifat kebencian terhadap lelaki ini.. Kau berikanlah kesedaran kepada dirinya.. sesungguhnya aku sedikit pun TAK akan terbuka hati untuk lelaki yang tak bertanggungjawab ini.. amin...

OTK! OTK! (baca Oh Tuhan Ku).. dah hampir 2 bln mila dpt tahu tentang ni semua.. kena tipu hidup-hidup dalam masa 2 tahun ohh... just imagine, dalam masa 2 tahun,, tiap2 hari si-bongoks-gila-takde-perasaan-bersalah ni tak pernah sehari pun tak call mila, tak pernah sehari pon tak bertanya khabar..

ohh.. kau memang gila. malam2 sebelum tidur kau cakap kau rindu aku lah apa lah. tergamak kau. tapi yang kau buat bantal peluk kau tu isteri kau yang sah ohh! anak 3 sudah.. hebat ye kau.. kembar pulak tu! ehh... tergamaknya kau!! aku tak akan pernah terdetik hati pun nak musnahkan keluarga orang.. SUMPAH! kalaulah aku tahu dari awal yang kau ni SUAMI ORANG, BAPAK ORANG-ORANG-ORANG, aku tak pernah teragak2 nak ludah muka kau time 1st kita jumpa dulu ohh.. ngekk kau dgn 'BOLEH CUBA'.. ngekk kau dgn 'PERTIMBANGKAN'.. ehhhhhh.. aku ada otak la. ada akal. waras. kalau kau boleh buat macam tu kat wife kau sekarang ni, sungguh tak mustahil lah kan kau boleh buat for the next time. ya. macam kucing kan, sekali kau bagi dia makan kan, dia akan ingat rumah kau dan akan datang lagi di lain hari menggesel2 kat kau kan.. eeeee.. mensirap sungguh.. oh,, rasanya tak perlulah aku nak emo-emo untuk memikirkan hal ni kan. cuma sebagai wanita, aku kesian sgt kat isteri kau.. anak-anak-anak kau. insaflah wehhh..

ok, milla tukar statement mila skrg.. dah takut nak kenal rapat dgn org berumur ni.. si 32 tahun, si 28 tahun, si 27 tahun.. i LOATHE ya :)

p/s: angah rinduuuu ayah..

Thursday, November 19, 2009

ber-embun~

**maxis berukband ohhh,, mengapakah kau semakin bersikap biadap terhadap diriku ini? tak cukup dgn lembap,, mengengsot,, terasa darahku meluap2 ohh... chobalah kau tangkas dan tuntas supaya diriku tidak lemas dan rimas ohhh!!! 3 hari sudah kau tak bernyawa! pehal? mensirap ni!!!**

heyya2.. arakian,, kaki ini sudah semakin pulih dan buleh berjalan dengan kelajuan kura-kura berbanding kelajuan siput sedut hari-hari sebelumnya.. dan tadi,, si akak menyusulkan 1 keratan iklan tentang dance class.. perghhh.. sungguh memerlikan diri ini ye cik akak oii.. sentappp nok! okeh3,, sepertinya sudah amat2 terlambat.. kamu2 mungkin dah usya entry cik jard, cik masy, cik adrian dan inchik john ttg our trip.. hmmm.. here,, from the view of mine..

14-15nov2009
cameron highlands, pahang

10 org peserta


..lepak-ing..
..battle of da UNO..
..bersantap-ing..

cik jard dgn eckelim yummy2 & sweater 2012 nya.. huu~

..berembun-ing..


trip yg cuti2 Malaysia : makan yg sedap-lazat-enak-nikmat,, lodging yg selesa,, hasil muka bumi Cameron yg segar-bugar lagi menterujakan perut,, temen-temen baru yg mantap :)

Dear inchik John, dr Wan, cik Jard, kak Masy, kak Ila, cik Adrian, cik Ekyn, cik Meow, cik Joe,, kamu2 semua memang bertahta di hati milla lah! pecah perut terburai bersama2 geng2 Atoz Ijou,, bertambah ilmu didada mendengar perihalan ceramah pak doktor,, terangsang ketakzuban mendengar cerita kembara cik Ekyn dan Meow yang sungguh energetic dan slim-melim,, teruja dengan kehandalan inchik John beraksi di dapur,, dan selesa ketiduran-berpelukan-kesejukan bersama teman sekatil- cik joe.. huu.. *sweet memoranda*

dan lagi,, thanks kepada geng hiking berembun yang sabar melayan kerenah milla neh ye... huuu.. muntah,, jatoh-tergolek-dengan-bergaya,, kepacatan,, kepancitan,, kekejangan,, kekoyakan.. haha.. *maluuuuu berbakol-bakol sebenanye wehh* ;p

dan ini kata pak doktor:
-kejang sbb kurang garam
-kaki dan tgn terketaq-ketaq parkinson sbb xckup gula

okeh.. azmila, lepas ni silakan kunyah garam & gula secukup rasa ye.. huuuu :)


p/s: after panjat gunung Berembun itu,, objek berlapis di sebalik baju ni dah berkurang 1 lah! *kagum* hahaha ;p



Monday, November 16, 2009

gojes~

i'm back! alhamdulillah. selamat tiba dari bumi cameron highlands.

keadaan selepas berhiking Gunung Berembun yang setinggi 1840m itu::
  • terasa seperti bahagian kaki parkinson 9.5 pada skala richter
  • bahagian hamstring tenat seperti baru lepas membuat hatrick dalam perlawanan bola sepak antara rumah sukan sekolah
  • berada di atas kerusi sepanjang masa kerana tidak mampu menapak hingga terasa seperti perlu mencirit di atas kerusi ini juga
  • empangan perkumuhan meronta2 untuk dikosongkan. tapi. tak mampu nak mencangkung akibat kesakitan kaki yang teramat
  • telah tidak mandi kerana meneruskan legasi 'tak-payah-mandi-sebab-sejuk' yang telah menguasai diri ketika berada di Cameron Highland itu.. ;p
Gunung Berembun. 1840m. total hr : 3jam.


entri tentang berhungga-hungga di Cameron bersama yg terchenta : inchik John, tuan doktor, kak masy, kak jard, kak ila, kak adrian, kak ekyn, kak meow, kak joe dan adik milla.. (haha.. hambek.. semua kakak.. aii paling muda u!) akan di post sebaik sahaja gambar2 telah selamat diterima yer.. nggak tahu mengapa,, milla yg gilafoto fotogedik ni telah kehilangan takzubfoto ketika di cameron itu.. hmmmm..

hye3 u'olz.. saya dhia afiqa.. orang panggil sy pika da chomel.. saya suka meniru perbuatan2 org dewasa spt perbuatan menyapu deodorant di ketiak atau memakai lipstick. ya. saya berasakan diri saya lah yang terglemer sekali dimuka bumi ini. saya juga menyimpan hasrat berkahwin dengan jutawan.. ohhhh, my dior!


this-gedik-terlampau pika chomel is my lil kazen. umur dia 4 tahun. sekarang duduk with granny di sabah. faminity element grows inside her very fast huh? isk isk..kecik2 dah berangan.. memang budak-budak kecik zaman teknologi ini sungguh tinggi daya imaginasinye ye.. oh, btw, pika chomel ni kecik2 dah ada henpon tau! haishhhh la budak oh budak..

p/s: ada sesiapa terer urut? lelaki diutamakan.. *gatal* ;p



Friday, November 13, 2009

cameronian~

apakah? : sungguh menterujakan pada skala excited state

mengapakah? : mahu menerokai alam

bilakah? : 14-15 November 2009 (bersamaan esok dan lusa)

dimanakah? : Cameron Highlands, Pahang

Jungle Hiking Gunung Berinchang-Mossy Forest Irau-Ladang Teh Boh Sungai Palas-Tanah Rata-Gunung Jasar-Gunung Perdah-Kampung Orang Asli Sungai Ruil-Pekan Berinchang-Kebun Strawberry Tanah Rata-Gunung Berembun

siapakah? : bersama inchik Sharif John & rakan-taulan


..YA. for the first time milla akan menzahirkan dunia blogging ke dunia nyata.. heeeee.. berjumpa insan2 yg selama ini perbualan di hujung jari sahaja.. ohh.. semoga semuanya aman, indah, tenteram, permai, sentosa, bahagia, damai, jelita (eh, tetibaa)~~

its 2.19 am dan esok milla akan naik komuter pkl 6.30am dari bangi ke KL Sntral... kepada ktm,, sila jgn siput ye esok.. ohh,, can't wait 4 tomorrow lah :) nanights world~~

hoooo.. mahu menangkap putera raja di hutan..
(haihhh,, xsyg mulot!!!!) ;p



Thursday, November 12, 2009

riang-xriang~

assalamualaikum =)

alhamdulillah and yippie2 tadi milla dah selesai final exam sem 1 thn 3 ni.. 1 more sem to go insyaAllah.. then boleh kawen grad suda... hooooo~~~

********
ok anda semua..
how was your day kebelakangan ini?
everything went great and fine dan bagus? ok that's good..

mine? hoho tidaklah sebagus anda kerana ia adalah penuh dgn aktiviti kehangusan duit dan perasaan dimana telah melangkah masuk ke dlm 'klinik kereta' tanpa meyedari the next split second akan kehilangan ratusan ringgit.. tapi perasaan gundah gelana kehangusan duit diredakan tatkala mengenangkan ia adalah utk kebaikan the two and only intan-payung-gunung-ganang,, shemomotku dan domemon bundaku,, yg kedua-duanya pemberian arwah ayahnda..


..patient1 : shemomot..
tukar 3tayar+sebis



..patient 2 : domemon..
top overhaul





dan lagi... selamat bertunang untuk kazenku kak zura.. perasaan milla tidaklah sebagus orang lain yang bergumbira berphotoshoot kerana badan yang telah mengembang dengan jayanya menjadi topik hangat perbualan pakcik2 makcik2 dan sekalian insan2 budiman di rumah nenda itu.. ya.. milla pasrah.. apapun,, i'm happy to be me =) a BIG yessss...


..menyarung busana..

..busana indah..

cincin disarung tanda pengikat.. ohhhhh~

..cincin tunang & cincin risik..

..melayan tetamu..

..indah..

..azura amrullah..
cucu sulung dlm keluarga :)
(milla cucu yg ke-7)

*aksi gedik2*

..haha..gedik2 bersama si adik..

..along dan si adik.. euwwww~

hoooo.. sila muntah tgk gamba perasan ini.. ;p




kepada kamu2 yg dah lama follow millalara,, mesti ingat kisah chenta milla si budak tongdrum ni kan.. haha.. okeh,, exclusively gamba ini ditempek sekali lagi disini.. sangat usang sudah memori lama2 tapi kenangan usang itulah yang memberikan bekalan senyuman buat kita di masa ini kan? haaaaaa... taraaaaaaaa... *sila gelak*

huuu.. kenangan tahun 2000.. chenta si budak sehat& si pengganas serbia (entri ini).. haha ;p

kepada enche' pengganas serbia, 17 tahun dulu kita mula kenal sbgai kawan, apa pun tjadi kita tetap akhiri sbg kawan juga kan.. hmmm.. :) thanx for everything ya..


p/s: menonton 2012 ini hari.. :)

Friday, November 6, 2009

menggeletis~

jam menunjukkan pukul 2pg dan milla sedang membaham spicy chicken mCdeluxe large set dgn tekunnya.. oh... objek berlapis di sebalik baju itu dah semakin berlapis lah milla oi! reti-reti kanlah diri tu nak membuang objek berlapis tu hehh..! 1 pon jadilahhhhh... ohhh~ *mengeluhhhh..
..........

arakian, milla baru tersedar dari lena.. si kakak baru pulang dari bercerekarama dan membawa pulang itu mcD utk si adik yg kebuluq sejak pagi.. before terlena tadi,, milla belek2 notes utk exam subject Health Care esok.. dan sblm terlena td, rasanya sdg membaca pasal CPR.. ala yg comolot2 tu.. (oh,, apakah?????) ;p

jeng3...... mimpi yg indah bermain di tubir mata yg terpejam-tak-berapa-nak-lena..

MILLA di CPR oleh sang arjuna pujangga yang indah sungguh fizikalnya.. ouhhhhhh2!! *melting*

dengan tangan yg sedikit kasar tanda kuat bekerja,, ohhhhh...
dengan lengan yg sasa tanda gagah perkasa,, ohhhhhh...
dengan dada yg empuk tanda boleh memberikan perlindungan,, ohhhhh...
dengan kumis yg rapi tanda pembersih,, ohhhhh...
dengan haruman yg menusuk kalbu tanda romantis,, ohhhh...
dengan bibir yg mungil tanda (heh, otak suci! ;p) ,, ohhhh...
dengan hembusan nafas yg damai tanda guna listerine (apakah?),, ohhhhh...
dengan kening yang terangkat tanda hey nottie2,, ohhh..
dengan renungan mata yg tajam tanda he's damn so hot n sexy,, ohhhhh ohhhh...


dey!! stop it la milla oi! menggeletis-gila-sewel-putus-fius oredi haaa??? tapikan..... kalaulah mimpi jadi kenyataan kan.. ohhhhh.. ohhhhh... sungguh membahagiakan.. ohhhhhhh~~~

*berapa banyak ohhhhh da... nampak benor la kamu dah gila terangsang milla oii* ohhhh

arjunaku-rockie-rock..ohhhhhh~~
daku kecairan!!!!



gamba ini di-snap diluar balkoni bilik.. hehhh.. ni salah 1 teknik CPR jugak ke? ;p



p/s: bunda dtg bangi dis weekend! yeay!!!! semoga weekend azmila lebih bermakna.. aminn..