Wednesday, August 12, 2009

kisah arnab & kura-kura..

arakian,, ceritera kisah arnab dan kura-kura telah diperdengarkan oleh datuk-nenek-mak-ayah-cikgu-cikgi sedari zaman kanak-kanak-riang-ria kita lagi..

.:: arnab dan kura-kura ::.



pada suatu hari yg indah dan permai lagi damai, arnab dan kura-kura bertelingkah soal kepantasan dan kecekapan masing-masing. arnab yg memang dikenali dgn sikap takbur dan bongkaknya dan sombong tahap tak hengat itu menduga-menguji-mencabar utk berlumba lari dengan kura-kura (kura-kura lari ke?? huu.. layannn).. arnab lari dengan super-duper-extra-powernya.. kura-kura pula dengan lemah-lentok-longlai-gemalainya.. di 3/4 jalan,, arnab menoleh dan tidak nampak langsung batang hidung kura-kura.. makanya arnab mengambil keputusan untuk melepaskan lelah.. arnab bersandar di pohonan rimbun dan syaiton mengambil peranan bergayut2 manja di mata arnab.. arnab ketiduran.. kura-kura pula masih dengan semangat dan azam yang membara.. berjalan terkedek-kedek dan akhirnya melintasi arnab yg sedang ketiduran itu.. kura-kura berjalan dengan tersipu malu sehinggakan jejaknya tidak didengari langsung oleh arnab.. akhirnya,, kura-kura sampai ke garisan penamat dengan megah dan bangganya dan mendabik dada.. arnab tersedar di alam nyata apabila mendengar sorakan dan riuhan warga kehutanan.. arnab sedih.. arnab kalah kepada kura-kura.. sejak dari itu arnab berasa kemaluan untuk bersua dengan kura-kura lagi.. sampai lah ke saat ini,, arnab dan kura-kura tidak dilihat bersama.. sekian..

moral of the story:
  • buat kerja biar habis.. jangan seperti 'tinggal di tingkat 10 tp tekan lif tingkat 8'
  • kikis perasan takbur dan bongkak. jangan anggap diri terlalu sempurna. kelak kesempurnaan memakan diri..
  • kentalkan semangat. walaupun sudah jelas nampak kelemahan diri, tapi kita harus mengatasi kelemahan itu dgn sikap yg POSITIVE.. minda mampu mengawal diri dan tindakan!
:: pesanan di atas adalah khas untuk dirimu wahai azmila azman ku syg ::

............


ini kisah sekarang =

milla dan arnab

milla dan kura-kura

akhirnya,, arnab dan kura-kura berkongsi tuan yg sama =)




p/s::ada mslh dgn ptptipuptptn sem ni.. benci!



31 comments:

mamai,wana,awiE,faten said...

haha,,,tuan yg sama,,lps ini mau x bela kancil dan harimau? hek3

joegrimjow said...

ahaa
suke akan cite ni ok

Blog Eazy Izzuddin said...

hehe
alamak
cutenye arnab n kure2 tu
xD

Anonymous said...

that's my bit2... chibi! hooo...
-alg-

AA said...

haha jom bela gajah pulak!

.millalara. said...

flip::

haaa.. bagus flip.. cdgn yg bernas dan buleh dipertimbangkan oleh akal yg waras..heee~

.millalara. said...

joegrimjow::

okey! heee~

.millalara. said...

Eazy Izzuddin::

macam tuannya >_<

.millalara. said...

along::

haha.. ye? salah la plak.. bnyk sgt bit2 nye.. ngeh3 ;p

.millalara. said...

Amer Azlan::

kna tunggu umah besau dulu.. huuu~

Milimilo said...

perlumbaan ke2 pn arnab still kalah..tp bela arnab mmg best..hihi

Jard The Great said...

futuristiknya kura2 dan arnab tu.. ahahaha..

salam singgah dari ku.. ;p

apan lee said...

"kura-kura berjalan dengan tersipu malu sehinggakan jejaknya tidak didengari langsung oleh arnab.. "
gile pemalu kura2 ni..
ahhahaha ;D

ini q i L L said...

pe kes naik lif nak p tgkt 10 smpai tgkt 8 je?
hehe

DilOt said...

wahh comel bangat..binatang2 tu hehe.

chentaMAYA said...

bermanfaat!

mohad said...

itu yang di pegang tu kura-kura atau labi labi ya..

Kojack de Alloohaa said...

laaa..dlm gamba tu tunjuk arnab robot..xkan dia robot pon tido..hahaha

~wandie~ said...

ni version transformers ke terminator ni??? abes r umah ko jd trek lumbe nnt..hehe!~

.millalara. said...

milimilo::

tu la.. plumbaan ke-3 pn still kalah juga.. huu~ nnti la,, next taim sambung.. =)

.millalara. said...

Jard The Great ::

yup.. futuristik classic.. =)

.millalara. said...

arque::

nota kaki: kura-kura itu betina.. heeee ;p

.millalara. said...

ini q i L L::

sila check kamus falsampah milla ye.. ;p

.millalara. said...

DilOt::

laaa.. tlgla katakan tuannya yg chumel.. hehe ;p

.millalara. said...

ijad::

kompem kura2.. =)

.millalara. said...

Kojack de Alloohaa::

robot skang pun da pandai bperang dgn perasaan tawu!

.millalara. said...

~wandie~::

versi wonderpet laa... huuu~ ok per,, meriah sket suasana :)

Salwa Hadee said...

cita yg mnrik sgt la

huhu

paraxixth said...

comey giler arnab tu pakai bra..lala...dulu gua ade arnab. mula-2 dua ekor.membiak sampai 100 ekor.tyme tu dok rumah kampung. encik omar berhajat nak bela puyuh. berkongsi halaman dengan arnab.damn busuk bau punyuh.macam haram. gua tak suka.

pindah ipoh.semua arnab dijual.ada yang di sembelih dan dimakan. ameen.

~wandie~ said...

wonderpet mne ade arnab...huh!!~

Anonymous said...

Jom jawab kuiz kura2 dan arnab kat http://fndrocka.wordpress.com/ Kanak-kanak pun boleh jawab. Kalau dapat hadiah boleh senyum2 sorang diri.