Sunday, August 30, 2009

sweet.memoranda~

assalamualaikum,, salam sejahtera =)

hari ni 30hb.. milla masih di ukm terchenta.. mlm kang baru bertolak balik rumah.. hmm.. lambat balik sbb menunggu inchik yg banyak kerja itu.. bukannya milla xbiasa drive bangi-tapah tu,, pejam mata je kot (ini tipu ok!),, tapi bonda dah gtawu inchik suh dia jd driver.. huuuu~~

inchik... hmm.. kenal inchik time kereta milla breakdown kat tepi high-way 12jun dulu.. dari situ kami mula kenal.. mula rapat perhapz.. huuu~ and sekarang kami adalah teman tapi mesra.. haha ;p

..:: intro yang jiwa ye.. ;p

haha.. back to da topic.. sweet memoranda~~

since umur 1 tahun,, celebration birthday pada tanggal 31 Ogos adalah wajib dlm kamus hidup azmila azman =) sampai la umur 15tahun,, masih lagi panggil kawan2,, jiran2 n family2 sambut birthday.. masuk umur 16tahun,, da besau da,, so juz celeb ngan family dan kawan2 rapat je la.. tapi every year mmg ada celebration.. tapi ni da nak masuk umur 21,, da nak masuk alam kerepot.. tak tau la kan ada celebration lagi ke x.. huuu~

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENYAYANGI MILLA..
I LAP U.. U LAP ME.. heee~


pic 20th birthday (2008)

ce'dot (cik gendot)..
hadiah birthday terakhir dari arwah ayahanda terchenta..

************

ok! tak nak sedih2.. azmila KUAT! yeay!

umur 21=kunci kebebasan.. dah nak hampir menjejaki alam 21.. milla dapat rasakan semakin banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan.. 'kedewasaan memerlukan latihan'.. ya.. milla perlu berlatih untuk menjadi seorang DEWASA.. huuuu~


dear azmila azman,
semoga hari esok menjanjikan kebahagiaan buat kamu.. kenangan buat kamu.. dan permulaan yang baik buat kamu.. silalah menyayangi diri kamu! yippie!!


p/s: gerak pulang jam 10mlm ini.. hope dpt sampai sblm 12am, Ogos31.. =)


inchik.eful~

~~inchik eful, sila kagum dgn saya.. sy telah rajin membuat ini =)

1) anda rasa anda hot?
YA! pasti.. saya yakin dan saya kunci jawapan ini! hahahaha ;p

2) upload photo kegemaran anda


3) mengapa anda suka photo ini?

ini adalah kerana saya jeles dgn bonda dan ayahnda saya.. selamanya chenta mereka ada.. dan time ni saya tergelak2 terguling2 bila ayahanda mengumpan bonda suruh teruskan pendakian sampai ke stesyen teratas kat gunung mat cincang ni.. wat a lovely trip ;)

4) bila kali terakhir anda makan pizza?

hmm.. lama dah.. 30julai.. dibelanja pizza hut oleh cik winnie sayang..

5) lagu terakhir anda dengar


tanggal 31 by allayarham sudirman.. (sedang dgr dari corong headphone ini)

6)apa yang anda buat selain membuat tag ni??

ber'butterscotch.. Oopppsss.. kantoi ;p

7)selain dari nama sendiri,anda suka dipanggil nama apa

chantek, jelita, ayu, menawan.. haha.. boleh?

8)tag lagi 6 orang


tak mahu ;p

Friday, August 28, 2009

rembesan.saliva~

milla mahu ini!!!!
dah lama tak makan kopok Bika ini!


dan sekali lagi.. gambar ini ditempel disini kerana empunya blog ini sedang sangat-sangat-amat-amat mahu makan sengkuang yummy ini!!!!!!! grrrrrrrrrrr~~~~~ menetes-netes..


[mode: sdg parkinson menahan geram melihat sengkuang diatas]



p/s:: hari ini dalam sejarah: naik mini bus okey! tambang rm0.80..


Wednesday, August 26, 2009

ketidaksukaan~

grrrrrr~~

geram.geram.geram.

[persoalan]

* apa perasaan anda apabila tailor anda menalipon anda dan memaklumkan kepada anda bahawasanya dia sudah tersalah potong baju raya anda???????

* apa perasaan anda apabila dari tanggal 18jun anda menempah,, hingga sekarang baju anda yang hanya 3 pasang masih tak siap2 plus 1 baju salah potong????????


[mode:bengang]


p/s: sy wanita. syukur menjadi wanita di bln puasa ini.. ^^


Tuesday, August 25, 2009

rumah.manis.rumah~

Alhamdulillah.. sudah selesai 3 hari puasa..
puasa makan,, puasa nafsu,, puasa mulut,, puasa mata.. (ye ke?)
yg penting semuanya terletak di tangan kita =)

[rumah.manis.rumah]


insyaAllah,, in two years time, milla dan keluarga akan berpindah ke bumi Bangi, Selangor..
urusan pembelian dah hampir 60% selesai.. susah & leceh jugak ye urusan jual-beli rumah ni.. ingat aci pakai bayar trus dapat je kan ;p

QuikPro No: NC1463
Address: Bandar Seri Putra, Bangi
Property Type: 2-sty Terrace/Link
Land Title: Residential
Tenure: Freehold
Land Area: 22' X 75'
Built Up: 1,861 - 1,948 sq. ft.
Listing Price: From RM322,000
Bedrooms: 4
Bathrooms: 3
Total Units: 56
Bumi Discount: 7%
Completion Date: May 2011 (Expected)



ni la ghupe bakal rumah kami =)

semoga segala urusan berjalan lancar dan semoga semua urusan dipermudahkan.. Amin...



****************



promoting:: hasil air tangan my besties.. [inchik nazrul saiful a.k.a inchik epu]

he's takin architecture.. and this is one of his project,, melakar rumah idaman =)
epu, i do adore this picture very much!
looks alive kan? *double thumbs up*


p/s: semakin hari semakin sayang (^_^)


Sunday, August 23, 2009

exclusive~

Assalamualaikum WBT.. salam sejahtera..

weeeeee!!!! miss my blog! minggu yang sgt hectic! baru sekarang dpt update..
first of all,, milla nak sampaikan Salam Ramadan buat semua bloggers yg dikasihi lagi dichentai,, yang jauh di mata tp dekat di jari-jemari =)

Alhamdulillah dua hari dah berlalu. walaupun payah.. sukar.. menyambut Ramadan pertama tanpa ayahanda terchenta.. dan bakal menyambut raya pertama tanpa ayahnda.. hmmm.. hidup mesti diteruskan.. BE POSITIVE milla!!!! yes... i will.. insyaAllah..

*****************

Jumaat (2009, Ogos 21).. gonna miss da day.. Again,, milla pergi ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah,, Lanchang,, Pahang DM.. kali ni ditemani inchik(^_^)
kami kesana berbekalkan tebu2,, pisang2,, kacang2 & roti2 sebagai cenderamata utk gajah2 disana.. huuu~~~ let da piC speakz::



..baby gajah..

..dia sedut macam vacuum.. geli!

..mata mereka chantek..

..smgt kemerdekaan..

..org2 yg ringan naik gajah nama Pian =)

..bsedia utk dihumban oleh Pian..

best2!!!

..inchik cuba nak berkomunikasi dgn anak org asli kat situ.. tapi xbjaya.. huuu~~ inchik pergi kejar.. dia lari dalam hutan..

..inchik & milla..



huuuu.... serious best!!!!! and to complete da day,, kami pekena ikan patin buah masak tempoyak kat temerloh.. 1 slice ikan tu rm12 okey! huuu.. tp memang sgt puas hati!

kesimpulan:: bila kita nak pergi lagi ye inchik??? =)


*****************

info:

how to get there?

dari KL, masuk tol Karak, terus je sampai exit Lanchang. then nanti keluar je tol Lanchang, jumpa trafic light belok kanan, trus je lebey kurang 20km.. tiba di destinasi.. senang kan? huuu.. dari bangi lebeh kurang 1jam30menet je =)


p/s:: 30hari puasa witout nasi.. berjayakah???? silalah berjaya ya azmila!


Friday, August 14, 2009

sup ekor~

ini cerita gajah =)

pada Jumaat pertama setiap bulan,, pengukuran morfologi gajah akan diambil dan direkod.. so that kita dapat tahu tahap kesihatan dan perkembangan sehat dan kuat gajah tersebut..

haha.. apakah?

Panjang ekor : tiada dah di buat sup ekor

cuba bayangkan sup ekor gajah.. pehhhhhh.. satu kampung boleh mamam bersama =)

................

milla tak jadi ke pangkor.. tp akan ke JB :: jumaat-selasa
urusan familia+cuti2 sblm puasa =)


p/s:: gonna mishh u guyz!
p/s/s:: xsmpat nak draft entry= tiada scheduled post
p/s/s/s:: papai u'olz! selasa nnti milla kembali menerjah =)



Wednesday, August 12, 2009

kisah arnab & kura-kura..

arakian,, ceritera kisah arnab dan kura-kura telah diperdengarkan oleh datuk-nenek-mak-ayah-cikgu-cikgi sedari zaman kanak-kanak-riang-ria kita lagi..

.:: arnab dan kura-kura ::.



pada suatu hari yg indah dan permai lagi damai, arnab dan kura-kura bertelingkah soal kepantasan dan kecekapan masing-masing. arnab yg memang dikenali dgn sikap takbur dan bongkaknya dan sombong tahap tak hengat itu menduga-menguji-mencabar utk berlumba lari dengan kura-kura (kura-kura lari ke?? huu.. layannn).. arnab lari dengan super-duper-extra-powernya.. kura-kura pula dengan lemah-lentok-longlai-gemalainya.. di 3/4 jalan,, arnab menoleh dan tidak nampak langsung batang hidung kura-kura.. makanya arnab mengambil keputusan untuk melepaskan lelah.. arnab bersandar di pohonan rimbun dan syaiton mengambil peranan bergayut2 manja di mata arnab.. arnab ketiduran.. kura-kura pula masih dengan semangat dan azam yang membara.. berjalan terkedek-kedek dan akhirnya melintasi arnab yg sedang ketiduran itu.. kura-kura berjalan dengan tersipu malu sehinggakan jejaknya tidak didengari langsung oleh arnab.. akhirnya,, kura-kura sampai ke garisan penamat dengan megah dan bangganya dan mendabik dada.. arnab tersedar di alam nyata apabila mendengar sorakan dan riuhan warga kehutanan.. arnab sedih.. arnab kalah kepada kura-kura.. sejak dari itu arnab berasa kemaluan untuk bersua dengan kura-kura lagi.. sampai lah ke saat ini,, arnab dan kura-kura tidak dilihat bersama.. sekian..

moral of the story:
  • buat kerja biar habis.. jangan seperti 'tinggal di tingkat 10 tp tekan lif tingkat 8'
  • kikis perasan takbur dan bongkak. jangan anggap diri terlalu sempurna. kelak kesempurnaan memakan diri..
  • kentalkan semangat. walaupun sudah jelas nampak kelemahan diri, tapi kita harus mengatasi kelemahan itu dgn sikap yg POSITIVE.. minda mampu mengawal diri dan tindakan!
:: pesanan di atas adalah khas untuk dirimu wahai azmila azman ku syg ::

............


ini kisah sekarang =

milla dan arnab

milla dan kura-kura

akhirnya,, arnab dan kura-kura berkongsi tuan yg sama =)




p/s::ada mslh dgn ptptipuptptn sem ni.. benci!



Tuesday, August 11, 2009

oh.tidak~


mimpi scary malam tadi
sangat-sangat menakutkan
mimpi eksiden kereta
keadaan kelam kabut
warna mimpi tu merah je sebab semuanya darah
takut
ya..sangat takut =[

YA ALLAH.. permudahkanlah urusan hambaMu ini dan berikanlah kesejahteraan dan nikmat hidup kepada dirinya Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap sesuatu..


p/s:: malasnya nak pergi kelas!


Monday, August 10, 2009

jam~

hari ni ke Kuala Gandah.. seawal 6.45 am dah gerak dr ukm.. janji nak jumpa dgn supervisor(SV) thesis kat R&R Awan Besar pukul 7.45am.. jam 7.42am sampai awan besar. Terus naik kereta SV pergi ke kuala gandah.. tidak banyak yang dibualkan sepanjang perjalanan..

..HATI MILLA SAYU..

SV drive.. milla duduk sebelah.. perhati..
sebijik saling tak tumpah macam arwah ayah..

gerak je kereta, tgk jam..
masuk tol, tgk jam..
keluar exit tol, tgk jam..
sampai je destinasi, tgk jam..

then buat rumusan :: berapa total masa perjalanan..

bila sampai kuala gandah, masuk ofis, ambil data-data yang perlu..
ramai foreigner dah kerumun kuala gandah
kami kesuntukan masa
SV kena pulang awal atas urusan kerja
kami tak sempat tunggu time feeding gajah=1pm & mandi bersama gajah=2pm

terkilan..
tiada sebarang gambar dapat dirakam..
takpelah..

ayat sedapkan hati : nanti duduk sana bulan nov-dis ni.. amek la gamba puas2..


[[mode : ketidaketahuan.kecelaruan.kerinduan]]

jam bonia pemberian bonda kepada ayahnda
sentiasa lekat di tgn kanan ayahnda..

jeles dgn bunda&ayahnda
milla mahu begini juga selamanya!


p/s: tiada p/s


Sunday, August 9, 2009

gajah~

esok,, isnin (Ogos 10,2009) milla akan ke Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, Temerloh, Pahang D.M.. a place for homeless gajah.. (gajah pun ada anak yatim jugak ye..hee)

sangat tidak sabar-menyabar ok! haha.. FYI,, milla study animal biology kat ukm dan akan membuat thesis bertajuk::

'Pemetaan Impak Gangguan Gajah di Negeri Johor (1994-2009)'

so,, i'v to work hard on gajah's behaviour, GIS (geographic information system) dan yang paling penting adalah cara-cara utk menambat hati dan chenta-menchentai gajah.. hehe =)

kepada gajah yg bakal bekerjasama dgn milla::

  • sila berbuat baik
  • sila berbudi-bahasa
  • sila menyukai saya
  • sila jangan menakutkan saya
  • sila sayangi saya
  • sila comel-comel

p/s:: azmila akan perasan kurus apabila berada di sebelah gajah.. hehe ;p

p/s/s:: pagi td bonda msg bgtawu 2 baby rabbit lagi mati.. total= 8 rabbit dah mati T_T
sejuk sgt ke rumah tu sampai mati2? haishhhh...




Saturday, August 8, 2009

bukan.utk.dijual~

skrg ni milla agak sibuk dengan tesis dan perkuliahan bagai2.. tp maseh sempat-menyempat menterjerumuskan diri ke lembah art-attack...

ni antara hasil karya sumber ilham hak cipta terpelihara milla setakat ni =)



..utk my baby 1616..


..utk inchik yg gila emily..


..utk cik winnie yg manis..


..felt keychains..

..messy-draft..


..sepit rambut froggie..



p/s:: going to Kuala Gandah,, Pahang isnin ni utk tengok gajah for my thesis thingy =)

p/s/s:: going to Pulau Pangkor 15-16ogos ni for some theraphy =)




Wednesday, August 5, 2009

kalerful~

merahmu bara semangat waja..
putihmu bersih budi pekerti..
kuning berdaulat payung negara..
biru perpaduan kami semua..


huuu.. tiba2 je kan? tak apa.. semangat bulan kemerdekaan itu perlu.. cheh... *hint*hint*
dah alang2 cakap pasal warna ni kan,, marilah menterjah~~~~

Perkaitan antara warna dengan personaliti:

Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.



Merah : Lincah, berani dan emosional


Biru muda : Pengasih dan penyayang


Oren : Bersemangat dan komited


Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik


Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah


Ungu : Kejayaan dan sikap positif



Hitam : Rasmi, serius atau hiba



Coklat : Matang dan bertanggungjawab



Putih : Bersih dan amanah






hmmm.. tapi banyak2 warna.. warna ni paling mendapat tempat dihati milla.. dan to be suprise,, hampir 90% jugak la description dia betul.. huuuu~~

::MERAH JAMBU::


Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.



p/s:: hidup umpama kanvas putih.. kamu sendiri yang menconteng dan membuat lakaran serta mewarnakannya dengan warna2 pilihan kamu..