Thursday, December 2, 2010

ketopengan~

'when you wear a mask for so long, u will forgot what lies beneath it'
......V for Vendetta



TOPENG..

setiap dari kita lahir dengan memakai topeng yang melahirkan personaliti dan membentuk identiti kita sendiri..

ohhh.. adakah mungkin penggunaan topeng ini menggambarkan kita sebagai seorang yang takut untuk berhadapan dengan realiti? takut untuk menunjukkan the true colours compang-camping diri kita? atau mungkn kecelaruan personaliti melanda?

YA. kita boleh mensarung topeng gembira tersenyum walau dalam hati ni dah berkulat bernanah dengan kesengsaraan dan kepedihan. YA. kita juga mungkin memakai topeng bertabah walau jauh di dalam diri, kita ini sungguh longlai, layu, lemah. YA. kita juga boleh tak sengaja 'tersarung' topeng dan seterusnya menjadikan diri kita begitu sempurna di mata orang lain walaupun atas dasar kehipokritan-macam-bagus.. dan YA, kita boleh juga menempah topeng yang akan membuatkan orang gerun dan takut kepada kita bak kata pepatah pujangga, Muka Cromok, Jiwa Tomok.. haha ;)

walau pada pandangan orang lain, kita bagus, kitalah sang dewa berkepak putih yang membawa sinar damai ke serata alam, TAPI, pasti, akan ada sekelumit perasaan tidak sedap akan menular dek kerana hidup bertopeng yang penuh kepura-puraan ini. sampai terkadang, kita jadi lupa, siapakah kita yang sebenar tanpa topeng yang selama ini mentutup ketidakbagusan yang ada pada diri.

YA. bertopeng itu PERLU dalam beberapa situasi. Agama yang murni juga mengajar kita untuk tidak membuka aib orang lain dan juga membuka pekung di dada. selagimana kita bertopeng untuk kesejahteraan dan keharmonian, ianya pasti akan indah2 sahaja.



p/s: i nak jumpa you....!



4 comments:

Wanita Mutalib said...

perlu pakai topeng :)

Eazy Izzuddin said...

kesinggahan..
hype lama x contact
pe khabar?

;)
Layans~
The Social Network

ini q i L L said...

pakai topeng bahagia utk sorok derita perhaps. hehe,

Yuni Aisyah said...

nice entry dear..keep on writing...
lame x dtg sini..kerinduan la pulak..hehe