Thursday, December 30, 2010

..terimakasih chenta

lelakiku,,

aku tahu kau sentiasa menanti sebaris ayat keluar dari millalara ni,, hingga kadangkala buat kau jemu bila tak ada entry yang aku tulis.. huuu.. aku mintak maaf.

lelakiku,,

aku tahu chenta kau pada aku terlalu besar,, terlampau telus lagi dalam.. hooo.. dan kau acapkali kata, kau bukanlah seorang lelaki romantik yang bijak menyusun manis bicara kata.. jenuh jugaklah aku nak menunggu bilanya kau nak kata I LOVE YOU dan kemudian aku nak balas I LOVE YOU TOO.. hahaha.. kadang-kadang, aku saja menggedik2 nak lebiu2 dengan kau. pastu, ayat kau mesti sama je,, sampai aku dah terhafal dah, 'ni kenapa buat suara gedik ni? tak sukalah'. pastu, aku pun diam2 sudohhhhh.. kau tau kenapa? sebab kau garang. aku takut. hahaha ;p

lelakiku,,

diam tak diam,, sedar tak sedar,, dah 10 bulan usia ikatan-chenta-ketat-ketat kita kan.. sumpah aku tak nak yang lain selain kau. sumpah aku akan chenta kau seorang saja. insyaAllah,, panjang jodoh kita,, dan atas izin Dia,, bersatulah kita nanti... kau tahu, aku eksaited-macam-orang-dapat-tau-mengandung-anak-pertama bila kau ajak aku kawen tau! hahaha.. dan aku betul2 yakin, kau lah orangnya..

lelakiku,,

memang seringkali kau kasar, kau gurau2 dengan aku pon sampai lebam2 segala.. tapi lembut tu ada pada hati kau.. aku je yang nampak sebab kau bagi part2 lembut tu untuk aku sorang je kan? hehehehehe.. kau buat aku jadi lebih matang. aku dah tak manja2 dah kan? aku sekarang seterong lagi kental yawwwww!

lelakiku,,

aku cuma nak kata, kaulah segalanya untuk aku.. terima kasih chenta!


p/s: Happy Birthday To You Enchik Gula2Hati Saya.



Thursday, December 2, 2010

ketopengan~

'when you wear a mask for so long, u will forgot what lies beneath it'
......V for Vendetta



TOPENG..

setiap dari kita lahir dengan memakai topeng yang melahirkan personaliti dan membentuk identiti kita sendiri..

ohhh.. adakah mungkin penggunaan topeng ini menggambarkan kita sebagai seorang yang takut untuk berhadapan dengan realiti? takut untuk menunjukkan the true colours compang-camping diri kita? atau mungkn kecelaruan personaliti melanda?

YA. kita boleh mensarung topeng gembira tersenyum walau dalam hati ni dah berkulat bernanah dengan kesengsaraan dan kepedihan. YA. kita juga mungkin memakai topeng bertabah walau jauh di dalam diri, kita ini sungguh longlai, layu, lemah. YA. kita juga boleh tak sengaja 'tersarung' topeng dan seterusnya menjadikan diri kita begitu sempurna di mata orang lain walaupun atas dasar kehipokritan-macam-bagus.. dan YA, kita boleh juga menempah topeng yang akan membuatkan orang gerun dan takut kepada kita bak kata pepatah pujangga, Muka Cromok, Jiwa Tomok.. haha ;)

walau pada pandangan orang lain, kita bagus, kitalah sang dewa berkepak putih yang membawa sinar damai ke serata alam, TAPI, pasti, akan ada sekelumit perasaan tidak sedap akan menular dek kerana hidup bertopeng yang penuh kepura-puraan ini. sampai terkadang, kita jadi lupa, siapakah kita yang sebenar tanpa topeng yang selama ini mentutup ketidakbagusan yang ada pada diri.

YA. bertopeng itu PERLU dalam beberapa situasi. Agama yang murni juga mengajar kita untuk tidak membuka aib orang lain dan juga membuka pekung di dada. selagimana kita bertopeng untuk kesejahteraan dan keharmonian, ianya pasti akan indah2 sahaja.



p/s: i nak jumpa you....!