Showing posts with label .endless love.me and mines.. Show all posts
Showing posts with label .endless love.me and mines.. Show all posts

Friday, April 1, 2011

kau yang punya~

jangan kau bimbang sayang
dimana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang ku tetap kau yang punya !


kau, aku dalam Pulapol ni (haha, padahal tulis entry ni 24Feb2011 atas kerusi depan tv kat umah).. aku rindumati sama kau! kau tunggu aku kan? 8 bulan je lagi kan.. kau tunggguuuuuuuu tawu!



Tuesday, March 1, 2011

wajah kesayangan hamba~

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kan
Selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Happy 365hari Enchik Gula-gula Hati saya :)


our very first picta bersama,, after your very first-gabra-time jumpa my bunda...


Alhamdulillah,
thank you Allah kerana menghadirkan seseorang yang menchentai diri ini seadanya...


Hari ni, 1 March 2011, kaki ini melangkah ke Pulapol dengan satu hasrat, satu semangat, satu tekad,, dan meninggalkan seketika kehidupan bersosialisasi,, bye2 handphone & facebook,, dan kutinggalkan insan2 kechentaan hati.. will gonna rindu-rinduan kalian sama !!!


tinggi2 gunung Kinabalu,, tinggi lagi sayang sama kamu!
enchik gula2hati,, adek boy,, bunda syg,, along bam,, abg boy,, adek gerl..



p/s: selamat!

Monday, November 1, 2010

..cemburu.itu.indah~

ku juga suka bila kau curiga,
ia mengajarku erti setia...


(Lestari- Cinta itu ketawa dan air mata)


Cemburu adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang bagi seorang pasangan terhadap pasangannya. Cemburu terbenih tiap detik dan ketika. Selagi tahap kecumburuan berada under control,, ia adalah tidak mengapa bukan? :)



(haffiz, ejar, milla, gula2 hati)

Selamat Bertunang Haffiz & Ejar

30 Oct 2010




p/s: saya seporting je bila budak gadis tu kata dia minat awak. boleh??? grrrrr~

Saturday, March 13, 2010

..menggeletis.terindah~

mari bercheritera bersama gambarajah2 panduan :)

arakian, telah dijemput menghadiri pesta-muda-mudi-retro-musical dengan menaiki ini vespa. terasa ayu sekali ohhh..

auchhhhhieee.. pengsann terhidu aroma kanda zain! aummmmmm~~~~ ruffedge in da house!

menterima anugerah dari ayahnda pengetua kolej.. *maluuuuuuu* ^^

queen of da nyte & king of da nyte.. ^^

most popular gadis award & most popular jejaka award ^^

ketidaketahuan ;)

malam pesta muda mudi ;)

ohhhhhhhhhhhhhh kanda zain.. kanda azan juga. persembahan mantop!

owhhhh.. under your umbrella~


pictures credit to : Mr Jat Lid & nad syg..

fashion&make-up credit to : along syg, rumet syg, kak marina, pa syg ;)


SUMPAH teruja! tapi SUMPAH malu jugaaa.. heee.. keindahan Malam Retro Musikal, Kolej Rahim Kajai UKM Bangi akan senantiasa berada di dalam ingatan tulus abadi kasih sejatiku ini.. gonna miss semua sayang2 ku.. kenangan terindah terakam abadi -UKM 2007/2010-






p/s: amat2 rindu sama temen2 bloggers.. maaf tak berkesempatan menziarah kalian2. maaf. maaf.



Tuesday, March 2, 2010

..chentaku.tertinggal.di.Broga: i.lebiu.abang~

amaran awal: kepada anda yang tak tahan kepada kejiwangan, sila hindari entri ini. dikhuatiri akan muntah pekat2 likat2. terima kasih.

..........................

ohh abang. i tak nak expose pasal hubungan kita tapi hati i meronta-ronta, tanpa sebarang kawalan. abang sedia maklum bukan, indeks kechentaan hati i terhadap manusia berkepala botak dan berbadan sedap adalah di tahap membimbangkan, sampai terkadang i rasa nak telan diazepam, temazepam, alprazolam dan doxlylamine, tapi i tak nak mati macam kekanda Heath Ledger. demi abang, racun pun boleh i minum jadi penawar tau!

ohh abang. hati i bernyanyi cha-cha-cha tika dan saat melihat wajah abang. abang mengajar i erti rindu gelora dan syahdu nian. bila bersama abang, i rasa selamat sekali jiwa dan raga. dan i rasa diawangan bila i dapat hidu harum mekar semerbak bauan badan abang. lagi2 kalau abang pakai deodoren flavor stoberi.. lemas dan terus pitam i! ohoiiii~

ohh abang. ketahuilah walau sekejap cuma kita memadu asmara, menyulam kasih, menyemai chenta, mengukir tawa, me-welding perasaan kita rapat2 erat2 lekat2, menconteng bentuk love ada anak panah dengan nama kita berdua pada batang pokok guna kunci kereta abang; i rasa bahagia teramat-amat. terima kasih abang untuk segalanya. walau sekejap cuma. i lebiu abang.

i tak kisah orang cakap i perasan or whatsoever, yang penting kita tahu perasaan kita. kan abang ;)

i penat mendaki mengejar abang. i tahu abang strong. tapi abang janganlah tinggalkan i. heh~

kita minum dulu ye. abang kena biasakan diri dengan Malaysia yang panas ni tau :)

oh yes.. memori terakam di bukit ini. di puncak ini, bertemankan lalang2 layu ketidakhijauan dek kepanasan yang melampau, begitu jugalah melampaunya kasih i pada abang.

shhhhhh.. angin bayu sedang menyanyikan lagu ceritera pawana chenta kita :)


ohhh.. i lebiu abang.
I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
and after all
You're my wonderwall :)




haha.. anda2, sila abaikan kegonjengan-keputusfiusan-keimaginasian terlampau milla ohh.. Yang sebenarnya, milla telah ke Broga hill buat kali keduanya pada hari Ahad, 28feb2010 bersama kazens tanpa dirancang. gerak dari umah nenda pukul 5pm, panjat Broga 5.25pm, turun pukul 7.30pm. Broga buat masa ini tak seindah dan sehijau my 1st visit.. tapi tetap,, kenangan tertinggal di sini :)

cik keiyra
tajuk gambar : dipersimpangan dilema

cik mimi & cik milla
tajuk gambar : now, everyone can fly!
ohh.. ini adalah gambar pertama milla melompatan bebas keudara. haha. teruja!



oh ya. alam itu indah.
jangan bangunkan lenanya dengan loceng kebinasaan.




p/s: kekanda shahrul (nama sebenar) dah lama mengidam nak panjat Broga.. jom3! tp cik milla free weekdays sahaja ohh..


Friday, February 12, 2010

hati bernyanyi hip hip hoorey versi sudirman~

mode : muka burn kemerah-merahan. semalam, the whole day ada fieldtrip, masuk ladang getah, panas-panas bukan suam2, tapi terik teramat.

dan hari ini, bakal pulang ke rumah after class animal behaviour. ada kuiz. heh~


dari bunda: 'selamat pulang ke pangkuan bunda angah...'


adeh.. tacing2... ada tak sesiapa nak sponsor jet peribadi supaya cepat sikit ohh mila sampai tapah!??

dan nanti spnjg perjalanan kena bukak lagu pop disco dance sahaja ohh.. sebab dah terbukti, irama dan lagu dalam kereta merangsang kadar kesopanan dan kesusilaan ketika memandu. milla pernah bereksperimentasi dengan memasang cd lagu pop wanita 90-an, cd fauziah latif & ziana zain, terus automatik memandu dengan bersopan sekali ohhhh..

kepada anda2 yang pulang juga, lakarlah memori indah bersama keluarga ya. kerana walau seramai mana kenalan anda, kawan2 anda, kroni2 anda, keluarga tetap terutama :)




happy2 hols peeps :)





p/s: ades, kat rumah nnti kena amik turn guna broadband. bunda berFb, mat capang berUltimate gitar, adik gedik berMysepes.. adess2..

Tuesday, January 26, 2010

ayah.ku.sayang~

ini gambar saya dan ayah saya..

SAYA SAYANG AYAH SAYA KERANA ayah saya adalah superhero di hati saya. ayah saya seorang yang sangat penyayang dan romantik dan ayah menzahirkan keromantikannya dengan perbuatan dan kata-kata. kadangkala saya akan berasa teramat cemburu terhadap bunda saya apabila melihat keromantisan ayah dan bunda saya. saya kerap mempasang angan-angan untuk mencari sang bakal suami sebijik seperti ayah saya. namun, belum saya ketemui juga.

ayah saya seorang yang soft-spoken, sporting, sporty, suka bergurau, dan kami empat beradik dibesarkan dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang tanpa pernah sekalipun dengan kekerasan. ohh... saya rindukan morning call & morning msg dari ayah, saya rindukan perbualan telefon dengan ayah yang pasti di akhir perbualan, ayah akan cakap : 'take care sayang'.. dan yang paling pasti, saya rindukan ciuman ayah di pipi kanan, pipi kiri, dan dahi saya setiap kali saya pulang ke rumah.

saya tak mampu untuk menulis panjang. cukuplah di entri-entri ini saya beremosi dengan maha dasyatnya.




dan kini, walau apa pun terjadi, saya terpaksa menjadi kuat atau berlakon menjadi kuat kerana semua orang cakap, ayah saya akan sedih kalau saya kerap mentangisi pemergiannya. tapi.. saya kerap tewas. sebab saya belum cukup kuat barangkali.

dulu saya boleh bermanja2 dengan ayah.
sekarang saya bermanja seorang diri.


dulu, bila saya perlukan ayah, call dan sms menjadi penghubung kami
tapi skrg, saya tak boleh berbual dgn ayah lagi. tapi saya boleh gembirakan ayah dengan hadiah-hadiah yang priceless, berupa Yasin dan Al-fatihah setiap hari.

ayah dan bunda teramat gembira ketika ini. along apatah lagi. potret graduasi along lengkap gambar sekeluarga dengan tambahan sang bakal suami along.

nanti graduasi saya? hmmmm... saya akan mempastikan saya mempakai eye-liner yang kalis air. kalau tidak, hitam sememehlah pipi saya kalau empangan air mata saya pecah nanti...

nenek dan atok hidup bersama sampai ke tua.
bunda pula, hanya dapat membelai membersihkan pusara ayah saya sahaja.
tapi saya tahu, bunda saya kuat. jadi saya kena kuat-kuat juga.


SAYA SANGAT SAYANG AYAH SAYA kerana,
ayah saya tiada gantinya dan kerananya jugalah saya menjadi saya :)


HJ AZMAN HJ BURHANUDIN
(28Julai1961-03Disember2008)




telah dpt jemputan kontes dari Cik Bard yang bakal jadi milik Enche' Abang tahun ni.. jemputan majlis bila nak bg cik Bard? heeeee ;p

setelah melihat gambar si anak di pusara,, sexy daddy,, kesah syahdu-pilu seorang jejaka (bro, 1st entri lu yg bikin wa sedeh ok),, milla pon tergerak untuk join ini kontes juga for you Cik Badariah Baharin :)

pesanan ikhlas:: kepada anda2 yang masih punya kedua orang tua, hargailah mereka sepenuhnya. kerana perasaan sebuah kehilangan itu tidak dapat ditafsirkan dengan kata2. sekian.

Saturday, January 23, 2010

kechentaan.hati~

Happy Birthday bunda Jamaliah Abd Manan


bunda yang bertabah,
bunda yang penuh dengan kasih dan sayang,
bunda yang sabar melayan kegonjengan anaknda2nya,
bunda yang teramat sporting,
bunda yang kuat,
bunda yang menjadi kechentaan hati kami....


WE love U sungguh2 bunda !




p/s: bunda,, sila komen slps membaca ini.. heee =)

Tuesday, January 12, 2010

alahai.omak.kawenkan.aku!


BORANG KURSUS PRA PERKAHWINAN.. what daaaa?

oh my.. oh my.. *tarik nafas dalam2*.. hmm,, seperti yang tertulis diatas, YA, milla telah mengisi dan bakal mensubmit borang ini besok bersama terbangnya rm80 *gelak*

semuanya berlaku sekelip mata ohh.. my sepupu, kak zura, baru selesai kursus kahwin ni minggu lepas. so, penceramah tu ada lah inform yang bahawasanya:: mulai februari 2010, kursus pra perkahwinan akan berubah modul.. 3hari 2mlm, plus lebih penambahan kerohanian (kiamullail, tajwid test, test+++, etc, etc)..

kesahihannya, tak diketahui. tapi, tadi mintak borang kat Pejabat Agama Langat, dan suprisingly, untuk minggu ni& minggu depan dah habis. tinggal 30&31jan shj.. mungkinkah ramai yang dah tau pasal ni ekk?

hmm.. ikutkan memanglah lebih afdhal dan lebih bermakna jika lebih mendalam penghayatannya kan.. but then,, buat orang2 yang agak sukar untuk mencuri masa sebab terikat dgn banyak komitmen tugas dll, ianya agak merumitkan ohh..

bermotifkan : 'jomlah pergi sama2, senang, meriah sikit', dengan kepaksaan rela hatinya ku pergi juga bersama2 mereka,,

cik akak along + bakal suami
cik akak alin + bakal suami
cik keyra ( dah ada boyfren)
cik mimi (dah ada boyfren )
cik millie (dah ada boyfren jugaa )
cik milla ( masih sendiri tapi happy2 jugaaa)
*senyum lebar*

ayat sedapkan hati : takpe,,sijil kursus ni laku seumur hidup..tak pe ohh ;)
ayat sedapkan hati lagi : takpe,, nanti pegi lagi teman enchik bakal suami.. haha.. weng2 sudah! podahhhcit! ;p




gambar diambil pada mac 2009.


kepada kamu-yang-suatu-ketika-dulu-pernah-dihati,, (mungkin kamu membaca ini)..


terima kasih di atas segalanya ohh.. sedari umur 5 tahun kita kenal each other.. chenta zaman pakai kain kembang ropol2, sampailah ke zaman nenek-pon-pakai-iPod ni haa.. kita kenal sebagai sahabat, kemudian terjebak ke dunia-indah-tamanbunga-dalam-hati, kemudian kita terpaksa menerima bahawa kimia kita tak cukup kuat walaupun telah menchoba, dan kini, kita kembali sebagai sahabat jua,, harapnya sampai bila-bila..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN inchik pengganas serbia yang pernah merompak hati ini suatu ketika dahulu. god bless, insyaAllah ;)



p/s: ohh, terasa sungguh wanita2.. dah mula memakai pencuci muka& cream muka.. haha.. *teruja*



Monday, December 28, 2009

anak~

hari ini Isnin. sangat tak menyukai Isnin sebab ia hadir selepas Sabtu & Ahad.. ohhhh! kacau!

..ini nenda..

semalam pulang ke rumah nenda.. pasti wujud 1 perasaan mentusuk-tusuk kalbu yang tak boleh dihilangkan setiap kali jejak ke rumah nenda ini... nenda acapkali, berulangkali, seringkali, berkali-kali sebut perihal arwah anaknya (which is my ayah).. berulang-ulang.. benda yang sama. diulang dan diulang.. walaupun nenda baru kehilangan suaminya (which is my atok) 2 bulan yg lepas..

wondering....

A Wife who loses her husband is called a widow
A Husband who loses his wife is called a widower
A Child who loses his parents is called an orphan

BUT..

There is no word for a parent who loses a child.. ouhhh,, that's how awful the loss is!!!




p/s:: tadi tgk gambar kawan sebaya yang perutnya dah memboyot disebabkan buatan orang. buatan orang? jeng3.. buatan hubby dia lah.. teruja ohh nak jadi mummy! bilalah nak mengkandung ni? oOooppssss ;p



Sunday, December 27, 2009

bakat.terendam~


amaran:
ini chobaan yang selekeh. sila jangan kutuk! heeeee~~



sila gelak ye.. chord terjunam ke selat melaka! sebenarnya,, mila taktahu pon chord2 gitar ni. maen buat sesedap rasa based on ingatan terhadap main keyboard lagu happy birthday ni time kat sekolah rendah dulu2.. ;)

okeh.. keselekehan bermain gitar beriramakan lagu Happy Birthday itu ditujukan khas buat si adik,, Izwan Azman.. 27.12.2009:: Happy Birthday yang ke-16 tahun ohh ;)

Izwan Azman a.k.a matChapang dearie,,
  • terima kasih kerana selalu mempekakkan telinga angah dengan bunyian gitar dan suara kamu yang sumbangsih itu..
  • angah mintak maaf sbb selalu kamu dibuli.. antara yang terdasyat pabila angah&along mencabot bulu kaki kamu dengan menampal veet punya sticker penanggal bulu itu.. percayalah,, itu sekadar gurauan berkasih ya walaupun kamu sampai meneteskan air mata.. hahaha ;p
  • silalah jangan berangan angah akan serahkan kereta satria itu kepada kamu.. faham? hahahahahaha (gelak jahat)
  • dan last sekali, gila jeles kamu dapat Yamaha LC! bundaaaaaaaaa... angah nak Caldina!!!!!

budak ini tinggi dia 180cm++ ohh..
saiz kasut 11..
budak ini sangat sengal jugaaa~



tiada special entry pasal RTW. hujan memanjang. member2 cancel pergi. last2 berdua saja ohh.. gambar pun tiada sebab hujan dan takde kamera changgeh.. tapi the best part is,, dapat melihat kepelbagaian perilaku dan perlakuan umat2 manusia disana. menarik. pelik. juga jelik. ;p


semoga Ahad kamu2 indah dan molek belaka ;)


Tuesday, December 15, 2009

dua.puluh.tiga~

...pulang celebrating birthday along di Ceria Karaoke, Kajang.. 11pm-1am.. tepat 0000hr, kami stop mensumbangkan suara dan terus mempotong kek lalu memakannya dan kemudian sambung upacara mensumbangkan suara ;)

bunda-along-abg ash-milla-eyin




by milla : mahligaimu dari air mataku, cinta itu ketawa & air mata, tiara, kau pergi jua, dendam terlerai, my everything, the day u went away, perpisahan terasing..

haaa.. hambekk.. semua lagu frust jiwa2 ohh -_-

15.12.2009
Selamat UlangTahun Kelahiran ke-23, Izwana Azman..


even orang cakap along kurus, angah gemuk..
even orang cakap along putih, angah hitam..
even orang cakap along cantik, angah comot..
kita tetap sama berbintikan Azman..
dan tahlil kita nanti tetap sama berbintikan Jamaliah..

sila kahwin cepat2 ;)


lotsaluv, hugs& kisses
..Azmila Azman..


*tiada bisa melawat blog anda2 kerana agak bz dgn aktiviti merabakkan poket.. huuu~ i'll catchUp kamu2 later ya ;)


Thursday, December 3, 2009

AYAH: not.ready.for.goodbye~

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;

Then, I am still and wait here in the silence,

Until you come and sit awhile with me...

You raise me up, so I can stand on mountains;

You raise me up, to walk on stormy seas;

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up: To more than I can be...


.bunda dan ayahnda.

28 November 2008
pukul 5 petang, ayah dimasukkan ke wad Hospital Tapah. ayah batuk-batuk dan 5 hari tak dapat tidur langsung. tak pejam langsung. mak berkeras bawak ayah check up lagi kat hospital Tapah. yelah, dah pergi other hospital and clinics time kita spend a week kat bangi tu, doktor cuma cakap ayah batuk biasa. ayah sedapkan hati angah, ayah cakap, duduk hospital cuma nak check-up keseluruhan. ok.

29 November 2008
ayah dikuarantin. saspek Tibi (batuk kering). ayah kena pakai mask. kesian ayah, duduk kat penghujung wad yang panjang itu. hmm.. petang tu, dapat result check-up. negative. ayah tak kena tibi. tapi mungkin jangkitan kuman pada paru-paru. ok. ayah pindah ke bilik lain. ada 3 katil kat situ. ayah paling muda. 47 tahun. lagi 2 org, pakcik yg dah berumur senja. angah dgn mak gilir2 teman ayah. luckily time tu angah tengah cuti sem. hmm.. angah teman ayah malam tu. angah bawak lappy, main game tetris dgn ayah. ayah ingat tak,, nurse on duty bising2 marah. haha. angah tutup lappy.. then agak2 nurse bengis tu dah tak round2, angah sambung main lagi tetris dgn ayah.. huhu.. time ni ayah tak dapat tidur lagi. kesian ayah. kena cucuk2, masuk wire sini sana, makan2 ubat tapi langsung tak dapat pejam mata.. last2, angah pulak yang lena tidur dlm wad.. hehe..

30 November 2008
result x-ray paru2 ayah shows yang paru2 ayah dah rosak teruk. doc tu celupar je mulut kan cakap ayah ni penghisap rokok tegar. hello!! ayah angah ni tak pernah sentuh rokok langsung tau! tak pernah mensedut walaupun sesedut. oh.. terus doc tu diam. dan dia cakap, paru2 ayah kena infection. hari ni jugak ramai saudara2 yang datang melawat. angah tahu, ayah tak suka keadaan macam ni kan. yela, bagi ayah, ayah cuma batuk biasa je. susah2 je nenek, atok, nak datang dari bangi ke tapah jenguk ayah. angah nampak ayah tahan sebak dan air mata ayah bergenang bila mak long pegang ubun2 ayah sambil baca al-fatihah. lepas mak long balik, datang lagi ramai kawan-kawan ayah. ayah nampak letih, lemah, tapi ayah tetap mesra berborak bersembang dgn diorang. ayah makan mesti nak bersuap. huu.. manjanya ayah angah ni.. malam tu, mcm biasa, turn angah jaga ayah. Alhamdulillah, ayah dapat tidur. lena. siap berdengkur lagi. syukur. angah tak tidur mlm tu sbb anak pakcik sebelah tu macam tak waras je pandang2 jeling2.. lalalalala~

01Disember2008
keadaan ayah tak bnyk berubah. tetap sama. hari ni datang lagi ramai kawan-kawan ayah. ada yang bawak air jampi tu, air jampi ni, air baca tu, air baca ni. ada yang cakap ayah kena santau. ada yang cakap kena ilmu. ada yang bwk ustaz, ada yg bwk bomoh. ohh.. angah tetap lebih percaya kepada pak doktor. tapi tetap, kena cari alternatif rawatan lain juga. apa yg penting, usaha dan yang paling penting, semua tu berlandaskan agama.

02Disember2008
good morning ayah. angah cium pipi ayah, dahi ayah. pagi tu doktor dtg. tgk rekod kesihatan ayah. angah tanya doc, apa progress ayah. doc cakap, after tgk keputusan, doc nak buat check-up lanjutan lagi sebab doc saspek mungkin cancer. lung cancer. Ya Allah. walaupun ada perkataan 'mungkin' kat baris ayat doc itu, tapi tetap mensentapkan jiwa. hari ni, angah jaga ayah tengahari sampai petang. sebab mak cakap malam ni mak nak teman ayah. ayah minum susu HL, sambil angah bacakan paper untuk ayah. hari tu berita pasal harga minyak turun seposen pd 3 disember. ayah cakap kat angah, 'tak sempatlah ayah merasa harga minyak turun'. angah time tu takde respon, angah teruskan je baca paper.

nurse datang nak ambil darah ayah. cucuk kat tgn, tak dapat. cucuk kat lengan tak dapat. last2 cucuk kat kaki baru dapat. then doc cakap 3 disember doc nak transfer ayah ke hospital Ipoh sbb ada pakar kat sana. ok.

03Disember 2008
angah balik rumah. janggal rasanya tidur kat rumah. yelah, dah 4 mlm angah tidur kat wad teman ayah. angah balik rumah layan novel. ohh, meleleh-leleh air mata. lebih kurang pukul 2.40am mak call. mak cakap, datang sekarang, tgk ayah. menggeletar kaki angah drive ke hospital. pukul 3am angah sampai hospital. angah nampak ayah. ayah terbaring. tiub dan wayar berselirat sana sini. dari mulut, hidung, tangan, dada. doc jolok tiub dalam mulut ayah. pam. keluar darah. merah, cair dan banyak. baju t-shirt kuning ayah dah bertompok-tompok merah dah. angah telefon semua orang. cakap ayah tenat. angah takut. ambulans dah siap nak hantar ayah ke hospital Ipoh. tapi, doc tu cakap, 'kita bertaruh dgn masa. kalau kita hantar ke Ipoh, 5 minit lagi, sy jamin ambulan akan patah balik, your dad dah tak ada. ok. kita disini akan cuba sedaya yang boleh. your dad suffering lung cancer'. Ya Allah. bertambah lemah longlai lutut ni. angah tenung mak.

berulang kali mak baca yasin untuk ayah. angah peluk mak. angah cakap dgn mak angah takut. angah call kerol ngan erin. tak berjawab. tak sedar langsung call. then, kwn ayah dtg. dia tlg pergi rumah fetch budak 2 org tu. along pulak on the way dari rawang balik tapah.

jam kat dinding menunjuk ke angka 5.15am. doc panggil angah kat kaunter. doc mintak ic angah. angah cakap ada tertinggal kat dlm kereta. doc tu suruh angah ambik. angah tanya kenapa. sebaris ayat ni keluar dari mulut doc itu. angah tak mungkin akan lupa... 'actually your dad had passed away at 5.10am, go and tell your mom, I just cant tell her directly, afraid that she'll shocked terribly'. ohhhhh... angah freeze on the spot! angah jalan kearah mak. time tu mak tgh duduk baca yasin kat tepi telinga ayah. angah peluk mak. angah cakap kat mak 'mak, angah tak sempat mintak maaf kat ayah pun. doc cakap ayah dah tak ada. '. mak diam sekejap. pastu jawab, ' tak apa, ayah dah maafkan angah. ayah dah maafkan kita semua'. angah tenung ayah. angah sedih lah ayah... tapi yang pasti angah tahu mak sejuta kali lagi sedih.

adik2 pun sampai. angah teremo. marah2 diorang kenapa tak jawab call. angah pukul si kerol. angah just cakap, 'ayah dah tak ada dah tau tak'.. dengan saki baki keupayaan dan kewarasan yang ada, angah call semua. just with a short kata, 'ni angah, ayah dah tak ada'.

angah dan mak pergi surau hospital. kami solat subuh. jiwa kosong. angah pandang mak. mak pandang angah. kemudian pack semua barang ayah. bawa pulang ke rumah. mak cakap kat angah, ayah sempat mengucap kalimah syahadah. lancar. kuat. jelas. dekat 10 kali sebelum ubat yang doc cucuk membuatkan ayah tidur dan terus tidur hinggalah sekarang.

kalau ada yang bertanya tentang urusan pengkebumian, angah mmg tak tahu apa2 langsung. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Sijil mati, perihal hospital, mandi jenazah, kafan, solat jenazah, semua dipermudahkan. sblm pukul 9am, semua dah selesai. seminggu sebelum ayah pergi, ayah sempat cakap kat kami yang jika apa2 berlaku, ayah nak disemadikan di Bangi. hajat terakhir ayah dipenuhi. kami bergerak dari Tapah ke Bangi. 9 kereta semuanya. angah dan kerol naik kereta peronda polis depan sekali. tunjuk arah. alhamdulillah, perjalanan lancar. kami dieskot. tak ada satu traffic light pun yang kena berhenti. kat tol pun jalan je. ada polis traffic kawal laluan jalan. terima kasih atas kerjasama dari polis Tapah, Bangi, Kajang dan Sepang.


ayah.. ayah mesti dengar kan angah baca yasin sambil tersedu-sedan kat sebelah ayah. ayah mesti sedar kan kitorang semua bergilir2 kucup dahi ayah yang sejuk tu. sedaya-upaya angah tahan air mata ni dari jatuh, sebab teringat kata ustaz, jenazah akan terseksa kalau air mata kita menitis padanya. angah tarik nafas dalam2, angah cium dahi ayah. angah ikut sekali teman ayah ke kuburan. alhamdulillah, cuaca bagus hari tu. mereka letak ayah di dalam liang lahad. angah perhati dari tepi lahad, sampailah siap terkambus. pastu angah ikut imam baca talkin. masa ni angah rasa kosong sangat2. ayah angah dah dalam tanah? dah kena timbus? ayah angah dah tak ada? angah rasa macam mimpi. sekejap sangat. sangat-sangat.


Tanggal 03 Disember 2009,,

Terasa bosan duduk menghitung hari. Genap setahun sudah ayah pergi meninggalkan angah. ayah tahu tak, kawan2 angah pernah perli angah sebab angah ni dah besar2 pun peluk cium ayah erat2 depan2 orang. eh, angah kan sayang ayah. tapi sekarang, hanya kenangan yang tinggal. tak ada lagi peluk cium ayah, tak ada lagi suara ayah yang romantik panggil angah 'sayang', tak ada lagi Good Morning msg dari ayah. tak ada lagi bunyi dengkuran ayah. ayah, ayah ingat tak, angah selalu kena jadi tukang cabut uban dgn tukang potong kuku jari & kaki ayah.. huuu.. angah rindu itu..

last pic of ayah dgn T-shirt kuning itu.
beberapa jam sebelum ayah pergi.
bantal2 ayah mengubat kerinduan hati.

ayah,
angah not ready for the goodbye
not ready for the end
not ready for this reality
angah not ready for this life
one without you in it
maybe someone else's
anyone else's
tapi bukan ayah
never ever ayah
angah masih butuh ayah

tapi angah tahu
this strange feeling inside
membuatkan angah lebih kuat
kuat untuk belajar menerima
terima hakikat
ayah angah telah tiada
dan itu yang tersurat
angah perlu KUAT!

angah sayang ayah
angah rindu ayah
sangat-sangat
ayah tahu itu kan?

ayah dah terima warkah2 angah?


(Letter to Heaven Part 3)
(Letter to Heaven Part 2)
(Letter to Heaven Part 1)

ok ayah, angah tewas. angah menangis.

haippp.. azmila anak ayah kuat.
tak boleh sememeh2 gembeng2 tawu!

Al-fatihah buat ayahnda,,
Hj Azman Hj Burhanudin
(28Jun1961-03Dis2008)

Thursday, November 12, 2009

riang-xriang~

assalamualaikum =)

alhamdulillah and yippie2 tadi milla dah selesai final exam sem 1 thn 3 ni.. 1 more sem to go insyaAllah.. then boleh kawen grad suda... hooooo~~~

********
ok anda semua..
how was your day kebelakangan ini?
everything went great and fine dan bagus? ok that's good..

mine? hoho tidaklah sebagus anda kerana ia adalah penuh dgn aktiviti kehangusan duit dan perasaan dimana telah melangkah masuk ke dlm 'klinik kereta' tanpa meyedari the next split second akan kehilangan ratusan ringgit.. tapi perasaan gundah gelana kehangusan duit diredakan tatkala mengenangkan ia adalah utk kebaikan the two and only intan-payung-gunung-ganang,, shemomotku dan domemon bundaku,, yg kedua-duanya pemberian arwah ayahnda..


..patient1 : shemomot..
tukar 3tayar+sebis



..patient 2 : domemon..
top overhaul





dan lagi... selamat bertunang untuk kazenku kak zura.. perasaan milla tidaklah sebagus orang lain yang bergumbira berphotoshoot kerana badan yang telah mengembang dengan jayanya menjadi topik hangat perbualan pakcik2 makcik2 dan sekalian insan2 budiman di rumah nenda itu.. ya.. milla pasrah.. apapun,, i'm happy to be me =) a BIG yessss...


..menyarung busana..

..busana indah..

cincin disarung tanda pengikat.. ohhhhh~

..cincin tunang & cincin risik..

..melayan tetamu..

..indah..

..azura amrullah..
cucu sulung dlm keluarga :)
(milla cucu yg ke-7)

*aksi gedik2*

..haha..gedik2 bersama si adik..

..along dan si adik.. euwwww~

hoooo.. sila muntah tgk gamba perasan ini.. ;p




kepada kamu2 yg dah lama follow millalara,, mesti ingat kisah chenta milla si budak tongdrum ni kan.. haha.. okeh,, exclusively gamba ini ditempek sekali lagi disini.. sangat usang sudah memori lama2 tapi kenangan usang itulah yang memberikan bekalan senyuman buat kita di masa ini kan? haaaaaa... taraaaaaaaa... *sila gelak*

huuu.. kenangan tahun 2000.. chenta si budak sehat& si pengganas serbia (entri ini).. haha ;p

kepada enche' pengganas serbia, 17 tahun dulu kita mula kenal sbgai kawan, apa pun tjadi kita tetap akhiri sbg kawan juga kan.. hmmm.. :) thanx for everything ya..


p/s: menonton 2012 ini hari.. :)