Showing posts with label .gula-gula-hati.. Show all posts
Showing posts with label .gula-gula-hati.. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

..bila nak kurus ni ?

saya adalah budak gemok ! yeay ! dah seminggu masuk balik dalam Pulapol ni.. entah mengkurus balik entahkan idak.. ish3.. dulu senang aje nak turun berat,, sekarang apekehenye lah payah bebenor beratnye nak meturun? takpelah,, idak le kesah sangat pasal berat tu.. yang penting,, orang2 duk kabor kata cik milla dah menslim.. aummmm~ i very the loike statemen2 u'oll tu tauu! kembang semangkok segala lah jadinye bila kena puji itu macam. wahhhhhh.. aummmmm2~


kemain dulu siap pegi Mayfair,, scan badan nak buat treatment lah kununnya... org sana kata, 'u ni gemok air'.. yess,, i very the like air2 ni.. tak kesah lah air apa pon.. huhuhuhuhu~ gemok pon gemok la.. bukan ke gemok tu petanda bahagia!? aummmmm grhaummmm !


p/s: i rindu you encik gula2hati !

Friday, April 15, 2011

.cemburu itu indah~

mode : kecelaruan perasaan

hati dan perasaan tak boleh ditipu. luar kata okey, kental lagi seterong. tapi dalam,, lu fikirlaa sendiri! orang lama-lama kata,, chemburu tu tanda mengekspresikan sayang.. tu kalau kita lihat dari kepositifannya lah kan.. tapi macamana lah hai kalau susah sangat nak buang indeks kechemburuan yang melampau ni? selalunya,, dari chemburu tu lah timbulnya prasangka,, curiga,, hasad dengki & segala cornflakes konflik,, dan hati pon bertarakucha-cha-cha bercelaru bagai2..

bingung2!! i can't help myself dari chemburu !! because i'm so in love with you !! tapi,, atas dasar kewarasan, kedewasaan, keprofesionalan& kerasionalan,, akan i choba mengawal indeks kechemburuan i ni sebab i kan wanita dewasa yang matured lagi hebat *katanya*! awuuuuuu~ dan i love u !


Friday, April 1, 2011

kau yang punya~

jangan kau bimbang sayang
dimana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang ku tetap kau yang punya !


kau, aku dalam Pulapol ni (haha, padahal tulis entry ni 24Feb2011 atas kerusi depan tv kat umah).. aku rindumati sama kau! kau tunggu aku kan? 8 bulan je lagi kan.. kau tunggguuuuuuuu tawu!



Tuesday, March 8, 2011

..kamu~

Untuk kamu,

" Kita tak perlu always dating, jalan sama-sama, breakfast, lunch, dinner sama-sama, gelak, riuh sama-sama, main, enjoy sama-sama untuk kata kita pasangan yang sedang berchenta.. sebab aku tahu, Tuhan jaga kau lebih baik dari yang aku mampu.. dan aku mahu kau tahu,, aku akan jaga diri ini sebaik yang mungkin kerana aku bakal menjadi yang Halal buat kamu :) "



p/s: i rindu you! 8 bulan 3 minggu lagi baru i keluar & dapat menatap wajah you lama2!
p/s/s: angah rindu bunda jugaaaa!

Tuesday, March 1, 2011

wajah kesayangan hamba~

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kan
Selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Happy 365hari Enchik Gula-gula Hati saya :)


our very first picta bersama,, after your very first-gabra-time jumpa my bunda...


Alhamdulillah,
thank you Allah kerana menghadirkan seseorang yang menchentai diri ini seadanya...


Hari ni, 1 March 2011, kaki ini melangkah ke Pulapol dengan satu hasrat, satu semangat, satu tekad,, dan meninggalkan seketika kehidupan bersosialisasi,, bye2 handphone & facebook,, dan kutinggalkan insan2 kechentaan hati.. will gonna rindu-rinduan kalian sama !!!


tinggi2 gunung Kinabalu,, tinggi lagi sayang sama kamu!
enchik gula2hati,, adek boy,, bunda syg,, along bam,, abg boy,, adek gerl..



p/s: selamat!

Thursday, February 24, 2011

..inspektor gajet~

'Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pelantikan dan Kenaikan Pangkat telah membuat keputusan menawarkan anda jawatan Inspektor dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia'


Andai ini takdirnya, Alhamdulillah..

tapi ohh ayyaiyaiii... mempikirkan pasal macam-macam-macam perkara,, boleh buat otak naik menggerutu.. huuuuuu... espeseli bila mempikir pasal me & you,, ohh lagi lah otak serabot mabot kalot.. coz i really2 tak strong nak jauh2 dari you! haaaaa.. gedik disitu!

eh3... arwah ayah kata, 'Azmila budak kuat, tak boleh gembeng2'.. angah will buktikan itu ayah.. angah kuat,, angah nak jadi macam ayah :)


Tempoh Latihan : 1 March - 30 November 2011


hambekk kau 9 bulan tu! debush3... ada lagi beberapa barangs belom settle.. swimming suit & kasut sekolah.. hadoiyai,, tak pernah haku terfikir langsung nak pakai swimming suit dek kerana objek berlapis yang mantop2 ni haaa.. maluuu kot... ish3... kasot sekolah 2 pasang pulak kena beli.. last sekali sarong kasot sekolah puteh adalah time darjah 6.. then masok form 1 sampailah form 5 da pakai kasot kulit hitam macam makcik2 gomen pakai pegi keroje.. kelakar pulak rasa nak try kasot tu nanti kat kedai bata.. hadoiiilaaa...


' Calon-calon tidak dibenarkan untuk menerima sebarang tetamu samada sanak saudara atau sahabat handai di bulan pertama. Lawatan tetamu hanya dibenarkan apabila masuk bulan kedua latihan'


4 days left! ahhhhhhhhhhh.... time2 ni lah harus dimanfaatkan untuk me-welding perasaan erat2 dengan kechentaan2 hatiku,, mem-pateri jiwa lekat2 dengan jiwa2 yang terlekat padaku.. 9 bulan kauuuuu.... ahhh! be tambah positive milla oiiii!!!! kau pergi untuk masa depan kau jugakkkk... sejuk perot bunda mengandungkan kau tau! Alhamdulillah...

semoga hari2 esokmu masih bernafas dan masih tetap : one strong, cheerful & all-rounder azmila. aku tetap aku. YA...


(sumber: google> chyna)
9 bulan training.. agak2 ketol2 macam ni ke i nanti?
grhauuuummmmmm~




p/s: eh, ni entry first 2011.. haha.. syabass!
p/s/s: awakkkkkkkkk, rindu!!!


Monday, November 1, 2010

..cemburu.itu.indah~

ku juga suka bila kau curiga,
ia mengajarku erti setia...


(Lestari- Cinta itu ketawa dan air mata)


Cemburu adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang bagi seorang pasangan terhadap pasangannya. Cemburu terbenih tiap detik dan ketika. Selagi tahap kecumburuan berada under control,, ia adalah tidak mengapa bukan? :)



(haffiz, ejar, milla, gula2 hati)

Selamat Bertunang Haffiz & Ejar

30 Oct 2010




p/s: saya seporting je bila budak gadis tu kata dia minat awak. boleh??? grrrrr~

Sunday, October 24, 2010

..eh,eh.. ingatkan dah lupa password belog!

Assalamualaikum. Hye anda2 :)

*milla is still alive!! errr.. i just tak tahu how to start. dah terlampau sangat berkurun tak mentulis dan mentatap ini. dah lupa tatabahasa, tatagaya, tatacara, tatalaku, tatabelog semua lah.. bukak2 aje millalara, background pun dah tarak ada, hilang ditelan arus zaman agaknya. lebih 5 BULAN tak mentulis dan tak menjenguk. ada bloggers2 yang milla masih contact di FB.. sungguh2 ikatan kebloggeran ini tak akan pernah karam di lautan dalam (baca: tenggelam).

5 BULAN. sungguh macam-macam yang dah berlaku. manis masam masim pahit tawar. bersatu bergaul mesra dalam satu acuan kehidupan seorang milla. bukankah kedewasaan memerlukan latihan? sedikit-walaupun-tak-banyak, pasti pernah terlintas,, adakah kita benar-benar sudah menjadi seorang dewasa? mempikul tanggungjawab selayaknya dipikul seorang dewasa?

baru sebentar tadi terbaca status teman di FB : 'saya sejenis sampah' 'saya perlukan kebahagiaan'.

menturut kepada kamus diri sendiri, sampah adalah objek/benda/apa sahaja yang suatu ketika, kita gunakan ia, tapi setelah tidak berguna lagi, ianya kita buang. (layan jelah definisi ni). jadi, apakah relevannya mengkaitkan seorang manusia dengan sampah? dan lagi. kebahagiaan. terlalu luas definisi kebahagiaan. kebahagiaan seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza2. ada yang rasa cukup bahagia bila berharta; punya kereta mewah, banglo besar siap kolam renang air kaler biru, pembantu rumah import. ada yang rasa bahagia pabila dapat makan sedap, dapat jalan2 serata dunia. dan ada yang rasa bahagia bila mempunyai kekasih hati yang bertubuh besar (ini adalah definisi bahagia gula2hati saya, sila jangan cemuh). hahaha ;p

nah. bukankah kebahagiaan tak dapat diukur dengan sebarang bentuk rumus sekalipun? pada mata bogel (baca: naked eye) kita, mungkin kita lihat orang itu bahagia, orang ini tak bahagia.. tapi percayalah, kebahagiaan sebenar terletak atas usaha dan peribadi kita sendiri. life only once. so enjoy your life to the fullest with your own erti kebahagiaan :)

monolog dalaman: wahhhh, sungguh tiada kusangka, aku masih bisa mentulis dengan riang-rianya ohhhh. dan tatabahasa serta tatabelog, taklah sekarat mana.. sumpah teruja! hahaha :)


pic: baby Qaisy Rayna on her born day.

tiada yang lebih membahagiakan seorang wanita dewasa pabila melahirkan 1 nyawa.
owhhhh *menggeletis nak kawen!!!*



p/s: blog yang mempertemukan aku dengan enchik gula2hati. jadi, atas sebab apa aku harus berhenti mentulis? chenta blog adalah relevan okey :)


Thursday, May 13, 2010

happy.belly~



telah hampir 2 minggu bergelar penganggur.

duduk senang-lenang gelek perut.

verangan dan bermelodrama sepanjang masa.

makan sedap-sedap.

program diet musnah hancur lebur.

si biyang. gemok. berhibernasi itu indah.


milla dah mula menjalankan tugas sebagai cik bibik diteratak bunda. haruslah berjinak-jinak ke dapur. MEMASAK you! sungguh kagum dengan pencapaian diri sendiri setakat ini. tak susah mana pun ghupenye. thanks to Mat Gebu@ Dapur Tanpa Sempadan. i very the like!


..biar tak sedap mana pun awak masak, yang penting nanti, saya balik kerja penat2, saya nak rasa masakan isteri saya (Enchik gula2 hati, 2010).


belly mu happy, hatiku jua.
ok. *menggeletis ohhhh*