Saturday, March 13, 2010

..menggeletis.terindah~

mari bercheritera bersama gambarajah2 panduan :)

arakian, telah dijemput menghadiri pesta-muda-mudi-retro-musical dengan menaiki ini vespa. terasa ayu sekali ohhh..

auchhhhhieee.. pengsann terhidu aroma kanda zain! aummmmmm~~~~ ruffedge in da house!

menterima anugerah dari ayahnda pengetua kolej.. *maluuuuuuu* ^^

queen of da nyte & king of da nyte.. ^^

most popular gadis award & most popular jejaka award ^^

ketidaketahuan ;)

malam pesta muda mudi ;)

ohhhhhhhhhhhhhh kanda zain.. kanda azan juga. persembahan mantop!

owhhhh.. under your umbrella~


pictures credit to : Mr Jat Lid & nad syg..

fashion&make-up credit to : along syg, rumet syg, kak marina, pa syg ;)


SUMPAH teruja! tapi SUMPAH malu jugaaa.. heee.. keindahan Malam Retro Musikal, Kolej Rahim Kajai UKM Bangi akan senantiasa berada di dalam ingatan tulus abadi kasih sejatiku ini.. gonna miss semua sayang2 ku.. kenangan terindah terakam abadi -UKM 2007/2010-






p/s: amat2 rindu sama temen2 bloggers.. maaf tak berkesempatan menziarah kalian2. maaf. maaf.



Tuesday, March 9, 2010

eksekutif.kaunter~


khususan kehadapan saudara/i yg bekerja sebagai eksekutif kaunter (baca: cashier), walau apa juga masalah dalaman yang melanda dan mengkaburi kewarasan diri anda, silalah senyum2 sahaja tatkala menjalankan tugas anda. paling tidak pun, buatlah muka neutral, sarunglah topeng-bukan-diri-sebenar supaya lahir keprofesionalan itu dan mensenangkan hati semua pihak. ini tidak, masam mencuka lagi kelat dan hanyir. heh. tolong ya. terima kasih.


iguana ni pun pandai senyum tau.

Zoo Melaka. Sunday, March 7





p/s: semakin hari semakin :)

Sunday, March 7, 2010

heh! kau pijak ekor aku!

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

lokasi : Bukit Malawati, Kuala Selangor
situasi : cik milla telah tak tersengaja mempijak ekor lotong
refleksi : lotong itu telah menepuk2 kaki cik milla, menunjukkan gigi sambil berbunyi 'kehhhhhhhhhhhhhhh' dan bertambah energetic. dan milla terus melarikan diri dengan kelajuan cahaya.


alkesah.. seharian telah bersama lotong kelabu (Trachypithecus cristatus) di puncak Bukit Malawati. heh. mentakutkan lah mereka2. ganas juga. tapi tetap, yang namanya haiwan, walau ganas mana sekalipun, aksi2 mereka mencuit hati menggeletek rasa :)


bagi makan kacang panjang. heh, rakus!

yang berstatus remaja lotong dan adik bayi lotong adalah manja. tapi dewasa lotong mentakutkan!

adik bayi warna oren. sangaattt chomel bukan? ;)
p/s: seiring dgn tumbesaran, adik bayi akan slowly berubah jadi fully kelabu seperti amak dan apaknya juga..

animal biology kiddo :)
walau dimana berada, harus berposing. begitu kaedahnya.




As what I wrote in my previous entry, weekend2 milla akan dipenuhi dengan field trip.. esok akan ke Zoo Melaka. bye peeps! have a nice Sunday :)



p/s: maaf, lama tak meninggalkan jejak di blog kalian. maaf. maaf.


Tuesday, March 2, 2010

..chentaku.tertinggal.di.Broga: i.lebiu.abang~

amaran awal: kepada anda yang tak tahan kepada kejiwangan, sila hindari entri ini. dikhuatiri akan muntah pekat2 likat2. terima kasih.

..........................

ohh abang. i tak nak expose pasal hubungan kita tapi hati i meronta-ronta, tanpa sebarang kawalan. abang sedia maklum bukan, indeks kechentaan hati i terhadap manusia berkepala botak dan berbadan sedap adalah di tahap membimbangkan, sampai terkadang i rasa nak telan diazepam, temazepam, alprazolam dan doxlylamine, tapi i tak nak mati macam kekanda Heath Ledger. demi abang, racun pun boleh i minum jadi penawar tau!

ohh abang. hati i bernyanyi cha-cha-cha tika dan saat melihat wajah abang. abang mengajar i erti rindu gelora dan syahdu nian. bila bersama abang, i rasa selamat sekali jiwa dan raga. dan i rasa diawangan bila i dapat hidu harum mekar semerbak bauan badan abang. lagi2 kalau abang pakai deodoren flavor stoberi.. lemas dan terus pitam i! ohoiiii~

ohh abang. ketahuilah walau sekejap cuma kita memadu asmara, menyulam kasih, menyemai chenta, mengukir tawa, me-welding perasaan kita rapat2 erat2 lekat2, menconteng bentuk love ada anak panah dengan nama kita berdua pada batang pokok guna kunci kereta abang; i rasa bahagia teramat-amat. terima kasih abang untuk segalanya. walau sekejap cuma. i lebiu abang.

i tak kisah orang cakap i perasan or whatsoever, yang penting kita tahu perasaan kita. kan abang ;)

i penat mendaki mengejar abang. i tahu abang strong. tapi abang janganlah tinggalkan i. heh~

kita minum dulu ye. abang kena biasakan diri dengan Malaysia yang panas ni tau :)

oh yes.. memori terakam di bukit ini. di puncak ini, bertemankan lalang2 layu ketidakhijauan dek kepanasan yang melampau, begitu jugalah melampaunya kasih i pada abang.

shhhhhh.. angin bayu sedang menyanyikan lagu ceritera pawana chenta kita :)


ohhh.. i lebiu abang.
I said maybe
You're gonna be the one who saves me ?
and after all
You're my wonderwall :)




haha.. anda2, sila abaikan kegonjengan-keputusfiusan-keimaginasian terlampau milla ohh.. Yang sebenarnya, milla telah ke Broga hill buat kali keduanya pada hari Ahad, 28feb2010 bersama kazens tanpa dirancang. gerak dari umah nenda pukul 5pm, panjat Broga 5.25pm, turun pukul 7.30pm. Broga buat masa ini tak seindah dan sehijau my 1st visit.. tapi tetap,, kenangan tertinggal di sini :)

cik keiyra
tajuk gambar : dipersimpangan dilema

cik mimi & cik milla
tajuk gambar : now, everyone can fly!
ohh.. ini adalah gambar pertama milla melompatan bebas keudara. haha. teruja!



oh ya. alam itu indah.
jangan bangunkan lenanya dengan loceng kebinasaan.




p/s: kekanda shahrul (nama sebenar) dah lama mengidam nak panjat Broga.. jom3! tp cik milla free weekdays sahaja ohh..


Saturday, February 27, 2010

hutan konkrit~

(entri ini telah ditaip jam 11.54pm, 26feb, tapi telah tidak menekan butang publish akibat kemengantukan yg kemelampauan. p/s: adik bayi perlukan rehat yang cukup ;p )


Hye anda2. how was your day? semoga ianya senantiasa bagus2 sahaja..


YA. lumrah kejadian seorang wanita. pabila seluar dah lusuh-dah out of shape, baju dah kusam, bila ditenung lama2 dah macam nyonya bukit petik sayur dah,, pastilah indeks kemembeli-belahan itu mencanak-canak naik. yang lama berganti, yang baru bertambah ;)

ohhh..saban minggu telah dihabiskan dengan mendekatkan diri dengan alam sekitar; flora&fauna. tapi tadi, milla telah menjamahi dan mencerobohi hutan konkrit. auchhh.. dan pemerhatiannya :

keanekaragaman.pelik.
keriuhan. kalut.

ke-kurang-segaran. comot.

kemeluatan. jelik.

heh~


ok, i should admit that: menggomoli alam sekitar adalah berbanyak-banyak lebih meninggalkan memoir indah berbanding mencumbui hutan konkrit. titik.

berfotogedik adalah amalan yang relevan walau di hutan konkrit mahupun hutan asli.



next weekend plan: bermain tuntong/monyet di bukit melawati (sabtu), zoo melaka (ahad) untuk fieldtrip subject Animal Behaviour.

next-next weekend plan: melawat anakanda2 elephant lagi di Kuala Gandah, Pahang untuk fieldtrip subject Pemuliharaan Sumber Genetic.

next-next-next weekend plan: picnic di Port Dickson with budak2 gonjengs.

next-next-next-next weekend plan: will organize perkhemahan anak2 OKU seluruh negeri Kedah untuk subject Rekreasi dlm Komuniti.


yeah, looking forward for semua perkara stated above. can't wait. ;)







Wednesday, February 24, 2010

6 kali 6 kali anak beruang~

hye peeps..

hari ini adalah hari mengenang dan terkenang.

pagi-pagi lagi time cari folder kat lappy, terjumpa gambar kekasih-hati-tak-menjadi yang telah sengaja disuruk dalam folder C:\Program Files\Cheat Engine\Plugins. heh. sua-suey-goodmorning lah.. heh, terus berkecamuk bergelodak perasaan,, delete lah konon-kononnya, pastu jari-jemari yang mulus ni pergi merangkak ke recycle bin, restore balik folder tu.. longlainya la hai hati..

tengahari pulak, terperasankan baju mamat ni, sejibik-sama dengan baju kekasih-hati-tak-menjadi yang duk terkenang pagi tadi. heh~ sua-suey-kembali.

malam pulak, terdengarkan lagu-lagu di 96.70 MHz (lembah klang), terkenang dan terkenang lagi. tacing seh! auuuuu~

bukak FB pulak, ada orang tulis status: 'bulat kecil bulat kecil bulatlah besar'. heh. terkenang lagi. sweet lah kononnya, dulu-dulu pernah lukis 'bulat anak beruang' ni kat atas donat pastu bagi kat kekasih-hati-tak-menjadi tu. ohh,, pernah juga nyanyi sama2 lagu 'hujan rintik-rintik air bergelora' time sama2 study kat library. boleh? heh~

.................................................................

'hujan rintik2 air bergelora
mak bagi seposen
ayah bagi seposen
adik pergi sekolah
cikgu tanya 3 tambah 3
adik jawap 6
cikgu tanda rait
adik balik rumah'
.................................................................

'bulat kecik bulat kecik
bulatlah besar
sayang papa
sayang mama
sayang semua
6 kali 6 kali 36
6 kali 6 kali anak beruang'
.................................................................








ini curi teknik cik adrian berdongeng a.k.a kazen ipar *menggeletis* ;p





mengenang dan terkenang itu indah. juga perit. juga payah.
ohh, sila bantu. serasa mahu eskep.


Monday, February 22, 2010

..masih bernyawa~

It’s been a while since my last updatekan..

If anyone of u get a msg saying I’ve been warded bcoz of hypertension or sawan-meroyan-ibu bersalin or maybe lemas kerana mensorok di dlm kotak mesin basuh selama seminggu, ia adalah dusta semata.. I'm still alive okeh.. Alhamdulillah kerana itu :)

Telah kesemingguan hidup tanpa sebarang internet connection. wahhh.. kagum dengan kesabaran diri sendiri. seminggu milla duduk di Elephant Conservation Centre kat Kuala Gandah, Pahang DM utk settlekan my thesis thingy : Elephant Conflict. setiap hari menghadap gajah, membelai gajah, memberi makan gajah.. ohhhh.. terasa diri juga telah meng'gajah' dengan begitu berkesan sekali :)

dan alang2 dah sampai ke Lanchang, haruslah ke Deerland juga.. alam haiwan sungguh unik, sungguh seni, sungguh menterujakan.. setiap liuk-lentuk bahasa tubuh badan dan interaksi vokal sang haiwan memberi seribu tafsiran yang indah. superb! indahnya ciptaanMu :)

Out of word to describe it, just enjoy the pics ya...

Baby Tapis yg nottie.. umur baru 5bulan. hobi: suka isap jari orang.

Chepor yg kasihan.. tgh sakit kaki.. time ni feed dia dgn susu botol..


Deer2 yang kelaparan dan sungguh rakus! heh~

Baby Ular (xingat nama).. umur 1 tahun.. slim saja, ringan saja..

Papa Bear.. lidah dia panas2,, lembek2,, geli2.. huuu~






CONFIRMED! milla penchenta haiwan.. anda?





p/s: telah membeli baju gambar gajah bertulis 'Fat is Beautiful'. YA. *angguk2*


Friday, February 12, 2010

hati bernyanyi hip hip hoorey versi sudirman~

mode : muka burn kemerah-merahan. semalam, the whole day ada fieldtrip, masuk ladang getah, panas-panas bukan suam2, tapi terik teramat.

dan hari ini, bakal pulang ke rumah after class animal behaviour. ada kuiz. heh~


dari bunda: 'selamat pulang ke pangkuan bunda angah...'


adeh.. tacing2... ada tak sesiapa nak sponsor jet peribadi supaya cepat sikit ohh mila sampai tapah!??

dan nanti spnjg perjalanan kena bukak lagu pop disco dance sahaja ohh.. sebab dah terbukti, irama dan lagu dalam kereta merangsang kadar kesopanan dan kesusilaan ketika memandu. milla pernah bereksperimentasi dengan memasang cd lagu pop wanita 90-an, cd fauziah latif & ziana zain, terus automatik memandu dengan bersopan sekali ohhhh..

kepada anda2 yang pulang juga, lakarlah memori indah bersama keluarga ya. kerana walau seramai mana kenalan anda, kawan2 anda, kroni2 anda, keluarga tetap terutama :)




happy2 hols peeps :)





p/s: ades, kat rumah nnti kena amik turn guna broadband. bunda berFb, mat capang berUltimate gitar, adik gedik berMysepes.. adess2..