Thursday, December 2, 2010

ketopengan~

'when you wear a mask for so long, u will forgot what lies beneath it'
......V for Vendetta



TOPENG..

setiap dari kita lahir dengan memakai topeng yang melahirkan personaliti dan membentuk identiti kita sendiri..

ohhh.. adakah mungkin penggunaan topeng ini menggambarkan kita sebagai seorang yang takut untuk berhadapan dengan realiti? takut untuk menunjukkan the true colours compang-camping diri kita? atau mungkn kecelaruan personaliti melanda?

YA. kita boleh mensarung topeng gembira tersenyum walau dalam hati ni dah berkulat bernanah dengan kesengsaraan dan kepedihan. YA. kita juga mungkin memakai topeng bertabah walau jauh di dalam diri, kita ini sungguh longlai, layu, lemah. YA. kita juga boleh tak sengaja 'tersarung' topeng dan seterusnya menjadikan diri kita begitu sempurna di mata orang lain walaupun atas dasar kehipokritan-macam-bagus.. dan YA, kita boleh juga menempah topeng yang akan membuatkan orang gerun dan takut kepada kita bak kata pepatah pujangga, Muka Cromok, Jiwa Tomok.. haha ;)

walau pada pandangan orang lain, kita bagus, kitalah sang dewa berkepak putih yang membawa sinar damai ke serata alam, TAPI, pasti, akan ada sekelumit perasaan tidak sedap akan menular dek kerana hidup bertopeng yang penuh kepura-puraan ini. sampai terkadang, kita jadi lupa, siapakah kita yang sebenar tanpa topeng yang selama ini mentutup ketidakbagusan yang ada pada diri.

YA. bertopeng itu PERLU dalam beberapa situasi. Agama yang murni juga mengajar kita untuk tidak membuka aib orang lain dan juga membuka pekung di dada. selagimana kita bertopeng untuk kesejahteraan dan keharmonian, ianya pasti akan indah2 sahaja.



p/s: i nak jumpa you....!



Tuesday, November 9, 2010

..mentally.unbalanced~



Anda tahu anda terpaksa melakukan sesuatu terhadap pengurusan masa anda apabila:
  • masih membaca surat khabar bertarikh 7-8 hari lepas.
  • sudah tidak mengikuti siri2 tv kegemaran yg dahulunya tidak boleh miss langsung, dan apabila berpeluang menonton di waktu senggang diri akan merasa spt taik sbb dah tak paham jln cerita, like ‘eh, kenapa si asmara dah baik dengan bini dia ni? dulu bukan main jijik2???'
  • mendapat hadiah novel pada harijadi yg ke-21 tahun dimana selepas lebih setahun, bookmark yg terselit tidak berganjak2, masih berada di muka surat 4.
  • mencabut bulu ketiak belah kanan diikuti dgn ketiak sebelah kiri seminggu kemudiannya.
  • pukul 3.30 pagi baru teringat yang sebenarnya perot ni tak diisi lagi dengan sebutir gula dan garam pon dari pagi.. (tapi tak kurus2 jugekkkkk)
  • stokin yang dipakai 40 hari lepas masih smart je tersimpan dalam kasot.. haha.. gila pengotor ini olang haaaa!!
  • eye-bag terakam indah di mata bak panda kegersangan akibat tidur 2-3jam je sehari.

ohhhh!!!!
heartbeat goes gila serabai!!! wake-up azmila oiii!!





p/s: i rindumati sama u!

Monday, November 1, 2010

..cemburu.itu.indah~

ku juga suka bila kau curiga,
ia mengajarku erti setia...


(Lestari- Cinta itu ketawa dan air mata)


Cemburu adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang bagi seorang pasangan terhadap pasangannya. Cemburu terbenih tiap detik dan ketika. Selagi tahap kecumburuan berada under control,, ia adalah tidak mengapa bukan? :)



(haffiz, ejar, milla, gula2 hati)

Selamat Bertunang Haffiz & Ejar

30 Oct 2010




p/s: saya seporting je bila budak gadis tu kata dia minat awak. boleh??? grrrrr~

Wednesday, October 27, 2010

..mak!! dagu dah hilang!!!

kehidupan tak terurus.

program diet musnah berkecai hancur lebur.

tak dapat diselamatkan.

lengan tersangkut, tak lepas sarung baju baru beli 2 bulan lepas.

objek berlapis obviously bergelek riang setiap kali berlaku pergerakan.

the worst of all,, dagu dah hilang!!! dagu mana dagu????????????


bayangan seorang azmila pada fasa ketidakseimbangan hormon. arghhhhh!




p/s: jumpa u tomorrow chenta :)

Monday, October 25, 2010

benda tajam untuk kurus~


sebentar tadi, kaki terdorong untuk naik ke atas penimbang berat.

2 bulan lepas: jarum penimbang merangkak 6 takuk ke kiri.

tadi: jarum penimbang mencanak 4 takuk ke kanan.

gusar.

tapi apa yang lebih menggusarkan, kesihatan sistem perkumuhan belum pada tahap terbaik. 1 October yang lepas, jumpa pak doctor dan beliau mengesahkan ada luka pada usus. semua gara2 pengambilan 'benda tajam'. dan 'benda tajam' itu adalah teh diet.

menyesal dahulu, kendian tak dapek den nak nolong.


falsampah: perasaan memberak adalah berbeza setiap kali. tapi yang pasti, di hujung pemberakan, lega adalah pasti :)



p/s: i miss u!

Sunday, October 24, 2010

..eh,eh.. ingatkan dah lupa password belog!

Assalamualaikum. Hye anda2 :)

*milla is still alive!! errr.. i just tak tahu how to start. dah terlampau sangat berkurun tak mentulis dan mentatap ini. dah lupa tatabahasa, tatagaya, tatacara, tatalaku, tatabelog semua lah.. bukak2 aje millalara, background pun dah tarak ada, hilang ditelan arus zaman agaknya. lebih 5 BULAN tak mentulis dan tak menjenguk. ada bloggers2 yang milla masih contact di FB.. sungguh2 ikatan kebloggeran ini tak akan pernah karam di lautan dalam (baca: tenggelam).

5 BULAN. sungguh macam-macam yang dah berlaku. manis masam masim pahit tawar. bersatu bergaul mesra dalam satu acuan kehidupan seorang milla. bukankah kedewasaan memerlukan latihan? sedikit-walaupun-tak-banyak, pasti pernah terlintas,, adakah kita benar-benar sudah menjadi seorang dewasa? mempikul tanggungjawab selayaknya dipikul seorang dewasa?

baru sebentar tadi terbaca status teman di FB : 'saya sejenis sampah' 'saya perlukan kebahagiaan'.

menturut kepada kamus diri sendiri, sampah adalah objek/benda/apa sahaja yang suatu ketika, kita gunakan ia, tapi setelah tidak berguna lagi, ianya kita buang. (layan jelah definisi ni). jadi, apakah relevannya mengkaitkan seorang manusia dengan sampah? dan lagi. kebahagiaan. terlalu luas definisi kebahagiaan. kebahagiaan seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza2. ada yang rasa cukup bahagia bila berharta; punya kereta mewah, banglo besar siap kolam renang air kaler biru, pembantu rumah import. ada yang rasa bahagia pabila dapat makan sedap, dapat jalan2 serata dunia. dan ada yang rasa bahagia bila mempunyai kekasih hati yang bertubuh besar (ini adalah definisi bahagia gula2hati saya, sila jangan cemuh). hahaha ;p

nah. bukankah kebahagiaan tak dapat diukur dengan sebarang bentuk rumus sekalipun? pada mata bogel (baca: naked eye) kita, mungkin kita lihat orang itu bahagia, orang ini tak bahagia.. tapi percayalah, kebahagiaan sebenar terletak atas usaha dan peribadi kita sendiri. life only once. so enjoy your life to the fullest with your own erti kebahagiaan :)

monolog dalaman: wahhhh, sungguh tiada kusangka, aku masih bisa mentulis dengan riang-rianya ohhhh. dan tatabahasa serta tatabelog, taklah sekarat mana.. sumpah teruja! hahaha :)


pic: baby Qaisy Rayna on her born day.

tiada yang lebih membahagiakan seorang wanita dewasa pabila melahirkan 1 nyawa.
owhhhh *menggeletis nak kawen!!!*



p/s: blog yang mempertemukan aku dengan enchik gula2hati. jadi, atas sebab apa aku harus berhenti mentulis? chenta blog adalah relevan okey :)


Thursday, May 13, 2010

happy.belly~



telah hampir 2 minggu bergelar penganggur.

duduk senang-lenang gelek perut.

verangan dan bermelodrama sepanjang masa.

makan sedap-sedap.

program diet musnah hancur lebur.

si biyang. gemok. berhibernasi itu indah.


milla dah mula menjalankan tugas sebagai cik bibik diteratak bunda. haruslah berjinak-jinak ke dapur. MEMASAK you! sungguh kagum dengan pencapaian diri sendiri setakat ini. tak susah mana pun ghupenye. thanks to Mat Gebu@ Dapur Tanpa Sempadan. i very the like!


..biar tak sedap mana pun awak masak, yang penting nanti, saya balik kerja penat2, saya nak rasa masakan isteri saya (Enchik gula2 hati, 2010).


belly mu happy, hatiku jua.
ok. *menggeletis ohhhh*

Wednesday, May 12, 2010

tora datang lagi~

(sumber: google>google image>tora)

:: err,, kalau tak silap, dulu beli ni 6posen kan? setiap kali iklan mesti teruja nak hadiah dlm tu.. bebola cekelat tu skali ngap dah habis sebab ciput je pun.. ::


assalamualaikum w.b.t..

hye3 anda... ohhhh... sungguh hati dan jiwa ini merindui anda2 dengan semaksimanya!

arakian, sudah agak lama mila eskep dari dunia pemblogan yang indah-fantasia-ceria ini... serasa sukar mahu mentaip kerana otak ini hampir berkarat akibat tiada pencurahan kata serta madah bermelodrama yang berlaku sepanjang hampir 2 bulan.. sungguh banyak perkara yang telah berlaku sepanjang 2 bulan ini.. yang paling terkesan dihati, al-fatihah buat teman blogger,, arwah bro Hisham.. banyak komen arwah pada entri2 milla.. ya, tak tersangka dan tak terjangka.. itulah lumrah kehidupan setiap insani..

seperti adik bayi mungil yang baru hendak mula bertatih (bayangkan: goyangan pinggul disaluti pampers membulat), milla harus mula kembali belajar beraktivitas di alam blog..

dan yang pastinya,, hidup milla yang sudah mula ceria dan berglitter2 ini akan pastinya lebih indah dan bersparkel2 bersama kalian2... aummmmm~


p/s: nantikan kunjungan cik milla di teratak2 kalian.. weeeeee3..