Sunday, January 24, 2010

ketakbersamaan~

current keadaan : muka itam, badan sengal2, tapi jerawat dah kecut :)

dah 1 sem meninggalkan terus sebarang aktiviti berorganisasi selepas dah all out seout-outnya suatu ketika dahulu.. (indah sungguh memori itu)

dan tadi.. milla telah menjoinkan diri untuk satu projek mengumpul dana bagi 1 program amal, Perkhemahan Kanak2 Lain Upaya Peringkat Negeri (sekarang dah tak sebut kurang upaya). kami2 menerawang ke rumah2 disekitar kajang&bangi untuk mengkutip barangan2 yang boleh dikitar semula dan seterusnya hantar ke pusat kitar semula. haihhhh, terasa sungguh taksub terhadap tong2 sampah, teruja untuk mengketuk2 rumah meminta sampah2. boleh? *sila kagum* :)

harga terkini:

Plastik : MYR 0.40 sekilo
Kertas : MYR 0.30 sekilo
Besi : MYR 0.80 sekilo
Tin Air : MYR 3.40 sekilo
Kaca : reject. tak laku.

hmm..no wonder ramai yang mengkutip tin2 air kan.. berharga ohh.. dan tadi,, kami2 dapat mengkumpul MYR 300+-. Syukur. Berbaloi dengan kekuatan ahli yang tak seberapa ni :)


.:: KETAKBERSAMAAN ::.

acapkali kita mendengar tentang kebersamaan. kita memilih sesuatu mahupun seseorang untuk melengkapi hidup kita berdasarkan kebersamaan. kita memilih kawan yang sama cantik, sama pandai, sama rock, sama kecoh, sama2 kuat makan. juga kita jadikan kriteria kebersamaan dlm darjat dan pangkat untuk mencari pasangan. terkadang kita lupa. ketakbersamaan lebih memberi makna untuk dicari, digapai dan ditelusi. dalam ketakbersamaan, kita saling melengkapi. dalam ketakbersamaan, kita saling bergantungan. melengkapi dan kebergantungan itu akan membuatkan lebih banyak hati tertaup, lebih banyak jiwa bersentuhan, lebih banyak keperasaanan dicurahkan, walau lebih banyak kewaswasan juga akan terbit :)


peristiwa tadi. pergi tanpa mengenali sesiapa.


tapi selepas beberapa saat sahaja (ceh, hiperbola sungguh), segalanya indah2 juga :)





p/s: sakitrumah :(

p/s lagi : khusyuk membaca kumen2 atas keterlanjuran-kemulutpuakaan-insan. haihh la nasib...
(baca sini)
pensebab kepada itu. (baca sini)

33 comments:

  1. comellah katun tu.

    ada masa aku perlu sorang-sorang

    ada masa aku perlu kebersamaan!

    ReplyDelete
  2. hihihi~~
    kutip brg2 recycle yeaa...
    dulu pnah buat, untuk Pesta Konvo..
    lenguh kaki den...haha~~

    ReplyDelete
  3. bagus tu usaha yang murni... oooo kertas 30 sen satu kilo.. hari tu jual 10 sen aja....

    Ada apa ngan Facebook????

    Tak ada kerja?? Jom sini

    ReplyDelete
  4. aku paham maksud tersirat tue, lalala

    ReplyDelete
  5. kalo tak sama.. org kata black sheep..

    akulah black sheep yg paling berjaya setakat neh.. ehehe

    ReplyDelete
  6. indahnya lagi kebersamaan dengan Tuhan. Kan?

    ReplyDelete
  7. ko ke lukis kartun2 tu? comel :)

    tahniah berjaya kutip rm 300! banyak okay! bak cikit. ;p

    ReplyDelete
  8. nice post
    ketakbersamaan!!!
    agak tersirat

    ReplyDelete
  9. wah..300 lebey byk tu..hebat2..teruskan usaha ya sys..

    ReplyDelete
  10. 30 sen sekilo??
    mahal la jugak ea..
    aritu jual dpt brape sen je..
    hehe...

    ReplyDelete
  11. akak pon baru je baca pg td. tp x sempatlah nk bca posting kontroversi tu hehehe

    ReplyDelete
  12. kagum sungguh nengok katun2 tuh..

    ReplyDelete
  13. bunda said:
    kerja kerja amal
    truskan milz..syg angah.

    ReplyDelete
  14. nak g kutip tin laa
    hehehe..

    dulu penah ngutip
    time sek rendah..

    gigih je kayuh beskal
    dgn kawan g cr tin2..

    harge terkini agak
    lumayan tuh..

    teruskan beramal
    dear..

    semoga diberkati..

    ;)

    ReplyDelete
  15. sI tEDI::

    yup. betul.
    tapi milla lagi bnyk masa perlu sorang2 kot.. huuu~

    ReplyDelete
  16. RoSe_ViOleTE::

    tau tak pe..
    penat tak terkira ohh..
    ni da nak macam demam2 da :(

    ReplyDelete
  17. Sharinginfoz::

    harga gula naik, harga kertas pon naiklah jugak.. hehe ;p

    ReplyDelete
  18. Jard The Great::

    takmoh black.. nak white.. hehe ;p

    ReplyDelete
  19. ░♥si lampu neon♥░::

    haiyok3 ;p

    ReplyDelete
  20. fitriah::

    hehee.. 300 tu ntok adik2 OKU.. mahu menjoinkan diri kah? ;p

    ReplyDelete
  21. penaberkala::

    yup.. tersirat disebalik yang tersurat..

    ReplyDelete
  22. DeVoTeD LiLy::

    hmm.. terfikir jugak, patutla ramai gila org yg hantar kat pusat tu.. dia letak harga tinggi kot..

    ReplyDelete
  23. Masy::

    kelakar je pulak baca org cemuh2, maki2, gadus2.. haihh~

    ReplyDelete
  24. mizara ::

    huuu.. sila jangan kagum.. ;p

    ReplyDelete
  25. bunda yg ku sayang::

    hehe.. nanti bg sponsor sikit ye :)

    ReplyDelete
  26. cik zatil::

    yup.. agak mahal.. rm3.40 tuh..
    berbaloi la jugak kalau digigihkan usaha.. :)

    ReplyDelete

silalah sila... silakan :)